KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, June 29, 2011

KENAPA BLOGGING? KENAPA TAK ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang bertanya pada diri sendiri ataupun orang tanya korang ditanya kenapa blogging? Kenapa kita berblogging? Kalau nak menyampaikan maklumat, kita kan dah ada facebook dan twitter. Lagi cepat maklumat kita sampai kepada rakan-rakan kita.  Kenapa perlu susahkan diri untuk buat template cantik-cantik, tulis dan updated entry setiap hari?

Saya ramai pernah ditanya atau bertanya mengenai soalan ini. Saya blogging sebab pada mula-mulanya dulu, saya mengejar duit semata-mata. Ya, saya mengaku. Sekarang? Sekarang saya masih lagi mengejar duit tapi pada masa yang sama saya enjoy berblogging. Saya akan jadi sangat seronok bila ada orang baca dan komen entry saya. Suatu ketika dulu, saya terasa macam terpaksa untuk berblogging sebab terlalu fokus untuk buat duit lebih dengan blog.

Selepas itu, kerana fokus saya dah salah, saya abaikan blog saya ini dan pada suatu hari, saya teringin nak buka blog saya semula dan mulakan semula. Pada masa itu, saya tetapkan matlamat baru saya iaitu saya nak duit lebih dan saya nak enjoy blogging. Lepas saya tetapkan matlamat tu, saya mula terasa keseronokan berblogging. Saya jumpa ramai kawan-kawan baru.

Kepada semua rakan-rakan blogger, saya harap kita akan jadi rakan blogger yang kekal. Terima kasih semua.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. skang ni sangat berbeza dgn aku yg dulu... masa aku mule2 blogging tak tau lgsg pasal nuffnang ke hape... aku just nk menulis tp tak tau cmne nak tulis... huhuhu... aku ada wat entri pasal nape aku blogging ni dulu... dulu blogging sbb suka2 & tak fanatik tp skang ni tiap2 hari nak blogging... huhuhu...

    Kenapa Saya Ber-Blog

    ReplyDelete
  2. Norhisham: sama la kita..tiap2 hari rasa nak update je..dah addict la plak..haha..

    ReplyDelete
  3. setuju dengan hisham..
    bile berblog banyak kot yang kite blaja..

    ReplyDelete