Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label sayang. Show all posts
Showing posts with label sayang. Show all posts

Monday, May 13, 2013

HARI-HARI HARI IBU...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya perasan ramai juga yang sambut Hari Ibu. Hari yang diadakan untuk mengingati pengorbanan dan memberi penghargaan kepada semua ibu-ibu di dunia. Tapi, buat apa kita nak hargai ibu kita pada hari ibu je kan? Bagi saya, hari-hari adalah hari ibu. Ibu saya gembira pun dah cukup bagi saya.

Seorang ibu juga adalah manusia biasa. Ada perasaan ingin diambil berat dan disayangi. Macam kita juga, kalau tak ada orang ambil berat dan buat tak tahu je pada kita, mesti kita terasa kan? Jadi, jagalah hati ibu kita sebab kalau ibu kita sedih, kita mesti rasa sedih.

Semasa ibu kita masih di sisi kita, kita cubalah jaga dia sebaik mungkin. Kita ni selalu bila ada orang yang kita sayang dekat dengan kita, kita tak peduli sangat. Tapi, bila orang yang kita saya tu pergi jauh, baru kita meraung rindukan dan sayangkan dia. Jangan kita menyesal di kemudian hari. Hargai ibu setiap hari.

Saya mengaku saya bukan jenis tahu untuk tunjukkan perasaan sayang macam cium pipi la dan bagai-bagai lagi. Tapi, jauh di sudut hati saya, saya memang sayang ibu saya sangat-sangat. Kalau boleh, saya nak buat ibu saya sentiasa rasa gembira dan sentiasa senyum.

Ibu saya seorang yang tabah. Ibu saya membesarkan saya dan tiga orang adik saya seorang diri selepas bercerai dengan ayah saya. Saya ingat lagi pekerjaan ibu saya yang mula-mula bila dah balik kampung iaitu kerja mengopek udang. Balik kerja, tangan dan jari ibu habis luka-luka. Demi nak besarkan anak-anak dia, dia sanggup biarkan tangan dan jari dia luka. Kemudian, barulah dia dapat kerja di kilang menjahit baju sehinggalah sekarang.

Jasa ibu memang tak terbalas. Saya tahu saya tak mampu nak balas tapi saya cuba sehabis baik untuk membalas jasa ibu. Terima kasih ibu atas segalanya. Saya akan cuba jadi anak ibu yang terbaik dan sentiasa buat ibu gembira.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, December 31, 2012

SAMA TAK MUKA KAMI?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Isteri saya beritahu yang wajah puteri kami sama dengan wajah saya. Saya tak perasan pun?

Korang tengok gambar di atas tu, korang rasa sama ke?

p/s : Wajah baby akan berubah dah besar nanti.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, December 14, 2012

TAK SAMPAI SEBULAN LAGI...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tak sampai sebulan lagi saya akan bergelar BAPA, In Shaa Allah. Semoga bayi dalam kandungan isteri saya sentiasa sihat hendaknya. Semasa pergi buat pemeriksaan di Klinik Swasta dan Kerajaan, tarikh dijangka beranak adalah pada 11.01.2013. Tetapi, perut isteri saya dah nampak sangat turun bawah dan berat badan dia pun dah mula mengurang, kami rasa mungkin akhir bulan Disember 2012 ataupun awal bulan Januari 2013.

Walau apapun, yang paling penting, saya sentiasa berdoa kepada Allah supaya bayi selamat dan sudah semestinya emak bayi pun selamat. Saya pun berharap tiada apa yang tak elok berlaku semasa isteri saya nak bersalin nanti.

Mula-mula isteri saya kata nak bersalin di Hospital Teluk Intan Perak tetapi bila dia fikir balik, susah juga. Sebab ini adalah anak pertama a.k.a sulung kami, kami sudah semestinya tak tahu apa yang perlu dibuat. So, isteri saya cadangkan bersalin di Klang Selangor sebab ada ibunya a.k.a emak mertua saya yang boleh jaga.

Jantung berdebar kencang juga sebab masanya semakin hampir. Saya dan isteri saya dah persiapkan apa yang patut untuk menyambut kelahiran bayi sulung kami ini. Nama pun dah ada tapi tak bolehlah saya umumkan sekarang.

Saya minta kawan-kawan blogger doakan kesejahteraan isteri dan anak dalam kandungan isteri saya ye?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 2, 2012

SAYA TELAH KEMBALI!

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger.

Setelah beberapa lama blog saya ini diblock oleh pihak Google disebabkan ada Hackers yang masukkan virus, akhirnya blog dan url saya ini berjaya dibersihkan dari senarai blacklistihak Google. Tetapi saya terpaksa memadam blog yang saya bina di platform Wordpress berhostingkan NetKL disebabkan virus tersebut diletakkan di blog itu.

Kini saya kembali di blog yang lama tetapi url saya tetap sama. Memang pada mulanya saya dah rasa hampir putus asa dan kecewa sangat-sangat. Sebab blog ini adalah antara blog yang terawal saya bina. Jumlah post pun dah melebihi 1,000 dan jumlah komen dah melebihi 10,000.

 Macam mana saya clearkan url blacklist saya di Google?

 Saya telah hantar Request kepada pihak Google untuk Reconsider untuk check semula blog saya ini dengan memberikan penerangan yang terperinci dan Alhamdulillah, url blog saya telah dikeluarkan daripada senarai blacklist Google.

Saya telah kembali!

 Hehehe.

 Wassalam.

 -NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 8, 2012

JOM KAHWIN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


p/s : Memang paling best bercouple selepas kahwin. Best sangat-sangat. Tak percaya? Tanyalah isteri saya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 4, 2012

COUPLESARY?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ternampak ada satu blog ceritakan berkenaan sambutan hari couple dorang. Sweet sangat saya rasa sebab dorang panggil Couplesary. Biasanya saya pernah dengar anniversary je. Hehehe. Memang tak update saya ni kan dengan perkara baru yang berlaku di sekeliling saya kan? Hehehe.

Jodoh itu rahsia Allah. Mungkin jodoh kita dengan orang kita couple itu atau dengan orang lain, hanya Allah saja yang tahu. Saya perasan sekarang ini budaya hendonisme a.k.a couple ini dah makin kronik dalam masyarakat kita. Sampai yang ada anak sendiri dalam usia yang sangat muda.

"Tapi kami tak buat apa-apa pun. Kami jaga batas kami"

Ya, saya tahu. Saya pun pernah couple. Bila seorang lelaki dan seorang perempuan berdua-duaan, akan ada pihak ketiga yang sudah semestinya Syaitan yang membisik-bisik untuk men'tidakapa'kan apa yang tak patut dilakukan. Tambahan masa itu darah muda dan nak cuba perkara baru.

"Macamlah dia baik sangat"

Ya, saya bukan baik pun. Saya pernah juga bercouple dan tahu macam mana rasa bestnya bercouple. Tapi, saya nak beritahu, bercouple lepas kahwin memang sangat-sangat-sangat best. Tak percaya? Tanyalah pasangan yang dah berkahwin.

"Kami memang rancang nak kahwin pun"

Alhamdulillah. Baguslah kalau begitu. Persoalannya, apa yang dah dia buat dan usaha untuk capai matlamat itu? Berapa lama? Bila target majlis akad nikah dan bersanding? Kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.

Saya cuma nak tekankan di sini bercouple lepas kahwin paling best. Kalau rasa dah sayang, kahwin je. Kalau rasa masih muda dan masih nak belajar, fokus kepada pelajaran dulu. Ini cuma pendapat saya, kalau ada yang tersentap, sorilah sangat-sangat.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 15, 2011

HARGAILAH WANITA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang dalam kereta dengan rakan sepejabat on the way untuk ke Putrajaya. Ada taklimat dan sebelah malam ada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri. Last minit punga event. Layan je la.

Semua berkumpul kat Ipoh. So, pagi-pagi saya kena turun Ipoh. Parking kereta Kenari kesayangan saya di Ipoh dan konvoi ramai-ramai. Pagi tadi dengar radio Era FM dan tajuk pagi ni tentang "Hargailah Wanita".

Saya sokong tajuk pagi ni. Saya sayang emak saya iaitu seorang wanita. So, kalau nak balas jasa emak saya tu, memang banyak sangat sangat. Apa yang saya mampu buat adalah cuba sedaya upaya untuk gembirakan dia. Nanti saya dah kawin, bertambah la orang saya nak sayang kan?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, September 5, 2011

"BILA KITA DAH SAYANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Siapa yang tak pernah jatuh cinta, angkat tangan? Saya nak bagi tabik spring kat dia. Hehehe. Saya yakin hampir semua orang pernah jatuh cinta. Bila kita jatuh tangga, sama ada kita sakit atau mati kan? Macam itu la juga jatuh cinta. Bila kita jatuh cinta, perasaan yang awal kita akan rasa adalah sayang. Kan?

Bila kita sayang, kita akan cuba nak buat dia gembira dan bahagia dengan kita. Kita tak nak ada orang lain rampas dia daripada kita. Macam dari Pengkid dan sebagainya. Bagi yang pernah rasa terluka, dia akan biasanya overprotective. So, sesetengah orang akan rasa rimas. Tapi kena faham, dia tak nak perkara yang sama berulang. Seperti kata pepatah dalam Movie Adnan Sempit:

"I don't want banana to fruit two times"

Hahaha. Dalam bahasa melayunya, "Saya tak mahu pisang berbuah dua kali". So, nasihat saya, bila ada orang sayang kita, hargailah dia elok-elok. Jangan abaikan dia. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul sayangkan kita.

Bila korang sayangkan seseorang tu, apa korang akan buat?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 4, 2011

"BILA KITA DAH SAYANG..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Siapa yang tak pernah jatuh cinta, angkat tangan? Saya nak bagi tabik spring kat dia. Hehehe. Saya yakin hampir semua orang pernah jatuh cinta. Bila kita jatuh tangga, sama ada kita sakit atau mati kan? Macam itu la juga jatuh cinta. Bila kita jatuh cinta, perasaan yang awal kita akan rasa adalah sayang. Kan?

Bila kita sayang, kita akan cuba nak buat dia gembira dan bahagia dengan kita. Kita tak nak ada orang lain rampas dia daripada kita. Macam dari Pengkid dan sebagainya. Bagi yang pernah rasa terluka, dia akan biasanya overprotective. So, sesetengah orang akan rasa rimas. Tapi kena faham, dia tak nak perkara yang sama berulang. Seperti kata pepatah dalam Movie Adnan Sempit:

"I don't want banana to fruit two times"

Hahaha. Dalam bahasa melayunya, "Saya tak mahu pisang berbuah dua kali". So, nasihat saya, bila ada orang sayang kita, hargailah dia elok-elok. Jangan abaikan dia. Bukan senang nak cari orang yang betul-betul sayangkan kita.

Bila korang sayangkan seseorang tu, apa korang akan buat?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 25, 2011

TIGA KATA...


An Ideal Snack To Munch On Should Be Monstrously Delicious!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!

How Low Can You Go?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang dah dengar lagu baru KRU? Tajuk lagunya ... Tiga Kata. Korang mesti dah dengar kan? Kalau tak dengar, pergi dengar sekarang baru sambung baca entry ni. Hehehe.

Tiga kata yang dimaksudkan dalam lagu adalah "Wo Ai Ni", "I Love You" dan "Aku Cinta Padamu". Ada lagi tapi korang dengar sendiri la lagu tu. 

Tiga kata ni bagi saya kalau susah nak sebut pun tak bagus, kalau selalu sebut pun tak bagus. Bagi saya, bila masa yang romantik dan surprise kita sebut Tiga Kata ni, baru bermakna dan si dia akan ingat moment tu. Betul tak? Kalau tak betul, sila betulkan k? Hehehe.

Bila susah sangat nak sebut, si dia ingat kita tak sayangkan dia dan cuma nak mainkan dia. So, boleh gaduh dan berpisah. Rugi je sebab padahal dua-dua yang salah. Susah sangat nak bagitau hati masing-masing. Siapa yang rugi? Dorang gak.

Bila senang sangat sebut, si dia ingat kita tak ikhlas dan fikir bila senang sangat kita sebut Tiga Kata tu, tak ada makna dah Tiga Kata tu pada si dia. Sebab apa? Sebab senang sangat disebut dan bila disebut pun, tak ada sebarang perasaan sayang diletakkan dalam Tiga Kata tu.

Tapi, yang penting, kalau dah jodoh, pergi balik pergi balik, khawin gak dengan jodoh kita tu. Kan?

Pendapat saya je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 18, 2011

"SAYA DAN PUAN K SAYA"

Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Get addicted gaming to win your share of RM25,000!



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kalau saya bagitau korang saya dah kawin, korang percaya tak? Ini pengakuan berani mati saya. YA, SAYA DAH KAWIN. Nama bini saya adalah Puan K. Ada ke yang terasa melepas tak? Hahaha.

Mas kawin masa nak kawin dengan Puan K ni dalam RM2,000 gak la. Mahal kan? Pastu, hantaran saya belanja lebih RM30,000. Memang saya sayang sangat-sangat Puan K saya ni. Saya beri kasih sayang dan jaga dia dengan baik sekali. Apa yang dia nak dengan sedaya saya penuhi.

Alhamdulillah Puan K ni masih setia kepada saya dan sudah semestinya saya setia kepada Puan K. Mesti korang nak tahu siapa Puan K tu kan? Nama penuh Puan K adalah Puan Kenari. Comel kan nama tu. Hehehe.

Gambar kat atas itulah bini saya. Nombor plat pun ikut nama saya. NBN = Naser Bin Nadzeri.

Hehehe. Jangan marah, nanti kena jual.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 4, 2011

"KENAPA AWAK SELALU CONTACT SAYA?"

MENARIK:

TRUDY & TEDDY PROVIDES COMFY BABY WEAR LOVINGLY MADE FOR BABIES!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pernah tak korang kenal seseorang tu dan tiba-tiba dia selalu contact korang? Tak kira la SMS atau fon. Korang pernah tertanya kenapa tiba-tiba selalu sangat dia contact?

Lelaki atau perempuan, sama je. Pada pendapat saya, si dia sebenarnya suka kat korang. Bila kita suka kat seseorang, kita akan usaha cari macam- macam maklumat si dia betul tak? Bila kita dah makin kenal dengan si dia, kita akan jatuh cinta. Tapi kadang- kadang akan tertanya-tanya. Berani ke kita nak bagitau perasaan kita yang sebenarnya pada dia? Ada yang berani ambil risiko untuk bagitau si dia. Risikonya adalah bila kita dah bagitau, persahabatan kita takkan sama seperti dulu.

Pelik kan manusia ni? Tapi itulah menjadikan manusia ni unik. Nak jatuh cinta tak perlu masa yang lama. Ada yang dalam masa beberapa hari je. Ada gak yang ambil masa berbulan-bulan. Tapi bagi seseorang pernah dikecewakan, walaupun dia suka si dia, dia akan ambil sifat berhati-hati. Bila si dia bagi signal tak suka, secara automatik dia akan undur diri dan jauhkan diri daripada si dia. Korang rasa kenapa ye?

Sebabnya dia tak nak rasa terluka lagi.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 25, 2011

KALAU KORANG SAYANGKAN DIA, KORANG MESTI ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya minta maaf sebab entry hari ini banyak berkisar tentang perasaan. Hahaha... Cuma ini antara cara saya nak pujuk hati saya. Saya yakin semua orang pernah ada orang tersayang tak kiralah ibu bapa, adik beradik, kekasih, suami isteri dan macam-macam lagi. Kan? Kalau ada yang tak pernah sayang sesape dalam dunia ni, mungkin dia terlupa or buat-buat lupa kot?

Bila kita sayangkan seseorang, kita mesti nak tengok dia bahagia walaupun dia bukan dengan kita kan? Kadang-kadang kita sanggup lepaskan dia untuk orang yang lebih baik dari diri kita. Kita mesti nak dia sentiasa gembira. Kan? Hahaha... Tapi, kita macam mana plak? Makan hati berulamkan jantung pisang yang dah hampir expired? Jawapannya simple je. Itu pilihan kita. Kita yang sanggup lepaskan dia untuk yang lebih baik. So, itulah yang kita dapat. Cuma perlukan masa untuk ok balik la. Kan?

Kalau korang sayangkan dia, korang mesti buat apa? Kalau dia tak dapat bersama korang.

Cuba korang kongsi sama-sama.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 28, 2011

SAYA SAYANGKAN BLOG SAYA ... KORANG?


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Walaupun header saya biasa-biasa je, background saya tak la cantik sangat, susunan blog saya berterabur, entry yang saya tulis pun tak la bagus dan macam-macam lagi, saya tetap sayangkan blog saya.  Korang boleh kata apa pun. Saya tak kisah sebab blog saya adalah identiti saya. Hehehe...

Kepada Mr. Hacker yang berkaitan, silalah jangan hack dan kacau blog saya. Sebab saya sayang blog saya. Pergilah hack kedai roti ke, kedai jual nasi lemak ke, kedai makan ke, tapi jangan hack blog saya. Please...please...please..Huhu...

Beria-ia saya tulis macam ni, dalam senarai blog nak di hack tu ada ke blog saya? Huhu... Tak tengok pun senarai tu. Blog saya ni walaupun hanya cebisan kecil dalam dunia blogging, taklah sebesar keratan seperti blog Abang Ben dan Cik Epal, tapi blog ni tetap menjadi pujaan hatiku.

Saya sayangkan blog saya walau macam mana pun rupanya.  Korang macam mana plak? Sayang ke dengan blog korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 21, 2011

HARGAILAH MEREKA ...

Saya dengan anak saudara saya

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hargailah mereka.  Hargai siapa? Korang rasa korang kena hargai siapa?

Yang paling, korang hargailah ibu dan ayah korang.  Sejahat mana pun ibu dan ayah korang, dorang tetap ibu dan ayah korang.

Korang kena setiasa ingat pengorbanan mereka.  Bila mereka dah tua, korang pun busy dengan keje dan family korang, mereka akan cepat terasa hati.  Mereka akan terasa macam korang tak sayang mereka dah. Padahal korang sebenarnya busy.  Bila mereka merajuk, pujuk mereka.

Mak dan adik-adik masa bercuti di Melaka

Mak saya pernah merajuk sebab anak-anak dia busy dan hari minggu, selalu tak ada kat rumah.  Masa tu saya cuti dan ada di rumah.  Dia dah masak untuk makan sama-sama tapi adik-adik saya nak keluar. Pastu, dia merungut dan merajuk dalam bilik.

Adik-adik saya tak pandai pujuk mak saya. Saya je yang pandai. Haha... Pelik kan? Saya bagitau kat adik saya, hidang makanan ni atas dan saya pujuk mak makan. Mula-mula memang dia tak nak, saya pujuk dengan baik, mak saya bangun gak makan dengan muka muncung. Huhu...

Pastu, kat meja makan, saya buat la lawak untuk ceriakan keadaan. Baru mak saya tersenyum pastu mula bersembang balik. Habis makan, saya bawa suruh mak saya siap.  Saya bawa jalan-jalan. Seronok mak saya masa tu. Huhu..

Dah melalut plak ni. Haha... Sape yang ada ibu dan ayah tu, hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Apa korang dah buat untuk hargai ibu dan bapa korang?

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka