Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label petrol. Show all posts
Showing posts with label petrol. Show all posts

Friday, July 29, 2011

PETROL? DIESEL?! ALAMAK...

MENARIK:

GET FUEL EFFICIENT WITH THE NEW PROTON SAGA FLX!


Credit Google


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah dekat bulan Ramadhan ni, teringat kisah-kisah lucu saya masa ikut bapa saudara saya pergi berniaga masa kecil dulu. Kisah ini menyebabkan bapa saudara saya rugi banyak gila. Rasa bersalah gila masa tu. Hahaha... Saya ni kira agak lambat sikit tentang minyak petrol dan diesel. Sebenarnya saya tak tau apa bezanya. Saya ingat sama je.

Kisah ini berlaku masa bapa saudara saya berhenti di Stesen Minyak Shell dekat Taman Pelangi, Juru, Pulau Pinang untuk isi minyak. Bapa saudara saya drive lori pick up kecil. Berhenti je lori, bapa saudara saya bagi arahan:

"Nanti Pak Tam bagi isyarat, hang isi minyak tau?"

"Ok Pak Tam"

Bapa saudara saya pun terus jalan ke kaunter nak bayar. Saya dengan pantasnya buka penutup tangki lori. Seketika kemudian, bapa saudara saya bagi isyarat pada saya dan saya pun capai nozel untuk isi minyak. Lepas selesai isi minyak, saya letak balik nozel kat tempatnya. Bapa saudara saya datang suruh saya naik.

"Eh..Nape banyak sangat minyak ni? Tadi Pak Tam bayar RM30 je"

Saya diam je. Sebab tak faham masa tu. Bapa saudara saya terus start enjin nak pegi berniaga di Taman Pelangi tapi tiba-tiba enjin berhenti. Start banyak kali pun tak boleh. Bapa saudara saya dah bengang sebab dia ingat lori dia yang rosak. Pastu, dia suruh saya tunggu di lori dan dia g cari mekanik. Mekanik datang dan check tangki minyak. Dia cakap:

"Aiya... U sudah isi minyak diesel ma.."

Bapa saudara saya terkejut dan tanya saya.

"Tadi hang ambik pemegang warna apa?"

"Hitam"

"La.. Awat hang ambik yang tu? Itu minyak diesel"

"Minyak pun ada beza ke Pak Tam?"

Memang  saya tak tau minyak ni ada bezanya masa tu. Hahaha... Teruk juga la bapa saudara kena repair lori dia. Kena buang minyak diesel dalam tangki dan keringkan tangki. Lepas tu, kena biar enjin tak berhenti sebab takut tak boleh start. Kami sempat sampai kat Taman Pelangi pukul 6.50 lebih je. Dapat jual sikit je kuih. Lebih kuih banyak gila.

Lepas tu, bapa saudara saya tak bagi saya isi minyak lori dia. Haha.. Teruk betul saya ni.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 29, 2011

SUBSIDI PETROL...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi mengisi minyak di Stesen Minyak Shell di Selekoh, Perak. Ternampak satu maklumat yang dilekatkan berkenaan subsidi yang ditanggung oleh kerajaan.

Terfikir saya, Kerajaan betul-betul dah takde duit ke? Terfikir gak saya kalau tiba-tiba Kerajaan tarik subsidi dan rakyat kena tanggung kos petrol seratus peratus, macam mana respon rakyat nanti?

Tadi saya tengok untuk Petrol RON 95, harga selepas subsidi ialah RM1.90 seliter. Subsidi ditanggung oleh Kerajaan ialah RM0.80 seliter. Kalau Kerajaan tarik subsidi tu semua, rakyat kena bayar untuk seliter petrol RON 95 sebanyak RM2.70.

Masa tu, confirm harga barang semua akan naik. Huhu... Tak dapat bayangkan dengan gaji sekarang nak survive.

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka