Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label jatuhkan orang lain. Show all posts
Showing posts with label jatuhkan orang lain. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

PERLI MEMERLI ...

Credit Google

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Korang pernah kena perli dengan orang lain tak? Apa korang rasa tu? Mesti korang rasa nak penampar je orang tu kan? Kalau tak, saya yang rasa. Huhu... Tapi, perli memerli ni dah jadi darah daging dalam masyarakat.  Disebabkan perasaan sombong dan bangga diri, kita perli orang yang kurang daripada kita.  Masa tu kita rasa kitalah paling besar dan paling bagus.

Tapi, bila kena kat batang hidung kita sendiri, apa akan kita rasa ye? Mesti kita akan rasa macam mana orang yang kita perli rasa.  So, padan muka kita la. Huhu... Buat apa nak perli orang lain kalau diri sendiri pun belum cukup ilmu lagi.  Cuba kita fikir, kalau semua orang saling perli memerli, semua saling bertikam lidah, semua orang saling berusaha menjatuhkan orang lain, apa akan berlaku seterusnya?  Ini yang pasti, masyarakat akan hilang rasa percaya antara satu sama lain dan perpecahan akan berlaku.

So, daripada kita saling perli memerli, kalau tak puas hati, cuba jumpa orang tu dan beritahu dia secara baik.  Memang kadang-kadang dia takkan boleh terima, tapi kita dah jalankan tanggungjawab kita untuk beritahu dia. Dia nak terima atau tidak, itu keputusan dia.

Ini cuma pendapat saya. Kalau korang ada pendapat lain, jemput kongsi k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 30, 2011

TIKAM BELAKANG...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua

Korang pernah kena tikam belakang tak? Saya mengaku saya pernah sampai saya susah nak percayakan orang lain. Memang terasa dan sakitnya memang tak terkata. Tambahan orang tu adalah orang kita paling percaya.

Tikam belakang ni berlaku sebab ada perasaan hasad dengki dan tamak haloba. Ada yang sanggup tikam belakang kawan baik sendiri untuk ke jawatan yang lebih tinggi.

Terfikir gak saya, apa dorang rasa masa menikam belakang kawan baik dorang? Seronok?

Korang rasa la apa dorang rasa sebenarnya?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka