Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label unik. Show all posts
Showing posts with label unik. Show all posts

Sunday, July 24, 2011

KEPELBAGAIAN BUDAYA NEGARA KITA...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Lambat updated blog hari ni. Sekarang saya di Dewan Sanmarka Orang India, Hutan Melintang, Perak. Kena buka booth sempena Perayaan Masyarakat India. Tengah panas sekarang.

Di Malaysia ni kita ada bermacam-macam budaya yang unik. Saya baru lepas tengok satu acara pecahkan belanga kecil. Memang menarik dan saya tengok live.

Setiap kaum punya budaya yang berbeza tapi bila kita saling menghormati dapat memblehkan kita hidup dalam perpaduan. Budaya yang berbeza inilah membuat Negara Malaysia ini unik.

Sesape nak kongsi pengalaman menyertai atau tengok perayaan kaum lain. Ce kongsi.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 10, 2011

MASIH LAGI DI MCD... BLOGWALKING JAP..

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih di sini. Di McD Teluk Intan. Buat apa kat sini. Masih lagi menggunakan wifi untuk berblogwalking. Hehe...

Blogwalking sambil baca entry-entry rakan blogger lain buatkan masa yang berlalu tidak terasa. Sebenarnya banyak blogger-blogger sangat berbakat dalam penulisan. Dorang mempunyai idea sendiri dan entry yang ditulis daripada hati dorang sendiri.

Saya cuma agak kurang berminat baca entry yang dicopy paste antaranya berita semasa. Ini saya k? Jangan terasa hati plak sampai nak boikot saya. Mungkin blogger lain suka, tapi tidak saya.

Saya lebih prefer untuk baca entry yang ditulis dan diolah menggunakan ayat sendiri. Sebab apa? Sebab setiap blogger ada cara penulisan yang berbeza. So, bila saya baca banyak blog sebegini, saya rasa seronok sebab tak sama. Kalau korang blogwalking ke semua blog yang cara penulisan sama je, korang boring tak?

Comtoh terbaik adalah Blog Abang Ben yang menampilkan cara penulisan dia sendiri. So, saya suka terjah blog dia bukan sebab dia feymes or hensem (hensem ke?..hehe..jangan marah Abang Ben..), saya terjah blog dia sebab cara penulisannya yang melambangkan diri dia sendiri dan ringkas tapi padat.

Saya bukan nak cari salah orang lain. Cuma melontarkan kehendak dan pandangan saya. Jangan benci dan santau saya k?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 21, 2011

BLOG KORANG = IDENTITI KORANG

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebelum ini saya ada buat satu entry berkenaan Setiap Blog Adalah Unik ... Seperti Pemiliknya. Sape nak baca, silakanlah ye?

Tadi tengah blogwalking, saya terterjah satu blog ni. Dia sedang mengamuk sebab tutorial/entry dia buat pagi tadi ada orang copy sebijik dan tak bagi kredit. Dia bagitau betapa penat dia buat tutorial/entry tu.  Saya kesian kat dia.

Korang setuju tak, blog korang adalah identiti korang? Blog korang kalau korang karang sendiri dengan cara korang sendiri akan melambang identiti korang. Kalau blog tu jenis copy dan paste, blog tu sepatutnya blog yang mengumpul informasi macam Peluang Kerjaya dan sebagainya.  Takkan tajuknya "Si Polan Blog" dorang letakkan entry copy dan paste tentang bola. Kan?

Bagi saya, entry yang diolah dengan ayat sendiri dan cara penulisan sendiri lagi seronok dibaca.  Bila orang komen, kita rasa seronok dan puas. Kan?

Banyak betul kan saya kan? Hahaha....

Ini cuma pendapat saya.  Sebab melalui pemerhatian saya selama saya berblogwalking, saya tengok setiap ada cara penulisan berbeza. Termasuk saya. Kenapa? Sebab pendedahan dan pengalaman yang diterima adalah berbeza.  Kalau semua orang sama je, tak syok la berblogging kan?

Apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 20, 2011

SETIAP BLOG ADALAH UNIK ... SEPERTI PEMILIKNYA ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Bagi saya, setiap blog yang wujud di dalam dunia blogging adalah sangat unik seperti pemiliknya. Kenapa? Sebab setiap dilahirkan dengan keunikan dan kebolehan masing-masing.  Setiap manusia juga mempunyai sifat yang berbeza. Even cap jari pun berbeza bagi setiap manusia di atas muka bumi ni.

Sama juga dengan blog.  Gaya penulisan, penyusunan dan pemilihan warna serta sebagainya adalah berbeza.  Berbeza mengikut keunikan setiap blogger. Inilah keunikan yang ada dalam setiap blog yang telah saya terjah.  Setiap blog mempunyai auranya tersendiri.

So, korang patut bangga dengan hasil blog korang. Sebab blog korang tu unik.

Korang setuju tak?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka