Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, June 5, 2011

REVIEW MOVIE X-MEN FIRST CLASS


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Kali ini nak buat review sikit tentang Movie X-Men First Class yang baru je saya tengok di Big Cinemas Teluk Intan Perak.

Movie bermula dengan kisah Erik atau Magneto yang ditindas masa perang.  Ibu Erik dibunuh depannya dan Erik dijadikan bahan eksperimen oleh Ketua Tentera yang jahat tu.

Kemudian, dorang tunjuk Professor X atau Alexander masa kecil yang berjumpa dengan Raven atau Mistique yang sebaya.  Mistique kalau korang tak tahu, yang berwarna biru dan boleh berupa orang tu.  So, dorang jadi kawan baik dari kecil sampai besar.

So, Erik atau Magneto ni berdendam dengan Ketua Tentera yang jahat tu dan cari cara nak bunuh dia.  Ketua Tentera yang jahat ni cuba mentelagahkan Negara Amerika dengan Negara Rusia untuk sebabkan Perang Nukleur.  Ketua Tentera yang jahat ni nak wujudkan dunia yang penuh dengan mutan dan hapuskan seluruh manusia.

Alexander atau Professor X ni selamatkan Erik atau Magneto dan dorang jadi kawan baik.  Dorang bergabung dengan beberapa orang rekrut mutan baru dan lawan Ketua Tentera yang jahat tu.  Ada geng baik yang berpaling tadah dan ada yang mati.

Dalam movie ni dorang tunjuk macam mana kemunculan Beast.  Beast ni mula-mula kaki dia berupa tangan.  Pastu dia buat serum untuk pulihkan kaki dia jadi normal tapi terus jadi wereworf warna biru.

Ending movie ini, Magneto berjaya balas dendam dan dorang tunjuk macam mana Professor X lumpuh.  Masa inilah bermula persengketaan antara mutan.

Dalam movie ni ada dorang tunjukkan Wolverine tapi kena halau. Jalan movie ini memang sangat baik dan CGI dia memang sempoi.  Saya bagi 4 bintang untuk movie ini.

Korang yang tak tengok lagi, cepat-cepat ke pawagan terdekat.  Tengok sendiri asal-usul X-Men.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. percaya tak...awe tak pernah tengok cerita X-Men ni dri awal...huhu..dulu layang kartun dia juga..

    ReplyDelete
  2. Hawa : cuba la tgk movie ni..best..huhu..

    ReplyDelete
  3. biarpun aku dah tengok citer x men yg sebelum ni, tpi aku still x phm...aku knl wolverine ngan cyclop je.kuar yg 1st class ni lagi la wat aku pening nanti kot...nak senang kene tengok citer ni balik baru boleh layan 1st class.huhu...

    ReplyDelete
  4. APAN : takpe APAN, pelan2 tengok. nanti faham gak..huhu..

    ReplyDelete
  5. azhan : memang best movie ni..huhu..

    ReplyDelete