Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, June 20, 2011

MOVIE REVIEW : SUPER 8 ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Disebabkan duduk rumah terasa sangat lah boring, saya ambil keputusan untuk ke tengok wayang di Big Cinemas Teluk Intan malam semalam.  

Saya amik keputusan nak tengok movie Super 8. Saya ambil tayangan pukul 7 malam. Huhu... Tengok sorang-sorang je la.

Movie saya memang kagum dengan scene yang melibatkan CGI dia.  Memang best. Sound dia pun menusuk telinga macam masa keretapi terbabas tu, saya rasa macam saya pun terlibat sekali.

Movie ni mula-mula agak slow tapi susah nak faham. Lama-lama baru faham apa yang berlaku. 
Credit Google


Secara keseluruhannya, cerita ni berkisar dengan budak-budak yang buat filem dorang dan terjebak dengan konspirasi kerajaan yang menahan seekor makhluk asing. Makhluk Asing ni dah berada di bumi sejak tahun 60 an saya rasa dan sebenarnya makhluk asing ni nak baiki kapal angkasa untuk pulang ke planet dia.

Tapi, ada satu ketua tentera ni tak bagi dan kurung dan tak bagi dia baiki kapal angkasa dia. So, makhluk asing setelah berjaya melepaskan diri daripada keretapi yang terbabas tu, terus mengamuk sambil mengumpul alat-alat untuk baiki kapal dia.
Credit Google


Endingnya makhluk asing itu berjaya repair kapal angkasa dia dan terus terbang balik.  Cara dia repair kapal angkasa sangat sempoi, korang nak tau? Korang g la tengok. Huhu..

Best gak movie ni. Saya bagi 4 / 5 bintang.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

6 comments:

  1. waa. mcm best je.tgh tggu download dari bittorrent ni. x sbr nak tgk. nnt joinla bloglist tu ye, sebar2kan~ hehe ><

    ReplyDelete
  2. aimifiqa: insya Allah..huhu..

    ReplyDelete
  3. adib : jalan cite dia gak slow mula2..tengah2 baru best..ending dia pun kurang best sikit..

    ReplyDelete