KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, June 15, 2011

KENAPA NAK NGUMPAT AKU? APA SALAH AKU?


Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Actually tengah panas dengan jiran-jiran yang boleh kategori makcik-makcik yang suka mengumpat.  Saya tak kacau orang pun tapi kena umpat gak.  Kalau dorang mengumpat, saya tak kisah sangat tapi bila kita terdengar, memang panas.

Satu pagi ni saya bangun pagi lambat, kelam kabut mandi nak pergi keje.  Masa nak pakai baju kat bilik, dengar makcik-makcik tu mengumpat saya.  Kenapa? Ada saya kacau hidup dorang ke?

Satu malam tu, saya balik dari Teluk Intan, beli barang dapur sebab baru pas dapat gaji.  Pas parking kete ke depan rumah, ada la makcik-makcik tengah sembang-sembang. Saya tak keluar dari kereta lagi.  Terdengar dorang tengah mengumpat saya.  Panas gak.  Saya rileks dan dengar apa dorang cakap pasal saya lagi. Bila dorang perasan saya ada dalam kereta, terus bersurai.

Haha...macam-macam perangai orang sekarang.  Patutnya tambah pahala bukan tambah dosa.  Saya pun bukan orang baik tapi saya ada temper saya gak.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. makcik2 tu xde menda nak buat.. so ngumpat le.. huhuh.. sabo je la

    ReplyDelete
  2. sallyzalyzz: tengah sabar ni. tapi terlepas gak tadi..huhu..perli2 dorang..terdiam terus..

    ReplyDelete