Credit Google
Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.
Terfikir gak apa yang korang rasa bila korang hancurkan hati kekasih atau orang yang suka kat korang ye? Kalau korang dah pernah rasa, kenapa korang masih lagi hancurkan hati orang selepas macam-macam dia buat untuk korang? Hahaha... Pelik kan entry kali ini.
Bila hati kita dihancurkan, kita pasti akan sedih. Kalau tak sedih tu, memang hati kering atau takde hati kot? Tapi kalau takde hati, boleh letak hati ayam ke, kambing ke, lembu ke... Kan? Kan? Ada gak sesetengah orang tu bila hati dia dihancurkan, dia akan menangis tak henti-henti. Ada gak yang pandai pujuk hati sendiri. Ada yang jenis suka busykan diri untuk lupakan rasa hati yang sedih dihancurkan. Setiap orang ada macam-macam teknik yang digunakan.
Yang menghairankan, kita pernah dihancurkan hati, kenapa kita menghancurkan hati orang lain yang begitu sayang pada kita ye? Apa sebenarnya kita rasa? Puas hati dapat balas dendam? Seronok sebab sebelum ini kita dah kena?
Ini cuma luahan pendapat dari hati saya. Hahahaha... Korang ada pendapat lain dari hati korang tak?
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka



