Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label salah ke senyum. Show all posts
Showing posts with label salah ke senyum. Show all posts

Tuesday, June 21, 2011

SENYUM ... SALAH KE?

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terima kasih sebab masih sudi singgah dan baca hasil penulisan saya yang tak seberapa ni.

Sejak dua menjak ni, saya selalu dengar di radio tentang senyum. Yang Radio Era bagitau, dorang senyum masa bertugas, cuma kita tak nampak.  Dalam TV pun ada gak saya tengok iklan galakkan senyum dengan lagu 'senyum'.  Huhu...

Senyum ni memang bagus. Elok untuk awet muda dan mudahkan orang nak dekati kita.  Tapi kalau terlebih senyum, orang cakap kita gila plak. Huhu...

Pada pendapat saya, senyum mesti penting sebab bila orang senyum pada kita, akan terbitlah rasa senang hati dan mesra untuk bertegur sapa. Masa tu, memang senang nak bertukar-tukar fikiran. Huhu...

Saja nak cerita kisah saya tersenyum pada awek yang saya tak kenal. Masa tu, saya tengah jalan-jalan kat The Store Teluk Intan, masa tu baru lepas makan McD...Macam biasa...Spicy Chicken McDeluxe Burger faveret saya. Hehe.. Tengah naik escalator, saya tak sengaja senyum pada seorang awek ni. Saya tengah mamai. Mungkin disebabkan oleh keenakan Spicy Chicken McDeluxe Burger tu. (Hehe...teringin..ada sape-sape nak belanja?). Pastu, awek tu senyum balik dan saya baru tersedar. Saya terus senyum kepada tengok tempat lain pelan-pelan.

Rasa lawak masa tu.  Actually tengah cari TV baru sebab TV lama rosak.  Duduk umah seminggu macam orang gila. Haha..Ngadap netbook je.

Dah melalut ke mana saya ni. Pendapat saya, senyum tu bagus tapi akan jadi tak bagus bila terlebih senyum. Huhu...

Apa pendapat korang plak?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka