Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label keamanan. Show all posts
Showing posts with label keamanan. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

MASALAH DENGAN POLIS DI KAWASAN KAMPUNG...


Let's stay connected on the go.
Get addicted gaming to win your share of RM25,000!

What is Limhamn, Factum or Bekväm?

Ever feel like you need a genie to make your wishes?


Assalamulakum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger.

Tengah saya makan tadi, lalu seorang pakcik Polis. Mungkin dia datang minum jap dan kemudian dia menyambung tugasnya. Sekejap je dia minum. Kemudian dia beramah mesra dengan 2, 3 orang penduduk yang tengah lepak-lepak minum gak.

Dia lalu sebelah saya dan saya pun dengan spontan senyum tapi dia buat tak tau je. Tak kisah la. Mungkin dia tak kenal saya bila saya tak pakai baju kerja dan tag jabatan saya.

Ini cuma pendapat saya je k? Saya tak nak ada yang sentap plak. Polis yang kerja di kawasan kampung kebanyakkannya penduduk asal kampung tu juga. Tapi dah penduduk kampung tu juga, sudah semestinya kenal orang kampung. Oleh itu, bilanak jalankan tugas, perasaan kenal tu akan sebabkan tugas tak dijalankan dengan sempurna. Sebabnya:

"Ini anak kawan aku. Tak pakai helmet plak. Lepaskan je la"

Saya tak kata semua tempat berlaku tapi hampir semua tempat berlaku. Ini cuma hasil dari pemerhatian saya je. Saya hargai apa yang dorang sumbangkan untuk keamanan negara ni.

Maaf kalau ada yang terasa.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 9, 2011

GENERASI DULU BERJUANG UNTUK BEBASKAN NEGARA, SEKARANG?

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sekarang tengah tengok movie Sarjan Hassan. Movie tentang pejuang kita untuk yang gigih berjuang untuk bebaskan negara kita daripada penjajah. Saya rasa hampir semua orang dalam Malaysia ni pernah tengok movie ni. Antara movie faveret saya.

Hari ini, kita berusaha untuk musnahkan keamanan negara kita. Saya tak tahu sama ada dorang yang terlibat ni fikir apa. Dorang nak tengok kisah Zaman Jepun dulu berulang kot?

Harap keamanan ni dapat kekal.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 28, 2011

SYUKUR ... NEGARA SAYA AMAN...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak menyeru kepada semua rakan-rakan blogger supaya sama-sama kita bersyukur dengan keamanan yang dikecapi oleh negara kita kini.  Bila kita imbas semula peritnya generasi sebelum kita memperjuangkan pembebasan negara kita dari tangan pejajah, kita akan nampak betapa teruknya pada waktu itu.

Kalau korang baca buku sejarah, ada menceritakan pada masa penjajahan Jepun, rakyat terpaksa mengalas perut dengan ubi kayu.  Masa tu, bekalan makanan dimonopoli oleh Askar Jepun pada masa itu.  Korang tak ingatkah macam mana rakyat kita dipaksa bekerja siang dan malam serta perempuan dirogol. Korang boleh tengok dalam movie sejarah yang diarahkan oleh pengarah kita. Antaranya adalah Embun dan paling saya tersentuh hati adalah Bukit Kepong.

Keamanan yang kita kecapi sekarang ni pun adalah hasil perjuangan mereka yang menumpahkan darah demi pembebasan negara kita dari penjajahan. Tapi, cuba kita cari balik pahlawan-pahlawan yang berkorban untuk negara kita, apa terjadi kepada mereka? Saya ada baca dalam surat khabar suatu ketika dulu yang seorang pahlawan kita dibiarkan hidup daif. Padahal dia adalah salah seorang yang memperjuangkan pembebasan negara kita daripada penjajah.

Saya tulis entry ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri dan rakan-rakan blogger supaya bersyukur dengan keamanan yang kita ada sekarang.  Jangan cuba rosakkan dan hancurkan keamanan yang kita kecapi sekarang. Saya tak berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa. Entry ini ditulis mengikut apa kata isi hati saya. Sekiranya ada yang terasa hati, ribuan maaf saya pinta.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka