Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, October 25, 2011

"REALITI TAK SAMA DALAM DRAMA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Realiti kita takkan sama dengan dalam drama yang dipertontonkan di TV. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab drama tu adalah imaginasi penulis skrip dan pengarah drama tu. Lagipun, drama yang dihasilkan adalah apa yang kita inginkan berlaku. Drama ni lebih kepada apa yang kita tak mampu dapat atau buat. Kita lahirkan dalam bentuk drama.

Memang tak dinafikan ada gak yang benar-benar terjadi dan diambil dari kisah benar. Tapi, yang pasti, walaupun diambil dari kisah benar, sudah pasti akan ada tokok tambah supaya cerita dalam drama tu lebih menarik.

Bila terlalu banyak kita tonton drama-drama ni, kita akan cenderung untuk berharap. Berharap hidup kita berlaku seperti dalam drama tersebut. Ya, betul. Hidup kita ni adalah drama juga. Setiap orang ada drama masing-masing. Drama dua bergabung bila mula bercouple dan berterusan bila mengikat tali perkahwinan.

Tapi, drama yang direka oleh pengarah drama adalah ilusi dan keinginan kita untuk menjadi seperti dalam drama yang direka tapi kita tak mampu. Realiti adalah sangat berbeza. Ada yang masih dalam dunia drama lagi dan lebih suka stay dalam dunia tu sebab memang seronok.

Tapi, persoalannnya, mampukah dia menghadapi dunia realiti nanti?

p/s : Ini cuma pendapat saya. Masa tulis entry ni, saya tengah mamai nak tidur. So, apa yang saya tulis ni memang direct apa yang saya fikir. Hehehe.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

16 comments:

  1. drama tu cerita...biasalah

    kadang² adalah lah jugak yang terkena dgn realiti tapi tak sama

    ReplyDelete
  2. tapi akak suka tengok drama hahaha..

    ReplyDelete
  3. ayah selalu ckp.. jgn selalu sgt tengok drama melayu, angan2 je semua tu... saya pun sependapat ngan bro.

    satu lagi drama korea pun same..hehehe (tak fanatik kpop) hehehe

    ReplyDelete
  4. kebanyakkan drama sama ngan realiti..cuma terdapat cket tokok tambanya untuk penyedap cerita..tapi kalo novel..memang jauh la sangat dengan realiti..hakikatnye..ramai yang suka..huhu

    ReplyDelete
  5. kadang-kadang, cerita pun berdasarkan apa yg dialami penulis...

    ReplyDelete
  6. drama dlm tv sesungguhnya mengikut skrip manusia...drama kita dalam realiti?...:)

    ReplyDelete
  7. hehehehehee
    drama kan
    hurm..kekadg terpengaruh gak dgn drama ni

    ReplyDelete
  8. kisah hidup kita ni di atas muka bumi dah macam boneka di atas pentas dunia.. kita just perlu follow al-quran dan sunnah.. itu yg akan menjadikan kita manusia atau binatang..
    kebanyakan drama di tv tak sama dgan cerita kita sebenar.. sebab yg merasa adalah kita.. yg sakit adalah kita..

    ReplyDelete
  9. hehe. memang drama dan realiti berbeza. kalau la hidup ni macam drama yang boleh diubah dan ditokok tambah sesuka hati.macam mana la agaknya.

    ReplyDelete
  10. jgn harap hidup indah bak drama..huhu

    ReplyDelete
  11. kdg2 drama melayu skrg dipengaruhi drama luar..nak lebih nmpak real...itu yg kdg2 ada adegan2 dan skrip yg agak keterlaluan....smpai bercanggah dengan agama...yg berlakon plak org Islam

    ReplyDelete
  12. betul tue....drama dengan realiti tak sama..contoh lelaki yang bernama seth tan tue....dalam cerita apa erkk...lupa pulak..Isteri semua mengharapkan suami seperti Seth Tan..

    ReplyDelete
  13. Salam;
    Aku setuju drama dan dunia realiti 100% tak sama..emosi kita sebenarnya berbeza antara lakunan dan realiti tak kiralah cerita tu garapan atau diambil dari kisah benar.
    Sebenarnnya sesebuah drama ni bukan jalan serita yang nak ditonjolkan tapi maksud,sindiran dan pengajaran.

    ReplyDelete
  14. tak layan drama n movie2 melayu except cerita yang melibatkan persahabatan cam cerita KAMI @ cerita jenayah cam juvana,..sebab bagi sy drama itu bukannya rekaan semata2,tetapi mmg berlaku dlm kehidupan cuma ending je yg berlainan sebab ending drama best,happy,hehe

    ReplyDelete
  15. assalamualaikum..

    jom baca entry terbaru saya..


    http://qurratulain-pagaremas.blogspot.com/2011/10/nak-berubahdari-mana-nak-mula.html

    ReplyDelete
  16. jangan terpengaruh sgt..dah mamai kan..hehe

    ReplyDelete