KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, October 28, 2011

SANTAI MINDA : "JUAL ANAK?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kes jual anak dan buang anak ni dah semakin menjadi-jadi sekarang ni. Korang cuba baca kisah di bawah ni.

Di pagi hari yang nyaman, dua orang yang sudah lanjut usianya duduk berehat sebuah pangkin.

Pak Abu dan Pak Majid nama mereka. Pak Abu sedang membaca surat khabar manakala Pak Majid hanya duduk termenung jauh sambil menghisap rokok daun.

Pak Abu : Majid, engkau tengoklah berita dalam surat khabar hari ini.Ada orang sanggup jual anak dia.

Pak Majid : Hmmmm... (Menjawab acuh tak acuh je).

Pak Abu : Kalau ye pun terdesak nak duit sangat, janganlah jual anak. Banyak lagi cara nak dapat duit.. Kerja kat Pam Minyak ke, Jual Kacang Putih ke, Jual Surat Khabar ke. Betul tak Majid?

Pak Majid : Hmmmmm... (Sambil menghembus asap rokok daunnya).

Pak Abu : Engkau ni kenapa Majid? Takkanlah berita ni engkau tak ambil kisah? Ini melibatkan kemanusiaan tahu? Binatang pun tahu jaga anak.

Pak Majid : Hmmm... Inilah aku nak bagitau engkau. Kalaulah aku masa muda-muda dulu, aku buang je anak-anak aku tu.

Pak Abu : Hah?! Engkau biar betul Majid.

Pak Majid : Hoi... Engkau sedar tak sekarang ni kita ada kat mana?Sedarlah yang kita sekarang ni ada kat RUMAH ORANG-ORANG TUA. Kalaulah aku tahu perangai anak-anak aku tu macam ni, dah lama dah aku jual anak-anak aku dulu.

Pak Abu : Ha'ah. Ye la. Baru aku sedar.

p/s : Kita duk nampak ibu bapa buang anak. Yang anak-anak buang ibu bapa macam mana plak ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

18 comments:

  1. hahah patutla orang tua tu marah benar hehe..anak buang mak ayah lagi teruk tapi buang anak lagi sangat terukk..aishhh manusia zaman sekarang

    ReplyDelete
  2. yg buang bapa tu dah berakal.boleh fikir baik buruk..yg bapa buang anak pulak..bapa tu bodoh,jahil dlm agama..betul ke ni?heheh..pening!!

    ReplyDelete
  3. huhu.. what goes around, come a rounds. byle mak bpak bunag anak, anak pula bung mak bapak. macam macam dh dunia skrg.

    jmpt bce entry santai kt blog ea abg naser : http://storycikhoneybee.blogspot.com/2011/10/kenapa-masyarakat-india-tak-makan-lembu.html

    ReplyDelete
  4. sedih dgn manusia skrg ni..yg buang anak, buang mak ayah.....kenapa dirg bersikap mcm 2?...

    ReplyDelete
  5. dulu org kata, mak saya jual anak.. tp sebenarnya, masa tu mak xde duit nk sara anak yg ramai.. jd bagi r kat org pelihara..
    kakak saya r masa tu.. skrang baru tahu

    ReplyDelete
  6. tertinggal 1 perkataan..hehehe..naseb bek saya paham...^^,

    anak buang bapak???ini kes anak tak hargai jasa..

    bapak buang anak atau lebih tepat mak buang anak--no sense of humanity...

    ReplyDelete
  7. hmmm3
    betol
    x rase sedih ke melihat mereka kat rumah org tua tu
    hurm3

    ReplyDelete
  8. SALAM,
    AYAT p/s. AMAT RELEVAN DAN BERMAKNA !

    ReplyDelete
  9. huhu..btol 2..xde pulak msok berita tetiap ari x

    ReplyDelete
  10. tadi dh bg komen x tau ler masuk ke x sebab pastu line error..huhu

    ReplyDelete
  11. janganlah terjadi kepada aku esok2

    ReplyDelete
  12. haishh...sbab tu didikan agama sejak kecil tu penting

    ReplyDelete
  13. tu lah zaman sekarang,,yang mak ayah tak nak anak,,yang anak pulak dah besar dijaga elok2..pi buang mak ayah..

    ReplyDelete
  14. hahaha! memula bace mcm serius..alih2 kelakar lak jadinya..
    =]

    ReplyDelete
  15. hurm... tapi seglanya bermula dari ibu bapa... didikn itulah yang paling penting sebenarnya...

    ReplyDelete