Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label drama. Show all posts
Showing posts with label drama. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

TERJEBAK DENGAN 'JODOH' PULA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan isteri saya sekarang dah terjebak dengan satu drama baru yang ditayangkan di Astro Ria iatu 'Jodoh'. Ada juga saya ternampak iklan-iklan tentang drama ini tapi saya tak nak ambil port sangat. Drama ini ala-ala macam seorang lelaki ini mencari pasangan hidupnya dan buat satu pertandingan untuk pilih yang mana satu gadis yang sesuai dengannya. Dulu ada Hollywood buat satu rancangan realiti sebegini. Tapi, yang ini berlakon je.


Tapi, satu hari pada minggu lepas, saya terpasang siaran ulangan drama ini. Dalam siaran ulangan ini, para peserta wanita kena cipta lagu untuk dinyanyikan kepada Azlan (Hero drama inilah). Macam-macam suara saya dengar tapi yang paling saya tak tahan nak gelak masa Olly (Scha Alyahya) nyanyikan lagu "Say No To Tapak Kasut" yang berkisarkan tentang Tapak Kasut Di Mangkuk Tandas. Memang buat saya dan isteri saya gelak. Korang tengok sendirilah.



Agak best juga drama 'Jodoh' ini. Saya rasa drama ini lain dari yang lain. Memang banyak part yang buat saya ketawa bila Olly mula buka mulut dan gelagat 'lurus bendul'nya. Olly nak sangat disingkirkan dalam rancangan tersebut tapi setiap yang dibuat Olly tu disukai penonton pula. So, penerbit dan Azlan tak dapat buang Olly disebabkan takut penonton marah. Olly tak suka Azlan. Azlan tak suka Olly. Dorang memang tak sebulu dan asyik nak gaduh je.


Gambar di atas itu adalah para peserta perempuan yang 'berebut' untuk menjadi pasangan Azlan. Macam-macam jenis perangai ada. Setiap peserta ada kelebihan dan 'kegedikan' masing-masing. Rasa lucu bila terfikirkan perangai setiap orang peserta. Hehehe.

Korang yang pernah layan drama 'Jodoh' ni mesti tahu apa yang saya ceritakan di atas kan? Korang yang belum tengok drama ini, cuba tengok sekali. Lepas itu, korang tak nak tengok dah pun takpe. Kepada korang dah tengok drama ini, apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 14, 2012

"HANG TAK NORMAL..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kenapa pula nak cakap saya tak normal? Saya cukup sifat. Ada satu kepala, dua tangan, dua kaki dan satu badan. Lengkap macam orang yang normal juga. Mana yang dikatakan tak normalnya?

"Sekarang time bola, kenalah layan bola"

La... Itu je. Saya tak kata saya tak minat bola. Saya jenis bukan fanatik sangat nak layan bola ni. Saya tengok macam tu saja. Itupun kalau ada geng. Kalau sorang-sorang, tak kuasa saya nak layan bola.

Bagi saya, setiap orang ada minat tersendiri. Tak perlu nak fanatik sangat sebab itu semua bukan kekal pun. Macam realiti TV, sampai menangis meraung-raung bila peserta pilihan terkeluar atau tersingkir ape hal. Dah nama pun rancangan realiti, memang banyak drama-drama yang akan dipertontonkan. Saya punya cara, layan je semua.

Yang penting, hati kita hepi dan ceria selalu. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, October 25, 2011

"REALITI TAK SAMA DALAM DRAMA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Realiti kita takkan sama dengan dalam drama yang dipertontonkan di TV. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab drama tu adalah imaginasi penulis skrip dan pengarah drama tu. Lagipun, drama yang dihasilkan adalah apa yang kita inginkan berlaku. Drama ni lebih kepada apa yang kita tak mampu dapat atau buat. Kita lahirkan dalam bentuk drama.

Memang tak dinafikan ada gak yang benar-benar terjadi dan diambil dari kisah benar. Tapi, yang pasti, walaupun diambil dari kisah benar, sudah pasti akan ada tokok tambah supaya cerita dalam drama tu lebih menarik.

Bila terlalu banyak kita tonton drama-drama ni, kita akan cenderung untuk berharap. Berharap hidup kita berlaku seperti dalam drama tersebut. Ya, betul. Hidup kita ni adalah drama juga. Setiap orang ada drama masing-masing. Drama dua bergabung bila mula bercouple dan berterusan bila mengikat tali perkahwinan.

Tapi, drama yang direka oleh pengarah drama adalah ilusi dan keinginan kita untuk menjadi seperti dalam drama yang direka tapi kita tak mampu. Realiti adalah sangat berbeza. Ada yang masih dalam dunia drama lagi dan lebih suka stay dalam dunia tu sebab memang seronok.

Tapi, persoalannnya, mampukah dia menghadapi dunia realiti nanti?

p/s : Ini cuma pendapat saya. Masa tulis entry ni, saya tengah mamai nak tidur. So, apa yang saya tulis ni memang direct apa yang saya fikir. Hehehe.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 24, 2011

DREAM HIGH - PERSAHABATAN DAN CINTA



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak kongsi satu video clip satu drama korea - Dream High. Lagu ni kira lagu utama untuk drama korea ni. Lagu ni best dan unik (Bagi saya la..bagi korang, saya tak tahu).

Saya suka drama korea ni sebab ceritanya berkisar tentang persahabatan dan cinta zaman remaja.

Korang tengok la video clip kat atas tu dan nilai sendiri lagu ni best ke tak?

Hehehe.

p/s : Dengar kata dorang dalam proses pembikinan Dream High Part 2. Dijangka release tahun 2012. Kita tunggu dan tengok nanti. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 1, 2011

REVIEW DRAMA KOREA : DREAM HIGH

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya baru je habis tengok 16 episod Drama Korea : Dream High. Memang best la drama ni. Macam tengok drama muzikal je. Lagu-lagu dalam drama ni pun best-best.

Saya ceritakan sikit tentang drama ni. Ceritanya bermula dengan seorang perempuan yang sombong dan sahabat baiknya. Bapa kepada perempuan yang sombong ni rupanya berhutang dengan ah long dan lari. Famili perempuan sombong ni dah muflis. Tapi dia malu, so dia rahsiakan daripada sahabat baik.

Diorang masuk ke sekolah yang popular dengan penghasilan bintang-bintang penyanyi. Ada banyak rintangan berlaku sehingga perempuan sombong ni dengan sahabat baiknya bermusuh.

Macam-macam rintangan dorang hadapi. Hingga akhirnya tertubuh satu kumpulan bernama Dream High. Ada la kisah cinta tiga segi dalam drama. Tapi tabik spring pengarah dan penulis skrip drama ni sebab setiap karektor dan babak dikembangkan dengan baik.

Saya bagi 4.5 daripada 5 bintang untuk drama korea ni. Kalau korang nak tau detail drama ni, korang kena la tengok drama korea ni. Best...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, June 19, 2011

LAYAN BOYS OVER FLOWERS ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ini saya duduk rumah je. Berblogwalking dan follow blog rakan-rakan blogger baru.

Sambil berblogwalking dan updated segmen yang baru je habis (Segmen Simple : Pantun Puji Diri Sendiri), saya layan astro je la. Sekarang masa entry ditulis, saya tengah layan Drama Korea : Boys Over Flowers.

Saja boring-boring layan drama ni.  Ada rakan-rakan blogger minat drama ni?

Actually, sebelum drama versi Korea ni keluar, saya ada tengok drama ni tapi dalam versi Mandarin.  Kat bawah ni gambar drama versi Mandarin tu.

Credit Google

Tajuknya Meteor Garden. Drama ni ada part 1 dengan part 2. Ceritanya lebih kurang sama je.  Korang penah tengok?

Drama ini memang menyentuh hati saya. Huhu.. Emosi pulak.

Korang layan drama Boys Over Flowers atau Meteor Garden?

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka