KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, October 11, 2011

"AMBIL DUIT KOPI NI"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak tulis entry berkenaan rasuah. Rasuah ni kira kes besar je la. Yang kes bagi duit sikit-sikit ni, saya panggil duit kopi je. Kalau silap, sorilah. Rasuah ni memang sangat menggoda. Tambahan kalau rasuah duit beribu riban. Korang dapat duit yang untuk gaji korang 3 bulan. Mahu tak seronok.

Tapi korang kena ingat, bila korang ambil rasuah tu, secara automatiknya korang dah berdosa sebab tak amanah dan korang macam dah tempah masalah. Masalah apa ye? Bila korang terima rasuah, orang yang bagi rasuah tu boleh ugut korang kalau dorang kena tangkap. Pastu, korang pun kena tangkap. Kena buang kerja. Kena blacklist. Kena pandang hina. Korang nak camtu?

Memang mula-mula korang dapat, seronok sangat-sangat. Boleh joli sana, joli sini. Tapi, korang rasa duit korang dapat melalui rasuah ni halal ke haram hukumnya? Saya taklah pandai sangat ilmu agama tapi kalau ikut logik, korang rasa camne? Halal? Haram?

Kita kalau boleh nak cari rezeki yang berkat untuk diri kita dan juga untuk anak bini kita (ini bagi yang dah kahwin ye?). Korang sanggup bagi makan minum anak bini korang duit daripada hasil rasuah?

Saya tahu semua ada impian nak hidup senang lenang. Tapi, jangan guna cara yang salah. Memang boleh kaya cepat, tapi hati korang rasa senang ke?

p/s : Pernah dioffer tapi dengan pantasnya saya tolak. Terus terang saya bagitau, saya bukan orang macam tu.Sorry ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. rasuah ni mula2 takut nak terima..
    bila dah terima jdi sedap pulak..
    lama2 dah jadi tabiat..

    bermula dgn nilai yg sikit..
    makin lama makin up..

    Hancur!!

    ReplyDelete
  2. rasuah xleh wat maen2..skali dh telan, dh jadik darah daging ha,..

    ReplyDelete
  3. bila dah jd drh daging,
    mmg x peduli ape dah la..
    hemmm~



    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  4. huisyh... elakkan.. memg haram memakan duit rasuah ni

    ReplyDelete
  5. rezeki tak berkat nanti kalau makan rasuah ni...

    ReplyDelete
  6. nasz orang ni cepat kelabu mata kalau tengok duit, lagi2 kalau di dada kurangnya iman, habis

    ReplyDelete
  7. sekali dh merasa duet rasuah ni
    berkali-kali
    nak lagi..
    jgn pernah rase duet haram ini...

    ReplyDelete
  8. agak2 kalau bidang pendidikan ni..apa duit kopinye ek...??

    ReplyDelete
  9. saya selalu bg duit kopi kat kakak cleaner, tukang basuh kete.. tp sy kate. saya ikhlaskan.. adekah saya dose?

    ReplyDelete
  10. USah gadaikan maruah agama.
    Bayangkan masa terima rasuah tu, datang malaikat mencabut nyawa. Tak sempat taubat.

    ReplyDelete