KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, October 28, 2011

"SENANG KE NAK JADI IBU BAPA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Betul ke ibu bapa sekarang ni open minded? Biarkan je anak-anak dorang buat apa saja?

Saya tak boleh cakap lebih-lebih sebab saya tak kawin lagi. Tapi saya masih ada ada adik. Walaupun jaga adik dan jaga anak lain, tapi mungkin boleh dijadikan rujukan untuk saya yang takde pengalaman ni.

Apa yang saya perhatikan dan rasa adalah peringkat peralihan remaja adalah saat genting. Masa ni remaja nak rasa bebas dan nak tiru apa saja. Tapi yang nak dicuba itu lebih menjurus ke arah keburukan je.

Pada masa ni, ibu bapa akan pening kepala. Nak tegur, nanti memberontak plak remaja ni. Pastu lari dari rumah. Tapi kena tegur gak. Kena la tegur dengan cara berhemah supaya remaja itu tahu ibu bapa bukan sengaja nak cari salah remaja tu. Memang sangat susah part ni.

Pada masa yang sama, ibu bapa pun kena la bagi contoh yang baik dekat anak. Sebab apa? Sebab rujukan anak-anak paling dekat adalah ibu bapa itu sendiri. Kalau ibu bapa pun tak elok akhlaknya, maka anak-anak akan ikut. Kemudian, kawalan ke atas anak-anak secara bijak. Tak bolehlah kawal ketat sangat dan tak boleh longgar sangat.

Ini cuba pendapat saya je. Saya tengok ibu bapa sekarang ni terlalu open minded. Memang bagus macam tu tapi kena ada perkara yang boleh open minded, kena ada yang tak boleh.

p/s : Saya tulis melalui pendapat dan pemerhatian saya je. Tak ada niat nak burukkan sesiapa. Kalau ada yang terasa, saya minta maaf.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

27 comments:

  1. tak boleh open sangat kalau hal2 yang boleh bercanggah dengan agama...pokoknya, didik anak @ adik sekalipun mesti berpandukan agama...akhlak contoh utama...

    ReplyDelete
  2. budak2 sekarang terlampau di manjakan. tu yang dah besar banyak yang tak boleh jadi MANUSIA.

    ReplyDelete
  3. memang pun...didikan agama dan disiplin itu penting

    ReplyDelete
  4. anak2 kecik lagi..saya pun takde la pandai sangat..tapi bagi saya dalam sesetengah keadaan ibu bapa kena jadi kawan pada anak2..so anak2 senang nak luahkan masalah mereka atau merujuk pendapat kita..dalam satu keadaan lain pulak ibu bapa kena berperanan sebagai org tua. sbb kena tegas dalam hal2 berkaitan keagamaan dan disiplin supaya anak2 hormat kita..kalau kawan sepanjang masa nanti anak pun hilang hormat....so kena pandai mainkan peranan mengikut keadaan..

    ReplyDelete
  5. btol gak...sy pun ada memikirkan mende yg same...sy slalu pk mcm mane sy nak didik anak sy bile sy dah kawin/ada anak nnt...zaman da semakin berubah...brubah lebih kpd keburukan...

    ReplyDelete
  6. sbb tu ibu bapa kne la jd shabat pd anak2..bwu la mereke lbih suke n sng nk luahkn prsaan,n bk0ngsi ape sje brsame2..dr sini ibu bapa blh la pantau ank2 tu..

    ReplyDelete
  7. Lina takda pengalaman lg sebab belum berkahwin, harhar. Tp, tengok parents Lina pun dah tahu susah, huhu

    ReplyDelete
  8. kalau ibu bapa open minded sangat pun tak boleh...nanti anak2 lagi makin menjadi2 kalau tak dikawal...

    ReplyDelete
  9. openminded tak bertempat.. pada sis sbg ibubpa kita kena didik anak dari awal lg.. mana yg boleh dan tak boleh.. mana yg salah dan mana yg betul.. sebaiknya pereratkan hubungan antara anak dan ibubapa jadikan anak sbg kawan.. meluangkan byk masa bersama2 anak.. kebanyakkan masalah sosial skrg ni berlaku apabila ibubapa ambil ringan, byk masa dihabiskan diluar dari bersama2 anak dan krn itu anak2 mula mencari rakan2 yg boleh menghiburkan mereka... sepatutnya kita sbg ibubapa lah yg menghiburkan anak2 insyaAllah anak2 akan dekat dan mendengar kata2 kita sbg ibubapa..

    ReplyDelete
  10. memang zaman remaja paling susah. mereka nak 'masuk geng', buat apa saja yg geng buat ... biasanya mende2 negetif ler tu!
    kawan sangat penting! kena pantau ngan siapa budak2 lepak ...

    ReplyDelete
  11. tq komen entry blog saya :-)

    skrg memang susah nak jadi bapa
    kena up to date...kena bijak ilmu psychology....kena ada daya kepimpinan....kena bijak :-)

    ReplyDelete
  12. saya setuju ngan tuan punya blog..kebanyakan ibu bapa skrg terlalu open dlm mendidik anak2..biar anak2 buat apa yg mereka suka..tambah2 kalau yg berharta..dan paling saya malu bila melihat...ibu bapa berjubah jalan dgn anak yang pakai baju xde lengan..kain paras peha..urmmm...bila anak dah besar..ibu bapa nak tegur dah tak guna..nanti silap2 ibu bapa yang kene maki balik ngan anak..

    ReplyDelete
  13. mmg sgt mencabar mendidik anak2 sekarang...marah lebih2 kang merajuk lak..adoi la..


    salam kenal..terus follow sini...

    ReplyDelete
  14. remaja zaman sekarang sangat advance.. sangat kesian kerana mereka tak dapat membezakan antara yang baik dan buruk.. ibu bapa pun, sibuk dalam kerjaya masing2.. sibuk mencari harta sehinggakan anak terabai.. kalau didikan agama kuat, insyaAllah akan jadi benteng yang kuat dalam hadapi cabaran zaman siber ni.. kalau tak kuat, hancuss laa..

    ReplyDelete
  15. sbg bapa kpd 2 anak gadis remaja...mmg susah nak jaga dorang ni, insyaalah dgn kerjasama ibubapa, semuanya akan berjln dgn lancar...kita kena ikut peredaran zaman, xleh nk samakan zaman kita kecik2 dulu..nk ckp lebih2 takut riyak plak nt..apapon kena ada kesepakatan dgn anak2, rakan2 mereka,ibubapa mereka kalau boleh kita kenal2...saling membantu utk tgk2kan sama.

    saling mendoakan yg baik2 dan jgn memburukkan sesuatu dgn gosip2 yg belum tentu betul kebenarannya..bincang apa yg patut demi untuk kebaikan bersama.

    .

    ReplyDelete
  16. susah susah
    cm mne mak ayah ssh nk besarkan kita
    cm tu jugaklah nk jadi ibu bapa 1 ari nanti
    aiyooooo

    ReplyDelete
  17. berat tanggugjawap ibu bapa neh...kalau nak open minded pun kena tgk keadaan or situasi la kan...xdalam semua perkara...

    ReplyDelete
  18. dulu masa aku kat stage ni, dalam 12-14 tahun, memang keras gila. kalau keluar rumah tak beritahu, balik lambat. memang degil gila. kalau kena marah confirm jawab.
    pastu bila mak tanya kenapa balik lambat? jawab la kan, dah mak tanya. kena marah juga cakap aku dah pandai menjawab. aku jawab lagi, dah umi tanya, jawab la. cess, tak boleh blah buruk gila perangai. tapi Alhamdulillah. hasil ketegasan beliau, sekarang lebih berguna.
    :D

    ReplyDelete
  19. bukan senang nak mendidik anak-anak terutamanye zaman skg..penuh dugaan

    ReplyDelete
  20. suke sgt enrti ni..n stuju! mmg btul ade certain2 perkare ibubapa perlu tgr anak..jgn biarkan je depa. tp , parents jgk xblh terlalu kongkg anak..

    thnx ats perkongsian...btw, blog ni monster letak dlm bloglist yer:)

    ReplyDelete
  21. sebenarnye susah nak jdi bapak ni cuz..budak2 sekarang lebih byk memberontak diakibatkan perlbagai pengaruh..lagi2 law dpt ank yg degil n keras kepale cm ebel..hahahah XD

    ReplyDelete
  22. Saya seorang ibu merangkap bapa..
    Sungguh! Susah!
    Tapi saya rasa hebat melakukannya dengan kesungguhan dan usaha saya.
    Saya open minded tapi tidak terlalu..
    Apatah lagi anak saya LELAKI perlu dijelaskan alasan kukuh yang meyakinkan dan membawa kepada setuju, mengapa boleh atau tidak boleh.. Baru usianya 10 tahun.. Kalau 20 tahun..?!
    Saya dengan anak beginilah.. Reasonable, logic ok ON..
    Perkataan pantang 'alaaa bolehlah' SORRY!!

    ReplyDelete
  23. suka entry entry yang macam ni,,,heheheh,,,saya di zaman remaja sangat dikongkong,,,,,tapi ikutkan juga la,,dah terbiasa,,,then,,bila dah besar sikit,,,baru faham tujuan diorang :) alhamdulillah,,,

    ReplyDelete
  24. betul la dik.. susahhhhhh... contoh hari ni akak x p antar taska sbb cuti deepavali antar baby je, yg abang ngan kakak 'janji' perangai baik, so akak on je la.. akak siap suap sarapan siap bagi botol susu siap pasang katun.. akak pun duduk dalam bilik tanda kertas.. tetiba terbau sesuatu... masyaallah abis satu rumah dia tepek ngan vicks.. pas tu dia buat campuran vicks ngan air pastu sedut berdua dalam bilik air.. mesejnya: jangan percaya budak2!!!!

    ReplyDelete
  25. pada hambalah..disiplin utk anak2 penting diterapkan masa mereka kecik g..jgn terlalu garang tapi penuh kasih sayang..tapi masih tegas

    ni berdasarkan pengalaman hamba yang dikelilingi kakak abang yang sudah berumahtangga..dan anak buah 15 orang yang dahpon hamba ada

    ReplyDelete
  26. btol la 2..org kate nk jg anak skrg x same ngn anak dlu2..huhu

    ReplyDelete
  27. Itula cabaran hidup didunia ini. kena2lah beringat selalu

    ReplyDelete