KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, October 4, 2011

"SERONOK KE BERBLOGGING NI BAGI NASZ?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ini adalah soalan yang ditujukan oleh Soly Solicious kepada saya. Hehehe. Dia kata ini soalan ringkas dan padat. Saya baca pun dah rasa kepadatan soalan ni. Terasa macam saya plak yang tengah nak ambil exam PMR tapi sebelah malam plak. Hahaha.

Seronok ke berblogging ni? Nak kata sentiasa seronok tu takdelah. Ada gak masa boringnya. Masa boringnya bila semua blogger busy dan saya terkulat-kulat sorang-sorang kat dalam dunia blog ni. Hehehe. Tapi, kebanyakkan masanya memang seronok. Masa yang paling seronok adalah masa entry-entry saya dikomen dengan komen yang membina. Kalau komen maki anon pun saya tetap gembira. Kenapa kena komen maki dari anon pun tetap gembira? Sebab anon sanggup menaip dan tekan button publish komen untuk maki saya. Kira baguslah tu. Hehehe.

Masa yang paling seronok lagi satu adalah masa idea datang mencurah-curah untuk update entry. Mungkin cara penulisan saya ni macam agak skema sikit. Tapi, sebenarnya, saya menaip apa saja perkataan pertama yang keluar dari minda saya. So, hasil tulisan entry saya ni lebih kepada apa yang otak saya fikir pertama kali mengenai tajuk tu.

Bagi saya, sebab minat boleh buatkan blogging ni seronok. Saya ada kawan yang selalu perli tentang blog saya. Bila saya ajak dia buat blog, dia cakap:

"Tak minat la. Facebook lagi mudah"

Nak tanya Soly dan korang semua, kalau korang tak minat benda tu, korang seronok ke tak?

p/s : Blogging ni dah jadi tempat saya asah bakat menulis saya yang dah lama berkarat. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. at least u are making an effort to keep in track with your blog. i just can't make it that way. always dry with potential ideas.

    ReplyDelete
  2. ..untuk menjawab soalan yg nasz tya tuh, bagi FM, kalo x minat mmg x seronok lah nak buat.

    to be frank,blogging is kinda theraphy for me.

    ;)

    ReplyDelete
  3. yay!
    same goes to u la cek nazs
    hehehe
    taon ni sungguh gile addict dgn blog
    hahahaha

    ReplyDelete
  4. hanya mereka yg berblogging je tau the meaning of blogging

    ReplyDelete
  5. ieyza minat.. so rase seronok bila berblogging.. ;)

    ReplyDelete
  6. layan syok sendiri berblogging mmg myeronokkn..ditambah lg klo org kasi komen entry kita..even juz put smile there..wah..senyum pon mengembang..

    ReplyDelete
  7. kalau x minat, mestilah x seronok...
    saya pun sama baru tgh nak berjinak2 nak berblogging nie..
    mmg best..lg semangat nak berblog kalau ada org baca entri kita n komen sekali...

    ReplyDelete
  8. Saya seronok ;-)
    Dapat kenal awak hik3..
    Dan kawan2 blogger yang lain di semua peringkat usia, bermacam2 cerita, ilmu tak kurang juga :)

    ReplyDelete
  9. betul tu nasz..
    ana sokong..hehe
    MINAT yg penting..
    ape bende pun kalo mmg x MINAT,payah.
    kalo ada ANON mai komen, tandenye ANON tu pun minat la nk komen..hahaha





    jiran nasz,
    ana :)

    ReplyDelete