KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, October 11, 2011

BARU UMUM JE, DAH NAIK DAH...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi pagi baca surat khabar, terbaca satu berita mengenai harga barang yang naik dua kali ganda. Baru je umum tiga hari lepas pelarasan penjawat awam akan dilaksanakan tahun depan, tup tap tup tap, harga barang pun dah naik. Gaji tak dilaraskan lagi pun.

Apa yang saya baca tadi, peniaga bagitau, pemborong naikkan harga disebabkan kenaikan gaji kakitangan awam. Betul-betul nak cekik darah pemborong ni. Tapi, nak kata pemborong pun tak boleh gak, sebab takde bukti. Kadang-kadang peniaga sendiri yang naikkan harga barang sebab tamak haloba.

Sekarang ni kita tengok plak apa tindakan Kerajaan nanti. Kena la ambil tindakan sewajarnya. Kalau tak, dorang akan naikkan harga sesuka hati je. Yang merana, rakyat gak.

Apalah nak jadi sekarang ni? Harga barang melambung-lambung-lambung. Rakyat? Korang jawab sendirilah.

p/s : Dah agak dah harga barang akan naik. Harap gak Kerajaan ambil langkah awal untuk cegah tapi ... entahlah.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

25 comments:

  1. bleh tak nak cekik pemborong?hahahaha...

    ReplyDelete
  2. gaji belum naik lagi la..baru diumumkan je, januari 2012 baru gaji naik.apa la pemborong ni....(O.o)

    ReplyDelete
  3. makanan di utm dah naik 10% sejak minggu lepas

    ReplyDelete
  4. naik gaji beberapa % je tpi harga barang? erm..harap kerajaan pantau perkara ni..pekeliling pn xkeluar lgi... ntah pasti ke tdak...

    ReplyDelete
  5. alah, pemborong dan peniaga sama jew ..
    2-2 nak ambek kesempatan ..
    huhuhuuu ..
    hope kerajaan cepat2 kawal hal nie ..

    ReplyDelete
  6. aiyoo...dh agak dh mende ni jd punye..

    ReplyDelete
  7. betul tu dik.. citrapon sama semalam g kedai runcit nak beli telur toke kdai tu kata telur dah naik 10 sen.. warghh.. mcm ni naik gj pon xde maknenya kalau brg2 naik harga.. yg lg parah pekerja swasta yg x naik gj.. mcmna nak handle harap kerajaan buatlah sesuatu

    ReplyDelete
  8. Sudah ku jangka.. Kenaikan gaji hanyalah untuk menampung kenaikan harga barang...Walla..

    Diorang lupa..bukannya 100% rakyat malaysia ni penjawat awam..aisey..~

    ReplyDelete
  9. salam;
    memang dah agak dah benda memang terjadi.2 pekara menyebabkan harga barang naik pertama kenaikan harga minyak dan kedua pembentangan baget.

    ReplyDelete
  10. peniaga seringkali ambil kesempatan.. erm...

    ReplyDelete
  11. ye ke?..tak berapa nak sedar sgt sebab tempat yg selalu aku p beli barang tu nmpak cam maintain jek harge dia..berani dia naikkan...?? aku booom karang...

    ReplyDelete
  12. naik gaji pon tak guna klu harga barang naik berganda2 dari kenaikan gaji tu sendiri...huht..

    ReplyDelete
  13. hoho...dilema rakyat yang perlu ditempuh...:)

    ReplyDelete
  14. salam...

    untuk atasi masalah kenaikan harga barang camni...baik kita sokong usaha kerajaan untuk wujudkan lebih banyak kedai rakyat 1Malaysia...

    untuk supply barang2 keperluan rakyat..skang nih tak silap aku kita dah ada Mydin...kerajaan boleh tambah lagi dengan ajak pemborong2 dari kaum Melayu (jika ada) bersatu bukak satu konsortium pembekal yang boleh bekal barang keperluan rakyat dengan harga yang murah kepada kedai rakyat 1Malaysia....

    dalam hal camni peniaga2 melayu kena bersatulah...selalunya pemborong2 nih kaum Cina yg berfahaman DAP...

    ReplyDelete
  15. iii nasz... emma bw balik.. sorry lambat... ehhehehe =)

    ReplyDelete
  16. macam ni hamba pon nak tukar bidang jadi peniaga la..

    ReplyDelete
  17. jadi bisnesman lagi best...kaya2....

    ReplyDelete
  18. hurrmmmm
    ada udang sebalik batu atas kenaikan gaji ni an...huuuuuu

    ReplyDelete
  19. dgr berita td BERAS pon dah
    nak mula naik dah..konfem
    esok2 harga nasi pon naik :(




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  20. kalau gaji naik je..barang mesti ikut naik sekali..=_=

    ReplyDelete
  21. kerajaan sepatutnya melaksanakan dua harga berbeza satu khas untuk perkhidmatan Awam satu untuk swasta..hahaha

    ReplyDelete
  22. Itu tandanya mereka mata duitan. Ya tak?

    ReplyDelete
  23. hish!! tak suka la...harga barang naik...gaji naik ciput jer...tak berbaloi!!!

    ReplyDelete