KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, October 3, 2011

"TAK MAMPU BAYAR HUTANG, ORGAN DIAMBIL BALIK"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Layan DVD Movie Repoman ni. Memang terkesan gak kat saya. Sebab movie lebih kepada "Tak mampu bayar hutang, barang kami ambil balik". Dalam movie ni, "barang" yang akan diambil balik adalah organ mekanikal yang dibeli secara hutang dengan kadar faedah yang sangat tinggi.

So, ia macam korang tak dapat bayar hutang kereta dan notis terakhir sampai, kereta korang akan ditarik balik kan? Ia lebih kurang macam tu. Cuma ia lebih ekstrem lagi. Dorang nak ambil organ mekanikal tu, dorang akan bedah on the spot. Memang nampak dorang potong kulit dan keluarkan organ mekanikal tu.

Movie ni tak sesuai ditonton oleh budak-budak. So, amaran ye, jangan tengok kalau korang tak cukup umur. Sebab memang banyak scene bedah membedah.

Kenapa saya cerita tentang movie ni? Ni movie lama. Buat apa saya nak cerita kan? Sebenarnya, ia melibatkan hutang. Kita suka berhutang kan? Saya pun ada hutang tapi nasib baik terkawal lagi. Movie ni menunjukkan hutang boleh membawa kepada kematian. So, nak berhutang pun korang kena tengok kemampuan untuk korang bayar balik.

Ini cuma pendapat saya. Korang ada pendapat lain?

p/s : Kalau rasa tak mampu nak bayar, jangan berhutang. Dan jangan berhutang dengan Ah Long, nanti lagi banyak masalah dan hutang pun takkan habis.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

16 comments:

  1. ye ye.
    rasa macam pernah tengok.

    gila ah kalau gitu kan.

    ngee.

    ReplyDelete
  2. banyak kali tengok cite ni sebab minat ngan hero die .. haha ..

    ReplyDelete
  3. salam;
    hutang ni ibarat darah dan daging manusia..mustahil kita dapat mengelakkan diri untuk tidak berhutang...tapi kalau dah berhutang pastikan kita mampu bayar tu jer.

    ReplyDelete
  4. macam best je......

    nanti download

    ReplyDelete
  5. menarik ah cite ni
    ada link download dia x?
    mcm best je nak melayan bile free
    hikhok

    ReplyDelete
  6. haha
    macam best jerk movie nie...
    macam umur thania leyh an tgk..
    hehehe..
    ehh??
    macma buruk siku jerk, daa bg amik balik...

    ReplyDelete
  7. saya tahu cerita ni. best. tapi agak menakutkan sikit. huhu

    ReplyDelete
  8. aduhaii...macam macam..takut nak hadapi situasi macam ni...

    ReplyDelete
  9. cam best je cite ni Abg Nasz..? tp saya x tengok lg r.

    ReplyDelete
  10. walau terdesak sekalipun janganlah berhutang dengan AhLong.. tak senang hidup jadinya..

    ReplyDelete
  11. aiyakk..mati2 ingat organ dalaman td...huhu

    ReplyDelete
  12. aah betol tu nasz.
    jgn hutang ALONG.
    kang nanti abeh anak bini :P




    jiran nasz,
    cik ana.

    ReplyDelete
  13. huuuuuuu
    x mo berhutg
    x suke berhutg
    huuu

    ReplyDelete
  14. wanita mutalib : betul tu. gila kan?

    Murnie : banyak kali? dasat betul awak. saya tengok masa dia potong pinggang orang tu pun dah berpinar mata. hehe. kantoi sudah saya.

    yusuflaili : betul tu. bila dah berhutang, kenalah bayar.

    azam : mmg best pun. hehe.

    bilal bin robah : sori bilal. saya tengok dvd. tak download.

    Thania : bukan buruk siku tp dalam agreement masa sign kontrak tu dah tetapkan, kalau tak dapat bayar sampai akhir notis, barang dorang amik balik.

    najlaa : betul2. agak menakutkan sikit.

    hyazz : betul tu. minta dijauhkan hendaknya.

    zul fattah : ce zul tengok nnt. hehe.

    aizamia3 : betul tu. sekali dah terjebak dengan ah long, memang makan tak habis la.

    Han : hahaha. tak bleh tulis entry camtu. nnt kena ban blog saya ni. hehe.

    anamizu : betul tu ana. ah long ni kalau boleh peras, sampai abis pun hutang tak terbayar. pinjam sikit je tapi bayar berganda2.

    aimie amalina : mimi, bleh berhutang tapi kena pastikan cashflow mimi mampu utk bayar je.

    ReplyDelete