KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, October 30, 2011

SANTAI MINDA : "PEMURAHNYA DIA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Jom kita santaikan minda kita di hari minggu ni. Teruskan baca ye?


Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.



Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".


p/s : Korang rasa apa tindakan Rizal lepas tu? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

18 comments:

  1. nie mesti kedekut punya pasal hihihi

    ReplyDelete
  2. ahax... mesti terbeliak n terpaku sebentar sbb duit rm200 dh diderma

    ReplyDelete
  3. depends. kalau dia insaf ikhlas, rasanya dia cuma akan rasa sedikit terkilan. ye laa, mana lah tahu duit tu je yang tinggal untuk seminggu.

    kalau tak ikhlas, dia pergi jumpa AJK masjid terus!

    haha :D

    ReplyDelete
  4. hahaha...
    gulp...
    dilema tuh...rm200~~~
    kalo die baik, let the money go lah, unt kebaikan
    kalo sebaliknya, mst die terpikir nk korek tbung tu blik..adeheiii

    ReplyDelete
  5. Rizal menangis dan insaf......btol ke?...haha

    ReplyDelete
  6. takkan nak korek tabung tu, sedekah ja lah...

    ReplyDelete
  7. dia amik balik x dari abung tu yer..huhu..cam akan amik balik je

    ReplyDelete
  8. tu dia...kalo saya mintak korek balik tabung tu..hehhee

    ReplyDelete
  9. maka secara automatiknya dia terpaksa keluarkan duit dari atm berdekatan

    ReplyDelete
  10. entah le,boleh korek ke tabung masjid tu...

    ReplyDelete
  11. konfem die p bisik pelan2 kat org yg tgh pegang tabung surau tu sbb nak amek balik duit rm200 die tu..hehe




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  12. haha..maun melompat keja tabung derma 2 blek agk nye

    ReplyDelete
  13. haha...kalau betol mintak diiklaskan lah...hehe

    ReplyDelete
  14. eherm2..assalamualaikum..hehe..ada org x hehe

    ReplyDelete