Realiti kita takkan sama dengan dalam drama yang dipertontonkan di TV. Kenapa saya cakap macam tu? Sebab drama tu adalah imaginasi penulis skrip dan pengarah drama tu. Lagipun, drama yang dihasilkan adalah apa yang kita inginkan berlaku. Drama ni lebih kepada apa yang kita tak mampu dapat atau buat. Kita lahirkan dalam bentuk drama.
Memang tak dinafikan ada gak yang benar-benar terjadi dan diambil dari kisah benar. Tapi, yang pasti, walaupun diambil dari kisah benar, sudah pasti akan ada tokok tambah supaya cerita dalam drama tu lebih menarik.
Bila terlalu banyak kita tonton drama-drama ni, kita akan cenderung untuk berharap. Berharap hidup kita berlaku seperti dalam drama tersebut. Ya, betul. Hidup kita ni adalah drama juga. Setiap orang ada drama masing-masing. Drama dua bergabung bila mula bercouple dan berterusan bila mengikat tali perkahwinan.
Tapi, drama yang direka oleh pengarah drama adalah ilusi dan keinginan kita untuk menjadi seperti dalam drama yang direka tapi kita tak mampu. Realiti adalah sangat berbeza. Ada yang masih dalam dunia drama lagi dan lebih suka stay dalam dunia tu sebab memang seronok.
Tapi, persoalannnya, mampukah dia menghadapi dunia realiti nanti?
p/s : Ini cuma pendapat saya. Masa tulis entry ni, saya tengah mamai nak tidur. So, apa yang saya tulis ni memang direct apa yang saya fikir. Hehehe.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka