Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label faveret. Show all posts
Showing posts with label faveret. Show all posts

Saturday, December 17, 2011

"WAH..BANYAKNYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah drive, ternampak satu pacuan empat roda penuh dengan buah faveret saya - Durian. Terus secara spontannya saya cakap dalam hati saya,


"Wah... Banyaknya"


Teringin plak nak makan durian. Hehehe.


Sape suka makan durian, cepat bagi saya sikit.


p/s : Geram tengok buah durian banyak-banyak ni. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, October 31, 2011

TEMPAT FAVERET MASA KECIL...

Assaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Gambar kat atas tu adalah taman permainan kanak-kanak yang ada di Bagan Datoh ni. Bila terpandang je taman permainan ni, teringat zaman saya kecil dulu. Dulu taman permainan adalah tempat faveret saya. Kadang-kadang saya tawk mahu balik rumah dan nak main je kat taman permainan ni.

Masa saya kecil dulu, tak wujud lagi PSP, X Box dan sewaktu dengannya. Kalau ada pun, tak termampu mak dan ayah nak beli. Tapi saya tak kisah sangat pun. Janji dapat pergi taman permainan pun dah best. Hehehe.

Masa tu saat paling gembira bagi saya. Fikir nak main je. Takde nak fikir masalah apa-apa pun. Hehehe. Biasalah. Kecil lagi masa tu.

Bila kita imbas balik kenangan kita masa kecil-kecil dulu, itulah yang akan berlaku bila kita dah kawin nanti. Cuma kita akan jadi emak atau bapa dan kita akan insya Allah ada anak-anak. Macam mana kita merengek kat emak dan bapa kita dulu, macam tulah dorang akan merengek kat kita nanti. Kan?

p/s : Dulu suka sangat main jongkang jongket, gelungsur dan buaian. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, September 30, 2011

"SAYA SUKA MAKAN AYAM"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya memang sangat suka makan ayam. Tak kisah la ayam goreng ke, ayam masak merah ke, ayam goreng berempah ke, KFC ke, ayam masak sambal tumis ke, kari ayam ke, Spicy Chicken McDeluxe dan seterus-seterusnya. Saya minat makan ayam.

Even kalau doktor tak bagi makan ayam bila saya sakit, mungkin sehari dua tu ok la, tapi kalau lebih hari, saya makan ayam buat tak tau je. Hehehe.

Tapi, saya bukan bapa ayam dan saya tak berminat nak cari ibu ayam atau anak-anak ayam. Sebab saya suka makan ayam yang betul-betul ayam dan bukannya ayam yang betul-betul manusia.

Siapa suka makan ayam? Cepat respon kat ruang komen.

p/s : Petang semalam ada orang belanja Snack Plate KFC. Licin saya makan sampai tulang kalau boleh makan, saya gigit. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, September 1, 2011

LAKSA...LAKSA...LAKSA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari Raya Pertama : Rumah Mak Teh = Laksa

Hari Raya Kedua : Rumah Mak Lang = Laksa

Hari Ketiga : Rumah Mak Ndak = Laksa

Muka saya pun dah macam laksa dah. Hahaha. Takpe, putih dan hensem. Hehehe.

Tapi laksa memang faveret saya. Hehehe. Siapa suka kat rumah dia ada laksa?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, August 30, 2011

"DAH LA TU. TINGGAL LA SIKIT UNTUK ESOK"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Gambar kat atas rendang ayam yang baru siap emak saya masak. Sampai je rumah tadi, terbau rendang ayam faveret saya.

Letak beg dalam bilik je, terus saya terjah ke dapur.

Emak : Ha.. Nak apa?

Saya : Hehehe...

Emak : Tak siap lagi ni.

Saya terus menanti di sambil memandang TV. Cite Cinta 120 km. Pastu...

Emak : Dah masak dah.

Dengan pantas mencapai pinggang dan menceduk 3 ketul ayam rendang.

Emak : Dah. Simpan untuk esok sikit.

Saya : Ala...

Terus naik atas rumah dan meratah 3 ketul ayam rendang sambil tengok TV. Hehehe.

Korang nak sikit?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, August 7, 2011

"DOUBLE GCB?"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!


HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!

THE ONLY WAY NOT TO GET MAKE-UP SMUDGES? NOT WEAR MAKE-UP!

Credit Google

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah tengok TV tadi ternampak iklan Double GCB. Wah... Sedapnya sebab saya memang kipas+susah+mati GCB. Kalau double, double kipas+susah+mati Double GCB. Hehe... Dah lama tak menjamah GCB ni. Apatah lagi Double GCB. 

Disebabkan McD yang terdekat dari rumah saya di Bagan Datoh ni adalah di Teluk Intan, kena la fikir dua tiga kali kalau nak pergi. Sebab dari Bagan Datoh ke Teluk Intan jaraknya dalam 58 km. Gila eh? Takkan nak pergi Teluk Intan semata-mata nak makan GCB kan?

So, selalunya saya akan plan nak beli barang kat Giant Teluk Intan, Tengok Movie sorang-sorang dan makan GCB. So, tak la rasa macam buang minyak je. Hehe. 

Tengah plan lagi. Ingat nak pergi hari ini tapi kena bajet duit gak. Tak nak la tak sempat habis bulan dah habis. Hehe. Saya ni memang kedekut dan bajet setiap hari. Mungkin nak tengok movie The Rise Of Planet Ape kot? Tak tau lagi.

Korang rasa camne?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, July 10, 2011

MASIH LAGI DI MCD... BLOGWALKING JAP..

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya masih di sini. Di McD Teluk Intan. Buat apa kat sini. Masih lagi menggunakan wifi untuk berblogwalking. Hehe...

Blogwalking sambil baca entry-entry rakan blogger lain buatkan masa yang berlalu tidak terasa. Sebenarnya banyak blogger-blogger sangat berbakat dalam penulisan. Dorang mempunyai idea sendiri dan entry yang ditulis daripada hati dorang sendiri.

Saya cuma agak kurang berminat baca entry yang dicopy paste antaranya berita semasa. Ini saya k? Jangan terasa hati plak sampai nak boikot saya. Mungkin blogger lain suka, tapi tidak saya.

Saya lebih prefer untuk baca entry yang ditulis dan diolah menggunakan ayat sendiri. Sebab apa? Sebab setiap blogger ada cara penulisan yang berbeza. So, bila saya baca banyak blog sebegini, saya rasa seronok sebab tak sama. Kalau korang blogwalking ke semua blog yang cara penulisan sama je, korang boring tak?

Comtoh terbaik adalah Blog Abang Ben yang menampilkan cara penulisan dia sendiri. So, saya suka terjah blog dia bukan sebab dia feymes or hensem (hensem ke?..hehe..jangan marah Abang Ben..), saya terjah blog dia sebab cara penulisannya yang melambangkan diri dia sendiri dan ringkas tapi padat.

Saya bukan nak cari salah orang lain. Cuma melontarkan kehendak dan pandangan saya. Jangan benci dan santau saya k?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

KEMPUNAN MCD...

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Terasa kempunan nak makan mcd plak ni. Perut pun mula berbunyi-bunyi menyanyikan lagu tema mcd i'm loving it. Camne ni? Nak turutkan kata perut yang makin memboyot ni atau tak? Kepala makin pusing.

Drive kereta pun tak betul dah. Mata pandang kereta depan nampak kotak GCB. Ni betul-betul dah kronik ni. Tapi hati tak nak membazir. Perut pula sedang bernyanyi lagu tema mcd. Argh... Macam mana sekarang?

Akhirnya setelah ditimbang tolak bahagi dan tambah, keputusan yang amat drastik diambil. Keputusan yang dapat memuaskan hati sebelah pihak. Akhirnya... Saya makan GSC juga. Haha...

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 8, 2011

PAPADOM...TENGOK BANYAK KALI PUN BEST!!!

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengah layan cerita Papadom sekarang sambil berblogwalking. Saya sangat teramat amat suka cerita ni. Tengok berpuluh-puluh kali pun tak boring.

Sebab apa saya suka tengok cerita ni sangat-sangat? Saya suka sangat-sangat cerita ni sebab cerita ni sangat menyentuh perasaan saya dan lakonan Aflin Shauki yang bersahaja tapi memang lawak.

Lagipun ini antara cerita melayu yang dah jadi faveret saya. Aflin Shauki memang pengarah yang berbakat. Saya suka semua movie hasil arahan dia. Aflin Shauki ni kreatif dan movie yang dia buat kebanyakkan bersahaja je.

Bagi yang tak pernah tengok lagi movie ni, movie ni menceritakan bagaimana seorang bapa menjaga anak perempuannya dengan bersungguh-sungguh sampai sanggup abaikan hidup dia. Best movie ni. Sape tak tengok lagi, try tengok. Mesti tak nyesal.

Sape suka tengok movie ni? Geng saya. Haha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, July 4, 2011

LAKSA...FAVERET..HUHU...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Balik dari Maybank tadi, staf saya ada buat laksa untuk santapan di pejabat. Saya apa lagi, sepantas semut mengambil mangkuk dan sudu.

Sambil menahan rasa gelora yang melaksakan diri saya, terus saya menceduk beberapa puluh cebisan panjang yang berwarna putih. Huhu... Aroma kuah laksa yang memenuhi udara ruang pantri meningkatkan gelora. Haha...

Dan akhirnya, dapatlah saya menyantap laksa yang amat menjadi feveret saya. Huhu... Dasat nukilan saya berkenaan laksa ni?

Sape minat makan laksa, geng saya. Hehe..

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, June 18, 2011

KEMUNCAK MAHARAJA LAWAK

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kemuncak Maharaja Lawak semakin dekat.  Dalam kemuncak Maharaja Lawak, 4 peserta/kumpulan dah dipilih untuk berentap di Final.

1. Jozan (Faveret saya)

2. Nabil (Faveret saya)

3. Sepah (Faveret saya)

4. Jambu (Juri guna imuniti untuk masukkan semula)

Kalau ikutkan, R2 dan Jambu yang tersingkir tapi bukan nasib R2 untuk ke Final sebab juri pilih Jambu.  Tapi persembahan R2 pun memang sempoi gak.

So, korang rasa siapa yang akan menjadi Maharaja Lawak yang pertama?

Saya rasa ... JOZAN.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka