Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label rezeki. Show all posts
Showing posts with label rezeki. Show all posts

Tuesday, April 30, 2013

"GIVEAWAY BY MISS BELLA RAZALI"

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berjalan-jalan ke blog Remy terjumpa satu giveaway dari Miss Bella Razali. Rasa terpanggil untuk join disebabkan ketandusan idea untuk update blog. Lagipun, dah terlalu lama saya tak join mana-mana Giveaway yang dianjurkan dalam dunia blog ini. Lagipun, hadiah-hadiahnya simple dan mengujakan. Hehehe.

Saya nak kena ceritakan dah berapa lama saya di dunia blog ini. Saya pun tak berapa ingat sangat. Rasanya bertahun jugalah. Saya mula berblogging dalam Bulan Mei 2009. Saya ini tak ada apa-apa kelebihan pun. Cuma tahu tulis blog je kelebihan saya. Menulis sesuatu bukan senang walaupun nampak senang.

Senang nak baca tapi nak tulis bukan sesuatu yang senang. Kalau idea tengah melimpah ruah keluar dari kepala, takpelah. Tapi, kalau kepala memang dah blank, memang tak dapat tulis apa-apa pun. Bahagian untuk edit blog ini pun saya tahu sikit-sikit je. Header blog saya ini pun dah lama tak tukar.

Tetapi, apa yang saya tulis datang spontan dari kepala saya sendiri. Mungkin saya ada edit sikit supaya nampak sopan dan tak menyakitkan hati yang membaca. Saya kena juga jaga hati para pembaca blog saya yang tak seberapa ini. Sekurang-kurangnya dorang sudi baca walaupun terpaksa. Hehehe.

Giveaway ini dijangka tamat pada 10 Mei 2013 tetapi tarikh tersebut akan bertukar mengikut sambutan. Ini yang dikatakan oleh penganjur. Di sini saya menyeru supaya korang di luar sana untuk ramai-ramai join giveaway ini. Untung-untung dapat hadiah. Hehehe.

Saya nak tag :

TeAqArH
MizzTina

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 19, 2013

CEK NUFFNANG DAH SAMPAI...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Beberapa hari lepas, saya telah terima sepucuk surat. Dalam surat tersebut berisi satu keping Cek daripada Nuffnang.


Walaupun jumlah Cek tersebut taklah mencapai ribu riban tapi hanya mencapai ratus saja, saya tetap bersyukur. Dari minat menulis dan berblogging, saya mampu dapatkan sedikit duit poket. Alhamdulillah.

Saya berterima kasih teramat sangat kepada Nuffnang sebab sudi menempekkan iklan-iklan di blog-blog saya. Walaupun trafik saya taklah serancak dan seganas blogger-blogger otai, tapi Nuffnang masih memandang blog-blog saya. Buktinya, saya masih dapat iklan-iklan menempek di blog-blog saya.

Ada blogger yang dah lama join Nuffnang tapi masih belum dapat jana sebarang pendapatan. Jangan putus asa sebab nak jana pendapatan melalui blog ini bukan senang, kena banyak kali promosi blog kita supaya ada orang datang. Bila banyak orang datang, banyaklah trafik yang datang ke blog kita.

Jangan putus asa. Teruskan menulis. Suatu hari nanti, korang pun mampu dapat sekurang-kurangnya seciput seperti saya dapat ni. Rezeki saya. Terima kasih Nuffnang.

p/s : Nuffnang, tempekkanlah banyak lagi iklan kat blog-blog saya ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, February 20, 2013

KENAIKAN GAJI + ELAUN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya pun baru dapat tahu tengah hari tadi. Ternampak kawan saya post status di Facebook berkenaan kenaikan Gaji penjawat awam termasuk Elaun Perumahanan. So, saya pun cuba nak cari tapi MV ada update blog tentang perkara ini. So, saya baca dari blog dia dan terus ke sumber berita inilah.

"Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak berbesar hati di mana akan bertindak meluluskan kenaikan gaji kakitangan awam 2013 sekitar RM400 dan elaun perumahan dinaikkan kepada (antara RM350-RM450). Dan dijangka kenaikan gaji kakitangan awam dan elaun perumahan (ETP) akan diluluskan pada seawal hari Khamis ini atau selewat-lewatnya awal minggu hadapan."

Perkara ini belum disahkan lagi. Selagi belum keluar apa-apa penyataan, kita dengar je la. Sebab kadang-kadang masa umumkan perkara sebegini, memang nampak cantik. Tapi, masa nak laksanakan nanti, dah nampak tak cantik dah. Contoh yang paling terdekat, Skim Gaji Baru yang ditolak oleh semua penjawat awam tahun lepas.

Wassalam.

-NASZ-


Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, February 7, 2013

SEMAKAN BR1M 2.0...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

BR1M 2.0 atau nama panjangnya Bantuan Rakyat 1 Malaysia 2.0 telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada awal bulan Februari 2013 hari itu. Kata Perdana Menteri, BR1M 2.0 ini akan diagih-agihkan selewat-lewatnya akhir bulan Februari 2013. Tapi, kepada korang yang mohon BR1M 2.0 tak kiralah RM500 untuk Pemohon Berkeluarga atau RM250 untuk Pemohon Bujang, korang kenalah semak dulu status permohonan korang. Gagal atau Lulus.

Korang boleh semak status BR1M 2.0 korang dengan cara :

1. Secara Online
Dimaklumkan semakan secara online akan dikemaskini dalam Bulan Februari atau korang boleh hantar email pertanyaan status korang ke belanjawan2013@treasury.com.my.

2. Secara Pos
Semua pemohon BR1M 2.0 akan menerima surat pengesahan status dan sekiranya lulus, dorang akan maklumkan sekali tarikh dan  tempat majlis penyerahan Baucar BR1M 2.0 tersebut akan diadakan.

3. Melalui Talian Hotline
Pemohon BR1M 2.0 boleh menelefon ke talian Hotline iaitu 1-800-222-500 atau 1-300-88-3010 bermula 11hb Februari 2013. Talian Hotline ini akan beroperasi bermula 9.00 pagi hingga 5.00 petang setiap hari bekerja.

So, kepada semua pemohon BR1M 2.0, lebih baik semak dulu status permohonan sebelum buat apa-apa tindakan ye?

p/s : Kalau ada rezeki Mayeesa, dapatlah kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, February 3, 2013

"KENAPA AKAUN NUFFNANG SAYA STILL RM0.00"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dapat soalan dari blogger baru ini iaitu Atiqah Ivy berkenaan dia dan join Nuffnang dalam bulan lepas tapi akaun dia masih RM0.00 lagi sampai sekarang. Untuk makluman Atiqah, saya dapat Cash Out @ Payment saya pun selepas hampir 8 bulan join Nuffnang. Bukan senang bagi saya yang orang biasa-biasa je ni nak tingkatkan trafik ke blog saya. Kalau artis, memang meleTop je blog dorang sebab dorang ada banyak platform untuk promote.

Tapi, perlu diingatkan, ada juga orang biasa seperti saya yang mampu menjana pendapatan lumayan daripada blog. Korang pun tahu siapa dorang kan? Dorang sudah semestinya bermula dari bawah juga. Setiap perkara yang kita buat, kita kena ada sabar dan tak putus asa. Nampak senang kan tapi sebenarnya susah nak buat.

Ok, mengenai persoalan Atiqah, antara sebab Atiqah tak dapat sebarang Earning lagi adalah kerana :

1. Kedudukan Iklan Atiqah perlu diletakkan seperti kehendak pihak Nuffnang. Cara nak letakkan iklan tersebut, Atiqah cuba google. Banyak blog tutorial yang akan ajar di luar sana.

2. Atiqah dah jawab survey yang diberikan oleh Nuffnang? Kalau belum, jawab dulu survey tu sebab Nuffnang nak bagi iklan, dia kena tengok apa jawapan survey kita. Kalau kita tak nak iklan mengenai rokok @ tobacco ataupun arak @ alcohol diletakkan di blog kita, kita kena pilih 'Tidak' di kotak yang disediakan.

3. Cuba Atiqah hantar ticket pertanyaan kepada pihak Nuffnang bila Atiqah akan dapat iklan untuk blog Atiqah? Atiqah perlu tahu yang pengiklan yang akan memilih blog-blog yang dorang nak paparkan iklan dorang. So, Atiqah kena jadi blog Atiqah menarik dan tak berat. Jangan terlalu kejar iklan sangat tapi jadikan blog kita menarik di mata pengiklan.

4. Atiqah kena cuba naikkan trafik ke blog Atiqah. Atiqah kenalah promote blog Atiqah dan join segmen yang boleh naikkan trafik ke blog Atiqah.

Ini adalah antara pendapat saya tentang kenapa blog Atiqah tak dapat apa-apa earning daripada Nuffnang lagi. Saya harap pendapat saya ini dapat membantu Atiqah dan blogger-blogger di luar sana yang masih belum menjana apa-apa earning daripada Nuffnang.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

PENDAPATAN NUFFNANG = RM128.36


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah, saya dapat juga Cash Out pendapatan daripada Iklan Nuffnang di blog saya. Walaupun tak lah beribu seperti otai-otai di luar sana tapi saya masih cukup berpuas hati dengan hasil ini.


Walaupun pelbagai halangan saya untuk terus berblogging, saya masih mampu untuk meraih pendapatan yang bagi saya cukup bermakna. Sebab apa? Di luar sana, ramai yang berusaha untuk dapat pendapatan seperti ini tapi masih tak berjaya. Macam mana saya tahu? Saya pun dulunya salah seorang daripada mereka.

Pendapatan kali ini hanya RM100 lebih saja tapi bagi saya mungkin boleh ringankan sikit beban hidup saya. Sekurang-kurangnya ada juga pendapatan saya dalam berblogging. Taklah hanya membuang masa saja. Saya tahu blog saya ini cuma blog picisan kalau nak dibandingkan dengan blog-blog hebat di luar sana. Tapi, saya tetap berbangga dengan blog saya. Sebabnya saya ada blog dan saya masih update blog saya.

Dan yang paling penting adalah saya masih ada rakan-rakan blogger yang masih sudi singgah dan membaca entry-entry di blog saya. Terima kasih saya ucapkan di atas lawatan korang semua. Sila-silalah datang lagi ye? Hehehe.

Anyway, terima kasih kepada Nuffang kerana sudi memberi saya peluang untuk menjana pendapatan walaupun tak sebanyak mana tapi saya tetap bersyukur dengan rezeki yang dikurniakan oleh Allah ini. Semoga Nuffnang dapat meneruskan pemberian iklan-iklan di blog saya yang tak seberapa ini. Amiiinnnn.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, January 10, 2013

MENANG RM 43,000 +++!!!

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah dengar Era.FM tak? Kalau pernah dengar, korang tahu tak tentang satu Segmen Teka Bunyi yang hadiah wang tunainya dah terkumpul dalam RM 43,000 +++?

Dalam 2 hari lepas saya dengar ulangan Segmen Teka Bunyi Era ini. Saya pun terfikir juga apa jawapan sebenarnya. Ramai yang teka tapi semua salah. Tapi pada pagi 2 hari lepas, ada orang dah dapat teka dengan tepat. Saya memang terkejut sangat sebab jawapannya itu saya selalu dengar dan tengok orang buat.

Tapi, saya sendiri tak sangka itulah jawapannya. Seorang lelaki bernama Yusni (Kalau tak silap saya la) dapat jawab dengan betul. Rupa-rupanya jawapannya Pembersih Lantai Elektrik (Yang Cleaner selalu guna untuk cuci lantai tu). Tahniah la kepada Yusni sebab berjaya membawa pulang sebanyak RM43,000 +++. Wow!

Bila difikirkan balik, memang susah gila nak tembus talian dorang. Bukan seorang atau dua orang yang call mungkin beratus-ratus dan mungkin juga beribu-ribu. Anyway, rezeki dia, kita gembira untuk dia.

Wassalam.

-NASZ-

Published with Blogger-droid v2.0.10

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, December 19, 2012

1.9 JUTA PERMOHONAN BARU...



Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sebanyak 1.9 Juta permohonan baru BR1M 2.0 termasuk permohonan pemohon bujang dan pemohon berkeluarga.

In Shaa Allah dalam pertengahan Bulan Januari 2013 akan mula pengagihan. Alhamdulillah, rezeki baby.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v2.0.9

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, June 19, 2012

BE BARU...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Buka akaun Nuffnang pagi tadi dan ternampak Buffered Earning a.k.a Campaign baru melekat kat blog ini. Alhamdulillah. Nuffnang masih nampak blog saya ini ye? Hehehe.


Sejak dua menjak ini Nuffnang asyik bagi Campaign Tuala Wanita je kat blog saya. Mungkin ramai pembaca perempuan kot blog saya ini? Kan?

Di samping 1 Buffered Earning a.k.a Campaign baru di blog saya, masih ada 2 Campaign sedang melekat lagi. So, untuk blog saya ini, saya ada 3 Campaign sedang melekat seteguh gam gajah. Saya harap Campaign ini akan terus melekat selama mungkin. Hehehe.

Kepada Nuffnang, terima kasih banyak-banyak kerana masih nampak blog cikai saya ini daripada timbunan blog-blog yang super best dan super dasyat. Hehehe.

p/s : Rezeki bakal anak melimpah ruah. Alhamdulillah.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, June 13, 2012

RM24.70 LAGI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah menanti RM24.70 lagi untuk cukupkan RM51. Kenapa RM51? sebab RM50 dah boleh cash out dan RM1 Nuffnang akan charge sebagai yuran proses. Ada lagi 3 Buffered Earning telah melekat. Harap-harap ada lagi Buffered Earning baru yang akan melekat bagi mencukupkan jumlah sasaran saya. Hehehe.

Anyway, saya bersyukur di atas segala rezeki yang Allah kurniakan kepada saya.Niat berblogging itu penting. Ikhlas niat kita itu, maka ikhlas la blog yang kita tulis. Kalau sebaliknya, terbaliklah kan? Hehehe.

Korang yang belum dapat apa-apa earning daripada Nuffnang, jangan putus asa. Cuba tengok balik kriteria yang dikehendaki oleh Nuffnang dan google search kat internet Tips-tips untuk dapat Buffered Earning.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 11, 2012

REZEKI RM50...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Alhamdulillah cek terbaru dari Nuffnang dah sampai. Penantian selama hampir dua bulan dah tamat. Walaupun hanya RM50 tapi sangat bermakna bagi blogger cikai macam saya ini. Setiap rezeki yang saya dapat adalah rezeki yang diberikan oleh Allah. Saya bersyukur kepada-Nya. Ahamdulillah.


Sekarang saya akan terus cash out earning saya yang dah mencapai RM50 sebab tak mahu nak tunggu kumpul banyak-banyak. Lagipun saya cuma blogger biasa saja. Tak macm blogger-blogger otai yang cash out sekali beribu riban. Bukan saya dengki tapi jeles.


Saya jeles bukan sebab saya nak menjatuhkan dorang dengan buat perkara tak elok. Tapi dengan cara usaha mencapai apa yang mereka mampu capai. Mungkin sekarang saya hanya mampu cash out RM50. Masa depan mungkin saya akan cash out lebih RM50. Insya Allah.


Terima kasih kepada kawan-kawan yang sudi terjah dan komen entry di blog saya.


p/s : Saya buat apa dengan RM50 ini? Saya simpan dalam SSP (Sijil Simpanan Premium). Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, June 8, 2012

LIMA BUFFERED EARNINGS MASIH MELEKAT...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah kerana mempermurahkan rezeki saya. Sehingga hari ini, masih ada 5 Buffered Earnings yang masih melekat kat blog saya. 2 BE di blog NASZ GOLD TRADING dan 3 BE di blog ini MOHD NASER.COM.


Ucapan ribuan terima kasih juga kepada pihak Nuffnang kerana sudi memberikan saya campaign dalam penjanaan pendapatan online saya. Kalau sudi, berilah lagi banyak campaign kat saya ye? Hehehe.

Saya tahu Buffered Earnings yang saya dapat ini tak sebanyak blogger hebat di luar sana tapi rezeki jangan ditolak, musuh jangan dicari.  Korang di luar sana, jangan putus asa, insya Allah, kalau dah rezeki korang, adalah habuan untuk korang daripada Nuffnang. Yang penting, betulkan niat berblogging dan tingkatkan teknik penulisan.

Ini adalah yang paling penting, promosi promosi promosi blog korang. Tips ini saya dapat dari Bro Ben. So, saya usaha untuk promosi blog saya kepada rakan-rakan blogger lain. Korang pun sama ye? Teruskan usaha. Jangan putus asa. Macam ceramah motivasi pula. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

HADIAH BAKAL BABY...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya buka facebook, ternampak kat wall isteri saya barang di bawah :


"Sape punya?"

Saya fikir isteri beli hadiah untuk kawan sekerja dia yang memang tengah mengandung. So, saya pun terus ke status wall yang ada gambar di atas.

Rupa-rupanya isteri saya dapat hadiah advance untuk bakal baby kami nanti. Terima kasih la susah-susah beli hadiah di atas tapi memang comel. Terima kasih sekali lagi.

Alhamdulillah. Rezeki baby yang bakal lahir menyerikan hidup kami. Lepas ini, blog saya akan penuh dengan kisah telatah baby kami la nampaknya. Hehehe. Tapi, lambat lagi pun.

Hadiah yang dapat masa kahwin hari itu pun belum kemas lagi. Berterabur je dalam rumah tu. Hehehe.

Anyway, kalau korang nak beli hadiah dan bagi kat saya, jangan lupa minta alamat nak pos atau kat mana nak jumpa ye? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, June 7, 2012

NIKON GIVEAWAY BY EIQAH BLOG GAJAH

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya join satu giveaway yang agak menarik. Mula-mula saya ingat penganjur nak bagi hadiah kamera tapi sebenarnya Pendrive Nikon. Biasalah, bila kita ternampak jenama Nikon, kita cuma perasan Kamera DSLR dia je. Hehehe.

Saya join Nikon Giveaway by Ieqah Blog Gajah kerana saya nak cuba nasib dan tuah saya. Kalau ada rezeki, dapatlah Pendrive Nikon yang ditawarkan oleh penganjur.

Giveaway ini bermula dari 06.06.2012 sehingga akhir Bulan Jun 2012.

Hadiah agak menarik, jom la join ramai-ramai. Kalau ada rezeki korang, dapat Pendrive Nikon.

p/s : Wish me luck k?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 29, 2012

MAMPU KE SAYA?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah dekat 2 bulan wife saya berbadan dua. Risau juga sebab dia selalu sakit belakang. Saya galakkan dia minum susu Anmum Materna untuk kuatkan tulang belakang dia. Sementara kandungan tak besar lagi, kena topup kalsium kat tulang belakang dia tu. Harap wife dan baby saya sentiasa selamat dan dilindungi Allah. Amiiinnnn.

Kakak wife saya ada anak lelaki 2 orang. So, anak lelaki kakak wife saya ini kami jadikan tempat training untuk anak kami nanti. Kena juga training supaya nanti dah sampai masa nanti, tak terkial-kial sangat. Yang pasti, akan terkial-kial juga sebab sudah semestinya nervous dan bagai-bagai. Hehehe.

Terfikir juga saya ini mampu ke untuk jaga dan didik anak saya yang bakal lahir nanti? Mampu ke saya nak didik dia dan emaknya sekali? Saya rasa takut juga sebab takut tak mampu saja. Tapi, bila difikirkan semula, anak ini adalah anugerah dan amanah Allah, saya kuatkan hati. Saya kena yakin dengan kemampuan diri saya.

Allah dah tetapkan rezeki setiap hamba-Nya. Rezeki saya untuk dapat anak awal dan ada yang tak ada rezeki untuk timang anak. Oleh itu, saya bersyukur dan berdoa agar anak serta wife saya sentiasa dilindungi-Nya.

Korang nak tahu macam mana saya dan wife saya berkenalan? Nanti saya cerita ye?

p/s : Hint untuk macam mana saya dan wife berkenalan.... Facebook.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 21, 2011

AKHIRNYA...CEK NUFFNANG YANG KEDUA SAMPAI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Cek kedua Nuffnang setelah beberapa bulan. Alhamdulillah. Ada gak rezeki walaupun tak banyak.

Mungkin korang tengah fikir:

"Ceh, RM80 pun nak riuh"

Tak pun,

"Nasz ni mesti takde idea nak update blog"

Hehehe. Betul apa yang korang fikir tu. Saya nak pergi bank untuk bank in duit jabatan dan bank in cek saya yang tak seberapa ni.

Terima kasih banyak-banyak Nuffnang. Kalau ada lagi, bagi la lagi ye? Hehehe.

Wassalam.

p/s : Cukup untuk beli Double GCB ni. Nyum nyum.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 2, 2011

REZEKI YANG DICARI...

Salam sejahtera dan selamat pagi rakan-rakan blogger semua.

Pagi ini emak minta saya hantar dia ke tempat keje. Emak saya keje di kilang baju. Saya lepak jap kat luar kawasan kilang. Saja nak rehat dan cari idea untuk entry pagi ni.

Tengah lepak-lepak ni, saya ternampak seorang berniaga nasi lemak depan kawasan kilang emak saya keje. Terfikir saya, pelbagai cara orang cari rezeki. Berniaga, kerja kilang, kerja bengkel, buka syarikat dan macam-macam lagi.

Semua orang cari rezeki tak kira secara betul atau salah. Yang penting, dapat diisi, hutang dapat dibayar, keinginan dapat dipuaskan dan lain-lain.

Bila tengok kesusahan emak bekerja untk besarkan 4 orang anaknya, saya rasa bersyukur sebab rezeki kami murah. Saya dapat belajar dam membesar dengan baik ni disebabkan oleh susah payah emak saya. Saya tak boleh lupa.

Mari kita sama-sama cari rezeki halal. Kepada yang masih belajar, fokus dan capai result yang boleh dapat keje yang baik. Bagi parent korang berbangga dengan dorang dan jangan sesekali lupakan jasa dorang membesarkan korang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka