Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label jatuh bangun. Show all posts
Showing posts with label jatuh bangun. Show all posts

Thursday, July 14, 2011

JATUH DAN BANGUN ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah jatuh tak? Bukan jatuh yang korang jatuh tersembam termakan baja organik tu. Tapi, dalam kehidupan korang. Dalam kehidupan korang, pernahkah korang jatuh disebabkan sesuatu?

Dalam kehidupan ni, memang ada masa kita akan jatuh.  Nak jatuh tu agak senang tapi nak bangun semula adalah susah. Saya pernah jatuh dan ambil masa yang lama untuk bangun semula. Memang lama saya ambil masa untuk kuatkan hati saya dan terus bangun. Takkanlah sampai bila-bila pun saya nak terbaring kat situ? Hidup mesti diteruskan.

Banyak sebab yang boleh menjatuhkan kita. Antaranya, Cinta, Kehilangan Orang Yang Kita Sayang seperti Ibu dan Bapa, Keputusan Exam dan macam-macam lagi. Saya rasa korang yang ada pengalaman, mesti tahu dan boleh listkan sendiri.

Tapi, melalui proses jatuh dan bangun semula inilah korang akan semakin matang. Jangan sesekali salahkan takdir sebab segala yang berlaku ada hikmahnya.  Saya pernah bekerja dengan seseorang selama 12 jam sehari dan bayaran yang saya dapat hanyalah RM4. Bila saya fikirkan balik, memang saya marah. Tapi, disebabkan itulah saya ada pengalaman berkenaan kerja tu. So, apa yang dia buat pada saya, ada hikmah di sebaliknya.

Kalau korang jatuh, korang masih ada orang lain di sisi korang untuk bantu korang bangun. Tak kiralah, ibu, bapa, kawan, datuk, nenek, mak saudara, bapa saudara dan seterus-terusnya. Dorang akan bantu korang tapi orang yang paling boleh bantu korang adalah diri korang sendiri. Kalau korang tak buka hati korang untuk benarkan dorang bantu korang, dorang tak dapat bantu korang.

Betul tak? semuanya bermula dari korang sendiri. Saya faham perasaan bila kita jatuh dalam kehidupan kita dan saya juga faham macam mana nak bangun menghadapi hari mendatang. Setiap orang perlukan masa yang berbeza untuk bangun. Tapi, bagi saya, lambat atau cepat, yang pastinya, korang kena bangun juga.

Ini cuma pendapat saya. Kalau ada yang tidak setuju, boleh kongsi. Setiap orang ada pendapat yang berbeza.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka