Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label memori. Show all posts
Showing posts with label memori. Show all posts

Sunday, September 18, 2011

"DORANG TAK KENAL SAYA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah lepak-lepak tempat kerja lama saya kat Golden Screen Cinemas Gurney Plaza. Ternampak staf-staf lama tapi dorang macam dah tak kenal dengan saya.

Memang agak lama saya tak datang sini. Ada sebab yang menghalang. Lagipun Gurney Plaza ni agak jauh dengan rumah saya kat Sungai Bakap.

Terkenang masa saya kerja kat sini. Staf-staf lama masih ada tapi dorang tak perasan atau tak nak perasan saya. Dulu saya kurus gak la. Sekarang ni berisi. Dulu saya simpan misai dan janggut. Sekarang saya shave semua.

Memang banyak kenangan saya kat sini. Memang banyak kenangan yang tak dapat saya lupakan. Yang mengecewakan, dulu kawan saya aka staf saya pun tak kenal saya. Takpelah. Sabar je la.

Korang ada kenangan nak share dengan saya tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, July 30, 2011

"WAH... BESARNYA RODA TU"

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam masa drive balik rumah lepas pergi Batu Feringghi, ternampak ada Funfair dekat Bukit Tambun, Penang. Betul-betul mengadap tempat saya keluar tol. Nak snap pic tapi tak boleh sebab ada kat kereta belakang.

Teringat masa saya kecil. Saya ni memang gayat sikit. Masa tu, famili saya pergi satu Funfair kat depan flat kami di Dato Keramat, Kuala Lumpur. Masa masuk tu saya ternampak satu roda yang sangat besar. Saya teruja tapi takut nak naik. Tapi ayah saya bawa naik gak. Saya duduk senyap je. Kaku.

Masa roda tu bawa saya naik, saya tak berani bergerak. Tak berani nak tengok bawah. Keras je. Parent saya senyum je masa tu. Memang kecil lagi masa tu. Rasanya saya baru masuk tadika.

Mula-mula memang saya takut. Lama-lama rasa seronok plak. Boleh tukar-tukar tempat duduk. Haha... Memori ni saya tiba-tiba teringat. Walaupun saya kecil masa tu, sesetengah perkara saya dapat ingat dengan jelas. Korang suka pergi Funfair tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka