Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, October 27, 2011

"KENAPA TAK PARKING DALAM KEDAI TU TERUS?"


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tadi pergi bank nak bank in duit jabatan, banyak betul kereta dan sudah semestinya lori yang melebihi muatan di jalan kampung. Hehehe. Risau gak drive belakang lori lebih muatan ni. Nanti jatuh buah sawit tengah jalan, mengelak masuk longkang. Break, kena hentam belakang. Langgar plak boleh terbang kereta. So, bawa kereta jauh-jauh la dengan lori terlebih muatan ni la. Senang nak elak kalau ada buah sawit jatuh tengah jalan.

Sampai je kat Maybank Hutan Melintang, nampak kereta parking tepi jalan yang mengganggu perjalanan kereta lain. Sempat saya snap gambar. Terfikir saya:

"Kalau sayang kat kereta tu, parking je dalam kedai tu terus.Senang"

Nak parking mana-mana pun saya tak kisah. Tapi, parking tu fikir la orang lain gak. Jangan la susahkan orang lain.

Betul tak?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. yup....setuju sgt2...kdg tu da la parking mcmtu...time nak parking bleh plak trus msuk..bkan nak bg signal ker apa...kang klu da tsodok keta dia bru tau...

    ReplyDelete
  2. itu la..kadang2 geram jugak la..main letak merata jer..

    ReplyDelete
  3. itu kes takmo parking jauh dan buat exercise sikit..kahkah.

    ReplyDelete
  4. byk je org yg wat camtue.. kalo jln tue bsar gabak, xpe la kalo nk parkin gkat tepi jln pun, tp masalahnye jln sempit gile, huhu~...

    ReplyDelete
  5. kalau boleh parking dalam kedai,,dah selamat dah kereta tu heheh,,,selalu gak kena macam ni,,,sabo sabo,,heheh

    ReplyDelete
  6. sayang kereta satu hal.. x sayang isteri pun satu hal.. kalau tengah couple antar depan pintu betul2 dah kawen.. parking sebatu jauh.. isshh lelaki ku kenali..

    ReplyDelete
  7. Jalan kaki semeter dua pun malas.. nak cakap apa lagi.. ermmm

    ReplyDelete
  8. Awan pernah tengok kereta parking tengah jalan. Adakah patut. Mentang-mentanglah kereta dia tu besar dan branded, dibuatnya jalan tu macam hak milik dia.

    ReplyDelete
  9. tu la..bab PARKING ni pun mmg geram..
    jenis manusia yg xde sivik ni mmg ssh..bukan reti nak pk psl org len..die tau nk sng die je..ciis~




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete