Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, October 27, 2011

"LANGKAH PERTAMA YANG SUSAH"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Setiap orang ada azam. Setiap orang nak berjaya. Setiap orang ada benda yang dorang inginkan. Tapi, ada azam dan keinginan pun, kalau langkah pertama tidak dimulakan, sampai bila pun apa yang diinginkan itu tetap menjadi angan-angan.

Pada pendapat saya, mengikut pengalaman dan  pemerhatian saya, memulakan langkah pertama adalah yang paling susah. Sebab, bila kita memulakan langkah pertama, kita sedang cuba keluar dari zon selesa kita. Kita memang sangat gembira dalam zon selesa tapi bila kita cuba tarik diri kita keluar dari zon selesa tu, kita akan rasa tak selesa la. Kan?

Tapi, kalau langkah pertama pun kita tak mampu nak mulakan, macam mana kita nak teruskan langkah-langkah seterusnya? Semuanya bermula dari langkah pertama sebab setiap benda ada permulaannya.

Bila kita dah berjaya memulakan langkah pertama, kita mampu untuk melangkah lebih jauh. Cuma langkah pertama ni, cabaran dan dugaan dia memang agak hebat. Sebab kita perlu kuatkan diri dan kuatkan pendirian untuk mencapai apa yang kita hajatkan.

Macam orang yang nak berubah dan sembahyang 5 waktu. Kalau dia cuba ada azam tapi tiada langsung tindakan, tak guna gak. Bila dia berjaya memulakan langkah dengan mengambil tindakan untuk mula sembahyang, Insya Allah dia akan berjaya. Tapi, kenalah ada disiplin.

Apa azam korang? Langkah pertama untuk capai azam korang tu dah "melangkah" belum?

p/s : Boringnya penerangan tadi. Tapi, saya faham. Alhamdulillah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. setuju...macam masa kita nak mula jalan masa baby dulu..nak mula jalan tu susah sangat..tapi bila dah start memang merata jalannya.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Sekali memulakan langkah pertama, kita tidak bolehlah nak patah balik. Kena teruskan juga. Mohon pada Allah. InsyaAllah, langkah itu akan dipermudahkan.

    ReplyDelete
  3. betul tu, benda baik, nak buat first time, payah sangat, kadang2 hati ni, so, kena kuat kan hati

    ReplyDelete
  4. ye2..paham..macam ada maksud tersirat je nih...hehee.betol la..mmg susah nk mulakan lagkh pertama tu...tp once dah mulakan insyaAllah boleh ke lgkh seterusnya.....ermm..sy jgk terfikir2 utk memulakan lgkh pertama tu...emmmm...

    ReplyDelete
  5. langkah pertama memang menggambarkan langkah seterusnya...

    ReplyDelete
  6. langkah pertama memang menggambarkan langkah seterusnya...

    ReplyDelete
  7. huhu..t'kena kt batang hidung la pulak..ad azam sumthing..tp,,tiap kali nk mula kn langkah mst berat jew..huwaa

    ReplyDelete
  8. evrything begins at the FIRST step =)
    go go chaiyok~ hehe




    jiran nasz,
    ana

    ReplyDelete
  9. nak mulakan langkah pertama memang payah.. pasti ada cabarannya dulu.. sebab tu la kita kena bersabar atas segala ujian yang melanda..

    ~~masa tu kekuatan dan azam dalam diri pasti teruji..

    ReplyDelete