KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, June 19, 2012

"SAYA PUN MULA DARI BAWAH..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ada orang yang tak puas hati dengan pencapaian saya sekarang. Biasalah tu. Manusia masa kini semua nak lebih. Kalau orang itu lebih daripada dia, tak pasal-pasal dia mencari keburukan orang itu dan boleh sampai ke menyebarkan fitnah. Kalau orang itu kurang daripada dia, timbul pula rasa riak di hati.

Kita kena faham, orang yang dah berjaya sekarang ini pernah melalui pelbagai ranjau dan duri di sepanjang perjalanan untuk menjadi berjaya seperti sekarang. Contoh paling dekat, Bro Ben Ashaari yang kini telah menjadi Blogger Sepenuh Masa di samping mampu menjaga anaknya yang baru berusia 2 bulan.

Korang rasa Bro Ben Ashaari buat je blog terus jadi feymes dan beribu riban follower kat blog dia? Sudah semestinya tidak. Dia pun berusaha dari 'zero' ke tahap sekarang. Saya bukan blogger famous tapi dengan adanya blogger lain yang sudi baca dan join segmen saya, saya rasa bersyukur sangat.

So, korang kena faham dan tahu di setiap kejayaan seseorang itu, ada pelbagai kegagalan yang mengiringi. Mereka semua mula dari bawah dan berjaya sampai ke tahap sekarang.

Kalau dorang boleh, kenapa kita tak boleh?

p/s : Nak motivasi diri sendiri sebenarnya. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

11 comments:

  1. sikit sikit lama lama jadi bukit.. kan..

    ReplyDelete
  2. biasalah tu, masyarakat mmg xboleh tgk kita lebih. bukan nak tolong support, tapi lagi di keji.. macam2 perangai manusia ni kan...

    ReplyDelete
  3. yang dari bawah ni lama2 akan menjadi diatas..lumrah bro kn..

    ReplyDelete
  4. betul tu.. setiap blogger mula dri bawh. perlu dengki2 ne... kalau kita ikhlas..insyaAllah semuanya akan menjadi menarik dalm dunia blog ne..

    http://misszberceloteh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  5. yes..smuanya mula dr bawah..nak ke tahap cm dia kena usaha lbh la kan2...

    ReplyDelete
  6. betul2... berharap satu hari nanti kita juga akan jadi macam mereka yang berjaya..amin..:)

    ReplyDelete
  7. Yes u r right! Yang penting adalah jangan putus asa.....jika jatuh, bangun semula......Itu resepi kejayaan.....

    ReplyDelete
  8. Mana ada kejayaan yang diperolehi dengan jalan yang singkat... kena bersusah-susah dulu baru nampak hasilnya.

    ReplyDelete
  9. from zero to hero..... contohi bloggers hebat2 tu.... jadikan semangat utk kita semua.....

    ReplyDelete
  10. kejayaan itu bermula dari usaha yang gigih kan? hehehe

    ReplyDelete