Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Friday, July 6, 2012

LAYAN BOHSIA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam selepas balik kerja, saya layan sekejap Movie Bohsia 2 : Jalan Kembali sebelum nak sambung kerja Rondaan 1 Malaysia di sebelah malam pula. Movie ini bagi saya agak kurang sikit kalau dibandingkan dengan Bohsia 1 : Jangan Pilih Jalan Hitam dulu.

Lakonan Mus yang dilakonkan oleh Shamsul Yusof agak ok. Kira Mus ini rider yang baik la. Lakonan Keting yang dilakonkan oleh Sofi Jikan kira best juga dengan stail gengster yang kepala "masuk air". Tasya lakonan Nabila Huda pun ok juga.  Movie ini memang ada banyak moral dan pengajarannya.

Tapi, orang kita bukan tengok pengajaran yang hendak disampaikan. Contohnya, budak-budak kalau tengok movie ini bukan tengok jalan ceritanya yang menceritakan tentang keburukan menjadi Bohsia ini. Mereka ini lebih suka meniru tak kira cara percakapan atau pemakaian. Padahal, mesej yang hendak disampaikan baik tapi yang tak baik itu menjadi ikutan dan ditiru.

Anyway, untuk movie ini, saya bagi 3 Bintang saja sebab bagi saya Movie ini kira boleh tahanlah. Korang yang dah tengok movie ini bagi berapa Bintang?

p/s : Mula-mula korang tengok tajuk kat atas, mesti korang fikir lain kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 18, 2012

MOVIE REVIEW : PROMETHEUS


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya dan wife telah berjaya menonton movie Prometheus ini di TGV AEON Bukit Tinggi, Klang, Selangor.  Pada masa itu, memang banyak pilihan movie yang menarik tapi sebelum ini saya telah menonton trailer Movie Prometheus ini dan saya rasa movie ini agak menarik. So, saya decide untuk menonton movie ini.


Movie ini berkisar tentang dua orang pengkaji purba yang sedang mencari asal usul manusia. Dua pengkaji purba ini telah berjaya mengenalpasti planet yang mungkin adalah tempat asal usul manusia melalui ukiran dinding di dalam gua-gua di seluruh dunia yang sama tapi berbeza tahun.

Kemudian, penonton dibawa ke sebuah kapal angkasa yang sedang menuju ke planet dan galaksi yang telah dikenalpasti dalam ukiran dinding di dalam gua tersebut. Kapal angkasa ini dinamakan PROMETHEUS. Movie ini berkisar tentang 17 orang krew yang berada di Kapal angkasa PROMETHEUS yang mempunyai matlamat dan karekter yang berbeza.


Kesemua 17 krew di'hyper sleep'kan dalam satu bekas sementara seorang robot berupa manusia yang bernama David berjaga sehingga sampai ke planet yang dikatakan dapat menjawab mengapa manusia dicipta dan asal usul manusia. Selepas 2 tahun, mereka telah sampai ke planet tersebut.  Dan mendarat berdekatan satu bukit besar (Itu yang mereka fikir mula-mula).


Mereka memulakan ekpedisi dan menjelajah di dalam 'bukit besar' tersebut. Mereka berjaya menjumpai bukti kewujudan manusia di tempat itu melalui padanan DNA dari kepala yang mereka jumpai. Mereka telah terjumpa satu bilik yang ada kepala manusia seperti gambar kat atas sekali itu.

Tapi, sebenarnya sangkaan mereka bahawa mereka dapat mengetahui asal usul mereka memang jauh sekali. Di dalam 'bukit besar' itu berlaku pelbagai perkara yang buruk dan hampir membunuh semua krew Prometheus. Kebenaran yang mereka cari bukan ada di situ. 'Bukit besar' yang mereka sangkakan itu sebenarnya bukan 'Bukit Besar'. Apa yang sebenar dorang jumpa dalam 'Bukit Besar' itu? Korang kenalah pergi tonton sendiri.


Movie ini memiliki CGI yang begitu best. Cuma jalan ceritanya agak perlahan sampai saya menguap beberapa kali. Movie ini banyak membuatkan kita terfikir dan agak berat juga bagi tontonan kanak-kanak. Movie ini adalah PG13. Keseluruhannya, movie ini saya beri 2 BINTANG.

Korang yang dah menonton movie ini, apa pendapat korang?

p/s : Masa part last, ada sesuatu keluar dan saya rasa inilah permulaan kewujudan 'Alien' di bawah.


Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 15, 2012

MAMI JARUM JUNIOR... LAYAN....

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah layan Movie Mami Jarum Junior kat Channel Astro Ria. Siapa yang bukan orang Penang atau tak pernah pergi Penang atau tak pernah duduk kat Penang mesti ingat kebanyakkan orang Penang cakap macam tu. Padahal tak macam tu pun. Dalam movie ni je dorang cakap lebih-lebih.


Saya memang duduk Penang dan bergaul dengan orang Penang. Tak la bercakap sampai macam dalam movie Mami Jarum Junior.


Pernah ada kawan saya minta saya bercakap macam dalam movie ni. Mana saya pandai cakap dalam movie ni. Dalam movie ni dorang melebih-lebih sangat. Mungkin strategi bagi orang tengok movie kot?


Anyway, Malaysia ni ada banyak loghat bahasa melayu. Orang Penang dengan loghat dorang. Orang Kelantan dengan loghat dorang. Orang Sarawak dengan loghat dorang. Memang macam-macam loghat dalam Malaysia. Kepebagaian ni la yang menjadikan Negara kita unik.


Korang dari negeri mana? Selalu cakap pakai loghat negeri mana?


p/s : Jom layan movie Mami Jarum Junior. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, May 1, 2012

AVENGERS AKHIRNYA...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Akhirnya selepas beberapa lama pelbagai halangan untuk tengok Movie Avengers, malam ni dapat gak tiket untuk pukul 10.20 malam di TGV Bukit Raja.


Rasa excited nak tengok sebab dah lama tunggu movie ni. Harap movie ni best la. Kan? Hehehe.


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 28, 2012

KECEWA TAK DAPAT TENGOK AVENGERS...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Nak tengok movie Avengers tapi tiket kat Cinema TGV Bukit Raja dah penuh. Nak bayar tiket parking pun kena beratur panjang.


Nasib baik parking Free Of Charge sebab parking tak lama. Tapi kecewa gak sebab tak dapat tengok Movie Avengers.


Lain kali la nampaknya. Korang dah tengok Movie Avengers?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, April 14, 2012

NASIB BAIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya berjaya berada di TGV AEON Bukit Raja untuk tengok Movie Battleship. Mula-mula saya beli tiket guna TGV Online. Tiga kali saya try dan yang last je jadi. Tapi nombor rujukan tak keluar. Saya rasa macam tak jadi sebenarnya.


Saya dah malas nak pergi tapi isteri saya kata cuba la pergi dulu. Mungkin ada cara lain untuk dapatkan tiket saya dah beli online. Kami pun pergi dan kat kaunter tiket, saya bagitau masalah saya. Dia minta nombor handphone dan taip dalam sistem dia. Terus keluar nama saya dan tiket yang saya beli. Nasib baik. Kalau tak, burn RM35.


Saya pun berjaya layan movie Battleship. Midnight show plak tu. Memang awesome. Best giler. Tak rugi saya pergi tengok. Best tau? Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, April 2, 2012

"AKU NAK JADI MACAM DIA LA. COOL!"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Semalam saya berjaya menonton movie KL Gangster untuk kesekian kalinya. Memang best dan penuh ke'drama'an movie tu. Ada part menyentuh jiwa dan ada part yang menyentuh fizikal. Dan ada mesej yang henda disampaikan di sebalik drama dan ganasnya movie ini.


TAPI... Kita ikut mesej yang lain. Part ganas-ganas tu yang kita ikut sangat. Saya ada rakan yang anak kecil dia tengok movie KL Gangster ni. Lepas habis tengok movie ni, anak kecil dia tu dah pandai bahasakan diri dia dengan emak ayah dia dengan 'lu' 'gua'. Bahasa yang tak elok pun dia ikut.


Mungkin betul movie ni dah diberikan rating untuk tontonan 18 tahun ke atas sebab atas unsur keganasan tapi DVD cetak rompak berlambak kat pasar malam. Mungkin salah emak dan ayah sebab biarkan anak dia tonton movie sebegini. Mungkin kalau tak ada movie macam ni, ada lagi movie lain yang akan pengaruh budak-budak. Semuanya mungkin.


Budak-budak sekarang ikut perkara yang dilarang. Lagi dilarang, lagi orang buat. Pengaruh paling kuat adalah movie. Sebab movie ni hiburan dan selalu dipromote. Movie semacam 'Syurga Cinta' memang jarang kita nampak.


Kita perasan tak industri filem kita ni ada musim. Musim movie seram, kebanyakkan movie seram release. Musim movie action, kebanyakkan movie action release. Dan musim-musim seangkatan dengannya. Korang sendiri boleh senaraikan.


Mungkin cara paling afdal, ibu dan bapa kena pantau movie apa yang ditonton oleh anak-anak dorang untuk elakkan anak dorang tersilap ikut dan menyesal kemudian hari. Korang ada cara lain ke? Kongsilah.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, March 27, 2012

MOVIE REVIEW : THE HUNGER GAMES


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ni saya berpeluang menonton movie The Hunger Games tayangan Midnight di TGV AEON Bukit Raja bersama sudah semestinya dengan isteri saya yang tercinta. Hehehe.

Movie ni ada sedikit twist sikit ceritanya. Tapi kalau nak faham, kena tengok betul-betul macam saya. Itupun isteri saya duk tanya macam-macam sebab dia tak berapa faham jalan cerita movie tersebut.

Movie mengisahkan dunia selepas pemberontakan yang dibahagikan kepada 12 Daerah (District). Kehidupan penduduk di semua District ni sangat miskin dan sentiasa tak cukup makanan. Dorang tak guna duit tapi guna sistem barter. Tukar barang dengan barang yang dorang nak. Tapi, di Ibu Negara (Capitol) dorang, orang-orang kaya hidup penuh kemewahan dalam bangunan yang indah-indah.

Demi memperingati akibat pemberontakan yang berlaku sebelum ini, satu games diadakan dengan 2 orang wakil (1 lelaki dan 1 perempuan) dari 12 District yang dipanggil The Hunger Games. Dalam games ni, dorang kena saling berbunuhan sehingga seorang saja yang hidup. Seorang yang hidup tu akan dapat harta dan kekayaan tak terhingga banyaknya.

Tapi, wakil District 12 telah berjaya mengubah corak games ni. Apa yang wakil District 12 berjaya ubah? Korang tengok sendiri ye? Kalau semua saya cerita kat sini, tak best la bila korang nak tengok movie ni nanti. Movie ni kira best juga. Cuma ada part slow dan ada gak part action.

Saya bagi 3 BINTANG.

Siapa dah tengok movie ni? Berapa BINTANG korang bagi?

p/s : Busy minggu ni dengan temuduga dan kursus hujung minggu ni. Huhuhu.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, December 11, 2011

BEST KE OMBAK RINDU?

Assalamualaikum Dan Salam sejahtera rakan-rakan Blogger semua.

Sekarang ni tengah hangat dengan movie hasil air tangan Pengarah Movie Lagenda Budak Setan - OMBAK Rindu. Sebenarnya saya pun tak tengok lagi. Hehehe.

Tapi ramai yang kata best. Ada yang kata sampai mengalir air mata. Ada yang sampai tengok lebih Dari 8 Kali. Apa pun saya belum lagi tengok movie ni.

Bila saya nak tengok? Entah la.

Terfikir gak la, bila kita teringat dosa-dosa kita buat dulu, kita akan menangis gak ke?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Saturday, November 26, 2011

"DI KLCC"

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua rakan-rakan blogger.


Ada kat KLCC sekarang ni. Nak tengok movie. Jom. Hehehe.


p/s : Tengok movie Happy Feet 2 3D. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.1

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, October 16, 2011

MOVIE REVIEW : REAL STEEL

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Alang-alang saya dah terlajak kat Teluk Intan ni, terus saya decide untuk tengok Movie lakonan Hugh Jackman - Real Steel. Ini ada sikit review dan pendapat saya tentang movie ni. Penuh gak pawagam malam ni.

Memang best movie ni. Dari mula sampai habis, fight robot je. Hugh Jackman berlakon sebagai Charles Kenton. Ex gf Charles meninggal dunia dan meninggalkan anak lelakinya bernama Max. Mula-mula hubungan dorang tak berapa baik. Suatu hari, Max terjumpa sebuah robot lama Generasi Kedua yang dulu digunakan sebagai robot latihan.

Start itulah Charles dan Max bergabung tenaga dan dorang menang setiap perlawanan daerah. Sampai dorang dijemput untuk berlawan di WRB (World Robot Boxing). Dorang lawan dengan satu robot nama Twin Cities. Robot ni ada 2 kepala. Dorang menang dan dapat sokongan penonton.

Max buat gila dengan mencabar Zeus, Juara robot WRB. Max bengang sebab pengurus Zeus nak beli Robot dia untuk dijadikan punching beg untuk Zeus. Lupa bagitau, nama robot Charles dan Max ni adalah Atom. Ada la skit part sedih.

Last sekali dorang lawan dengan Zeus. Siapa yang menang? Korang pergilah tengok. Memang best. Saya 4.5 bintang daripada 5 bintang.

p/s : Rasa excited plak. Macam robot-robot fight wujud je. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Sunday, September 25, 2011

MOVIE REVIEW : ABDUCTION

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak tengok movie kat cinema. Berbeza rasanya tengok movie di cinema dengan di rumah. Betul tak?

Nak review sikit movie yang baru saya tengok tadi. Pelakon utamanya, Taylor Lautner yang jadi werewolf dalam movie Twilight. Movie ni start slow dan saya rasa macam nak tido pun ada. Cuma tengah-tengah ada aksi kejar mengejar dan gaduh-gaduh. Pastu endingnya pun tak berapa best sangat. Biasa-biasa je ending dia.

Movie ni berkisar tentang seorang remaja lelaki yang panas baran. Satu hari tu dia tertengok kat satu website yang menunjukkan gambar kanak-kanak yang pernah hilang dan gambaran kasar wajah kanak-kanak tu apabila dah dewasa. Dia ternampak wajah dia dan dia pun cari bukti.

Rupa-rupanya dia telah diletakkan di bawah jagaan ejen CIA untuk tujuan keselamatan. Tapi orang jahat dapat detect lokasi dia dan serang rumah dia. Ejen CIA yang jaga dia aka mak dan bapa angkat dia mati dan rumah dorang meletup.

Pastu, orang jahat pun cari dan cuba bunuh dia tapi tak berjaya. Ada la aksi fight dan kejar mengejar sikit. Dia jumpa satu lagi ejen CIA dan ejen tu cerita asal usul dia dan kenapa dia diburu oleh orang jahat.

Nak tau ending, kena pergi tengok la. Kalau saya cerita sampai habis, tak best la kan? Hehehe.

p/s : Nak tengok satu lagi movie ke atau nak makan KFC? Dalam dilema. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

HARAPAN YANG HANCUR...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya sekarang berada di Big Cinemas Teluk Intan. Ingat nak layan movie "Bini-Biniku Gengster" tapi takde plak movie tu kat sini. Memang hancur harapan saya. Hahaha.

Selalunya saya akan terjah je cinema dan tengok movie apa yang ada untuk tengok. Tapi hari ini sebenarnya teringin nak tengok movie "Bini-Biniku Gengster" tapi dorang tak tayangkan kat sini.

Kena la buat pilihan sama ada balik terus atau tengok movie lain. So, saya decide tengok movie lain. Hehehe.

Movie apa? Cuba korang teka. Nanti saya buat review movie yang nak tengok jap lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Thursday, August 18, 2011

"BERAT BERKATI-KATI, MENYAKITKAN HATI"


Ever feel like you need a genie to make your wishes come true?

Get addicted gaming to win your share of RM25,000!


Assalamulaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang tahu tak dalam cerita mana ayat kat atas tu? Hehe. Ini antara cerita faveret saya. Sekarang tengah layan sekarang. Cerita ni agak lama tapi memang suka sangat sebab masa ni Nasha Aziz rambut pendek. Comey. Hehe.

Movie Laila Isabella. Korang tahu movie ni tak? Rosyam Nor, Apek, Nasha Aziz, Syanie, Hans Isac dan Datuk S.M. Salim. Movie ni ada chemistry dia sendiri. Jalan cerita pun simple je. Best.

Korang minat ke movie ni atau saya sorang je yang minat? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, August 10, 2011

"SAYA DAH JATUH CINTA PADA CIKGU SYUHADA"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Ya. Benar. Saya dah jatuh cinta kepada seorang cikgu. Cikgu ini bernama Cikgu Syuhada. Wajahnya manis dan ayu. Pakai tudung. Comel sangat. Bila pandang wajah dia, degup-degup hati saya. Hati yang telah jatuh cinta.

Akhlaknya bagus sekali. Memang jadi idaman setiap lelaki. Tapi bila fikir balik, layak ke saya untuk dia? Saya ni banyak kekurangan. 

Korang nak tengok tak gambar Cikgu Syuhada? Nanti korang pun terjatuh cinta gak camne? Ok2. Tengoklah.
Credit Google

Cantik kan? Actually saya baru je lepas tengok Movie Syurga Cinta. Terbaik! Memang best movie ni. Tambahan saya memang minat Heliza Helmi. Hehe.

Terasa terjatuh cinta plak. Haha. Korang suka tak movie ni?

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 8, 2011

LAYAN MOVIE MELAYU "MAN LAKSA"

MENARIK

YOUR ARTISTIC SCRIBBLES & DOODLES COULD WIN YOU RM 10,000!

FREEDOM TO LOOK HOT!

HURRY! PURCHASE A SAMSUNG PRODUCT AND REDEEM YOUR FREE GIFT TODAY!

THE ONLY WAY NOT TO GET MAKE-UP SMUDGES? NOT WEAR MAKE-UP!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Tengah layan Astro Citra sekarang ni. Haha. Ngantuk tapi nak layan gak movie melayu arahan Mamat Khalid ni. Movie Melayu "Man Laksa". Lawak la. Dah lama tak layan. Asyik tergelak je sejak tadi.

"Man Laksa" ni dilakonkan oleh Yasin, Sharifah Aleya, Allahyarham M. Rajoli, Harun Salim Bachik, Zahid AF, Dato' M. Daud Kilau dan ramai lagi. Tapi memang betul-betul kemasyarakatan. Movie ni dibuat di Perak tapi tak pasti plak saya kat mana areanya. 

Mamat Khalid memang kreatif buat movie macam ni. Movie yang lebih kekampungan dan kemelayuan. Tak banyak movie macam ni. 

Apa pendapat korang dengan movie ni?

Wassalam.

-NASZ- 

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 29, 2011

AKTIVITI RUTIN...

MENARIK:


Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Pasar Batu Feringghi. Dah menjadi rutin saya kalau balik Penang, mesti turun Batu Feringghi. Cari DVD bersiri yang memang saya suka sangat.

Tengah belek-belek tadi, terjumpa Movie Bersiri Supernatural Season 6. Saya dah tengok sampai Season 5 dan ingat Season 5 kira last. Tapi terjumpa Season 6 plak. Terkinja-kinja keseronokan dalam hati je. Kalau secara fizikal, dorang ingat gila plak saya ni. Hehe... So, dengan sepantas kilat terus ambil pegang takut orang lain ambil.

Pastu tengah belek-belek lagi terjumpa Movie Bersiri Vampires Diary Season 2. Season 1 dah tengok habis dah. Rasa rugi lak tak beli. So, movie bersiri ni pun saya pegang gak. Hehe... Selesai.

Saya sebenarnya nak cari movie bersiri lain tapi takde plak. Movie bersiri Korea pun macam tak menarik je. Lain kali la cari movie bersiri Korea. Hehe...

Saya ni gila tengok Movie Bersiri. Gila kan? Korang rasa boleh gila macam saya tak? Haha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 8, 2011

PAPADOM...TENGOK BANYAK KALI PUN BEST!!!

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya tengah layan cerita Papadom sekarang sambil berblogwalking. Saya sangat teramat amat suka cerita ni. Tengok berpuluh-puluh kali pun tak boring.

Sebab apa saya suka tengok cerita ni sangat-sangat? Saya suka sangat-sangat cerita ni sebab cerita ni sangat menyentuh perasaan saya dan lakonan Aflin Shauki yang bersahaja tapi memang lawak.

Lagipun ini antara cerita melayu yang dah jadi faveret saya. Aflin Shauki memang pengarah yang berbakat. Saya suka semua movie hasil arahan dia. Aflin Shauki ni kreatif dan movie yang dia buat kebanyakkan bersahaja je.

Bagi yang tak pernah tengok lagi movie ni, movie ni menceritakan bagaimana seorang bapa menjaga anak perempuannya dengan bersungguh-sungguh sampai sanggup abaikan hidup dia. Best movie ni. Sape tak tengok lagi, try tengok. Mesti tak nyesal.

Sape suka tengok movie ni? Geng saya. Haha...

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Friday, July 1, 2011

NASIB BAIK SEMPAT...

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Sempat gak saya beli tiket tengok movie Transformers 3 di GSC Sunway Carnival. Huhu... Itu pin sempat tunggu tiket reservation dibuka baru dapat yang cantik. Reservation seat dibuka 30 minit sebelum movolie start. So, sekarang korang dah tahu kalau tak sempat nak beli tiket, korang boleh tiket resevation seat dibuka. Tapi tak dijamin korang akan dapat seat tu. Macam mana saya tahu? Saya dulu ex staff GSC. Huhu...

Best. Penuh dengan aksi perang robot. Robot pun makin banyak. Kora berbaloi tengol movie ni. Cuma rasa tak selesa duduk atas kerusi, keras sangat. Huhu...

Movie ni best. Korang dah tengok belum?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.2

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, June 20, 2011

MOVIE REVIEW : SUPER 8 ...

Credit Google

Salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Disebabkan duduk rumah terasa sangat lah boring, saya ambil keputusan untuk ke tengok wayang di Big Cinemas Teluk Intan malam semalam.  

Saya amik keputusan nak tengok movie Super 8. Saya ambil tayangan pukul 7 malam. Huhu... Tengok sorang-sorang je la.

Movie saya memang kagum dengan scene yang melibatkan CGI dia.  Memang best. Sound dia pun menusuk telinga macam masa keretapi terbabas tu, saya rasa macam saya pun terlibat sekali.

Movie ni mula-mula agak slow tapi susah nak faham. Lama-lama baru faham apa yang berlaku. 
Credit Google


Secara keseluruhannya, cerita ni berkisar dengan budak-budak yang buat filem dorang dan terjebak dengan konspirasi kerajaan yang menahan seekor makhluk asing. Makhluk Asing ni dah berada di bumi sejak tahun 60 an saya rasa dan sebenarnya makhluk asing ni nak baiki kapal angkasa untuk pulang ke planet dia.

Tapi, ada satu ketua tentera ni tak bagi dan kurung dan tak bagi dia baiki kapal angkasa dia. So, makhluk asing setelah berjaya melepaskan diri daripada keretapi yang terbabas tu, terus mengamuk sambil mengumpul alat-alat untuk baiki kapal dia.
Credit Google


Endingnya makhluk asing itu berjaya repair kapal angkasa dia dan terus terbang balik.  Cara dia repair kapal angkasa sangat sempoi, korang nak tau? Korang g la tengok. Huhu..

Best gak movie ni. Saya bagi 4 / 5 bintang.

Wassalam.

-NASZ-

Sila Tekan Like Jika Suka