Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, June 21, 2011

HARGAILAH MEREKA ...

Saya dengan anak saudara saya

Salam sejahtera semua rakan-rakan blogger.

Hargailah mereka.  Hargai siapa? Korang rasa korang kena hargai siapa?

Yang paling, korang hargailah ibu dan ayah korang.  Sejahat mana pun ibu dan ayah korang, dorang tetap ibu dan ayah korang.

Korang kena setiasa ingat pengorbanan mereka.  Bila mereka dah tua, korang pun busy dengan keje dan family korang, mereka akan cepat terasa hati.  Mereka akan terasa macam korang tak sayang mereka dah. Padahal korang sebenarnya busy.  Bila mereka merajuk, pujuk mereka.

Mak dan adik-adik masa bercuti di Melaka

Mak saya pernah merajuk sebab anak-anak dia busy dan hari minggu, selalu tak ada kat rumah.  Masa tu saya cuti dan ada di rumah.  Dia dah masak untuk makan sama-sama tapi adik-adik saya nak keluar. Pastu, dia merungut dan merajuk dalam bilik.

Adik-adik saya tak pandai pujuk mak saya. Saya je yang pandai. Haha... Pelik kan? Saya bagitau kat adik saya, hidang makanan ni atas dan saya pujuk mak makan. Mula-mula memang dia tak nak, saya pujuk dengan baik, mak saya bangun gak makan dengan muka muncung. Huhu...

Pastu, kat meja makan, saya buat la lawak untuk ceriakan keadaan. Baru mak saya tersenyum pastu mula bersembang balik. Habis makan, saya bawa suruh mak saya siap.  Saya bawa jalan-jalan. Seronok mak saya masa tu. Huhu..

Dah melalut plak ni. Haha... Sape yang ada ibu dan ayah tu, hargailah mereka sementara mereka masih ada.

Apa korang dah buat untuk hargai ibu dan bapa korang?

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. kakak memang terkilan, sebelum kakak sempat membalas jasa mereka, mereka sudah dipanggil Ilahi...

    ReplyDelete
  2. hari tu order coklat on9 pastu suruh pos ke rumah.. lantas mak ayah terharu chewah suwit x hihi

    ReplyDelete
  3. Thanks ke blog Sis...

    Follow kamu....

    ReplyDelete
  4. hehehe. standart la bila dh tua mula lah terasa di abaikan kalau masing2 busy. yang dorg nk bukan apa. cuma perhatian dr anak2 dia je. hehee.

    yeah betul tu. hargailah mereka yang tersayang :p

    ReplyDelete
  5. ye... hati org tua memg mudah terasa.. kdg2 tk sengaje buat diorg merajuk... yg pnting dh wat salah pndai2 la mintak maaf

    ReplyDelete