Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, May 31, 2012

SAMSUNG GALAXY NOTE = RM1,000?

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Baru-baru ini saya terjumpa satu page kat Facebook yang jual gadget murah. Handphone Samsung Galaxy Note dia jual dengan harga RM1,000 saja. Ipad 2 pun sama.  Ada juga Iphone 4s, Blackberry dan gadget lain dengan harga yang sangat murah.

Masa saya tengok page tersebut, saya berminat juga untuk beli Handphone Samsung Galaxy Note. Tapi pada masa yang sama saya masih was-was juga. Sebab it too good to be true. Biasanya page macam ini nak menipu je. So, saya hold dulu niat saya. Saya cuba check maklumat owner page ini melalui tab info di Facebook tapi apa pun tak ada.

Risau juga nak beli daripada page ini. So, saya tunggu dan lihat. Tiba-tiba satu hari, ada seorang pengguna Facebook add saya sebagai friend dan saya approve. Dia chat dengan saya tanya saya ada tak berurusan dengan owner page yang jual gadget murah tersebut. Saya jawab tak ada tapi memang ada keinginan nak beli Handphone Samsung Galaxy Note.

Dia beritahu dia dah bank in RM600. Dia tengah tunggu shipment atau pos laju daripada owner page tersebut. Owner page tersebut mula-mula bagi nombor tracking pos laju yang tak valid. Kemudian, dia cakap tunggu esok, barang akan sampai. Esoknya pun tak sampai-sampai pun.

Kemudian, si dia ini cuba contact tapi handphone tak berangkat. Bila check page gadget murah kat facebook ini, owner dah delete pun. Menurut mangsa ini, rupa-rupanya kakak dia pun dah terkena dan ramai lagi yang dah terkena. Dia akan beri saya nama, nombor kad pengenalan dan alamat penuh. Dia dan suami dia nak pergi cari. Saya sarankan buat report polis.

Disebabkan orang sebegini, peniaga online seperti saya akan dianggap penipu padahal kami berniaga secara jujur. Saya berniaga barang kemas emas secara online. Kalau korang nak beli atau nak tengok, boleh klik SINI. Tapi, disebabkan orang sebegini yang merosakkan reputasi peniaga online lain, orang ramai pasti takut nak beli melalui online.

p/s : Kecewa sebab owner page gadget murah itu perempuan Melayu dan muda sangat lagi.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. kerana nila setitik, hbs rosak susu sebelanga... xptut owner page tu kaut untung dgn mcm tu....

    ReplyDelete
  2. when it is too good to be true biasanya ianya not true..tapi kena siasat jugak hal macam ni.. kena hati hati sentiasa..sbb tu saya kurang sikit bab nak beli barang online ni.. leceh.. walau pun saya pun ada meniaga online :P

    naz,
    utk persediaan sambut baby..better baca jugak pasal breastfeeding..one of my blog.. susu-terbaik ada kisah tentang breastfeed..

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih. saya akan rujuk blog tersebut dan minta wife pun baca blog tersebut. terima kasih atas perkongsian.

      Delete
  3. Murahnya Galaxy Note rm1000 je???
    Sy bli pn dekat 2k taw.....
    Ssh btl la klu org idupnya nk menipu je....
    buat rosak peniaga online len je....
    Alhamdulillah slame sy berurusan dgn page2 online ni, belom penah kene tipu lg....
    Sy sarankn klu nak bli gadjet, elok bli sndr...
    tgk dan belek sndr.......

    ReplyDelete
  4. hmmm itulah sekarang ni smakin banyak kes tipu-menipu macam ni...saya prefer tgk phone dari website mcm lazada mcm tu...rasa lagi terjamin kot walopun tak smurah 1000

    ReplyDelete
  5. tak baik kan menipu orang...tapi mereka-mereka aygn macam ginilah suka ambil kesempatan atas kehendak dan kemahuan org lain...tapi memang susah nak beli note dgn harga murah sekarang paling pun harga market RM1700-1800 tu boleh consider lagilah kalau RM1000 tu mmg sah sah tipu.

    ReplyDelete
  6. tol 2...murah sgt note 2...agak tkejut gk bl tgk hrga 2 sbb bl survey,mmg nk dekat 2k harga dia...sanggup menipu utk dptkn keuntungan...

    ReplyDelete
  7. degar crita mcm ni mkin tkot nk bli secara on9.. :(

    ReplyDelete
  8. bia betull?? eh2 setahu saya harga yg sebenar pun nak dekat 2 ribu dah

    ReplyDelete
  9. Tu yg takut shopping online nie....

    ReplyDelete
  10. sekrang.. org sanggup buat apa saja sbb duit. dah tak kira halal haram...

    ReplyDelete
  11. mcam2 manusia skrang ni? benda cam ni pun nk tipu.. eehh..

    ReplyDelete
  12. manusia camtulah...... cepat nak jadi kaya dgn menipu dan ada juga yg cepat nak percaya pada si penipu......
    kalau benda2 camnie...... make sure berurusan dgn yg betul2 punya sale person atau blog.....

    ReplyDelete
  13. mmg bhya kan.pyah kalau wjud org mcm ney.tp mmg murah sgt tu.better beli yg depan mata.wlpon mhal sket tp slmt :)

    ReplyDelete