Baru-baru ini saya terjumpa satu page kat Facebook yang jual gadget murah. Handphone Samsung Galaxy Note dia jual dengan harga RM1,000 saja. Ipad 2 pun sama. Ada juga Iphone 4s, Blackberry dan gadget lain dengan harga yang sangat murah.
Masa saya tengok page tersebut, saya berminat juga untuk beli Handphone Samsung Galaxy Note. Tapi pada masa yang sama saya masih was-was juga. Sebab it too good to be true. Biasanya page macam ini nak menipu je. So, saya hold dulu niat saya. Saya cuba check maklumat owner page ini melalui tab info di Facebook tapi apa pun tak ada.
Risau juga nak beli daripada page ini. So, saya tunggu dan lihat. Tiba-tiba satu hari, ada seorang pengguna Facebook add saya sebagai friend dan saya approve. Dia chat dengan saya tanya saya ada tak berurusan dengan owner page yang jual gadget murah tersebut. Saya jawab tak ada tapi memang ada keinginan nak beli Handphone Samsung Galaxy Note.
Dia beritahu dia dah bank in RM600. Dia tengah tunggu shipment atau pos laju daripada owner page tersebut. Owner page tersebut mula-mula bagi nombor tracking pos laju yang tak valid. Kemudian, dia cakap tunggu esok, barang akan sampai. Esoknya pun tak sampai-sampai pun.
Kemudian, si dia ini cuba contact tapi handphone tak berangkat. Bila check page gadget murah kat facebook ini, owner dah delete pun. Menurut mangsa ini, rupa-rupanya kakak dia pun dah terkena dan ramai lagi yang dah terkena. Dia akan beri saya nama, nombor kad pengenalan dan alamat penuh. Dia dan suami dia nak pergi cari. Saya sarankan buat report polis.
Disebabkan orang sebegini, peniaga online seperti saya akan dianggap penipu padahal kami berniaga secara jujur. Saya berniaga barang kemas emas secara online. Kalau korang nak beli atau nak tengok, boleh klik SINI. Tapi, disebabkan orang sebegini yang merosakkan reputasi peniaga online lain, orang ramai pasti takut nak beli melalui online.
p/s : Kecewa sebab owner page gadget murah itu perempuan Melayu dan muda sangat lagi.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

