Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, May 22, 2012

"DIA SEGAN COZ RAMAI GIRL DALAM THIS COURSE"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya ada tulis satu entry berkenaan "Course ni susah nak dapat kerja", klik kat title tu kalau nak baca, dan ada seorang anonymous tanya saya:


Semasa Diploma dulu, saya ambil Course Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat. Macam pelik kan nama course dia? Tapi, hakikatnya inilah course yang saya ambil.

Menjawab soalan Anonymous:

Apa yang dia expect bila belajar this course?
Belajar dalam course ini bukan semestinya akan jadi setiausaha saja. Dalam course ini, akan diajar juga tentang "Leadership", "Organization Behavior", "Computing Essential", "Interpersonal Communication", "Public Speaking" dan lain-lain berkaitan dengan pentadbiran. Course ini juga mengajar cara-cara untuk menjadi seorang pentadbir atau ketua jabatan yang baik. Dalam course ini, ada subjek yang nak anak lelaki Anonymous menganjurkan satu event dengan jaya.

Pada mulanya, sebelum saya mula belajar dalam course ini, saya fikir saya akan belajar berkaitan macam mana nak jadi setiausaha saja tapi saya salah. Course ini lebih mengajar saya ke arah menjadi ketua.

Ada shorthand, trengkas, typing bagai?
Subjek untuk typing akan diajar pada semester pertama. Anak lelaki Anonymous kena mahirkan diri menaip tanpa tengok keyboard dan screen computer dalam masa yang ditentukan. Cuma boleh tengok helaian kertas yang diberikan saja. Nampak susah kan? Tak susah mana pun sebab ada satu buku sebagai guideline bagaimana nak mahir. Yang penting practice selalu.

Teringat masa saya belajar typing dulu, sampai ke bantal tidur saya bayangkan ada keyboard depan mata dan training tangan saya untuk taip dan hafal huruf atas keyboard.

Subjek untuk shorthand akan diajar tapi tak susah pun. Fokus dan buat latihan yang diberikan, insya Allah boleh buat.


Subjek trengkas tak diajar. Sekarang saya tak pasti tapi masa saya dulu memang tak pernah belajar pun subjek tu.

Segan coz ramai girl dalam course ni?
Memang course ini ramai perempuan tapi tak semestinya course ini perempuan je boleh ambil. Memang mula-mula akan rasa malu-malu kucing sikit. Lama-lama tak rasa apa-apa dah. Jangan jadikan perkara sebegini sebagai halangan untuk cuba perkara baru.

Nasihat saya, cuba je dulu course ini. Course ini bukan susah mana pun dan yang penting anak lelaki Anonymous fokus dalam kelas, buat continuing assessment dan hantar on time, kalau tak faham apa-apa, jangan malu-malu nak tanya lecturer. Yang paling penting, Semester Pertama, skor CGPA setinggi mungkin sebab semasa Semester Pertama ini subjek senang lagi. Bila dah masuk Semester Kedua, subjek dia agak tough sikit.

Itu je Anonymous. Harap entry ini dapat bantu anak lelaki Anonymous untuk terus cuba course ini dan berjaya.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

13 comments:

  1. NasZ pun amik course ni dulu yeak..akak pun sama jugak..betul,semester satu senang sikit nak score.typing tu tak susah manapun.bila dah terer,pandang tempat lain smbil menaip..cewahhhh..mmg course ni ramai pompuan & tak semestinya belajar course ni keluar2 je jadik secretary.ada sorang member akak,lepas diploma dia smbung degree & skrg dia jadik lecturer..

    ReplyDelete
  2. not bad lah Diploma Pengurusan Dan Teknologi Pejabat.. sebab pada saya ianya lebih kepada office management, pentadbiran..cam meluas gak kan..tapi saya tak lah terpilih amik course nie..

    ReplyDelete
  3. huh.belajar typing memang best.

    ReplyDelete
  4. it's just a paper...kalau dh lulus nanti , byk lagi cabang pekerjaan yg berkaitan..... bukan setakat setiausaha....

    lagi satu..... kalau dlm kelas ramai..... senang nak pilih calon menantu......takde persaingan...he3

    ReplyDelete
  5. Rasanya belajar apa2 pun macam tu. Mula2 senang sikit. Makin lama makin susah... And kalau dalam belajar kita nak ikut zon selesa, nanti nak kerja nak pilih macam mana kan? Waktu dalam belajarlah kita kena latih diri untuk menghadapi apa saja cabaran.

    ReplyDelete
  6. mana2 course pon ramai perempuan..mcm raihan amik bidang chemistry, rmai perempuan juga..=)

    ReplyDelete
  7. saya tag anda

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-jom-join-bloglist-fatin-farina.html

    ReplyDelete
  8. sekarang dah jadi graduan dari diploma yang sama.. tapi...susah la nak cari kerja guna jurusan ni:( suma tak nak ambil..:((

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum Abang, saya baru jumpa post abang ni kat google, and saya lepasan spm last year , trying to find a course that suits me.. I think this course would be great for me tapi saya macam takut sikit lah.. Takut sbb saya tesalah pilih ke.. standard gaji untuk org yang amek course ni berapa eh ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikummussalam Fifi,

      Bagi saya, jangan fikir tentang standard gaji lagi. Standard gaji ikut kelulusan kita. Kalau diploma, stardard diploma.

      Apa yang penting, Fifi kena fokus untuk score course ini dan yang paling penting, mampu adapt atau menyesuaikan diri dengan persekitaran tempat kerja nanti. Jangan anggap bila belajar course ini, kita kena jadi pegawai je. Kadang-kadang kita kena mula dari bawah.

      Sebab apa saya pilih course ini semasa diploma? Saya memang dah plan dari awal lagi untuk ambil course ini bagi diploma dan nanti nak sambung degree, saya boleh ambil lain-lain course berkaitan pengurusan. Sekarang ini saya sedang mohon untuk sambung Degree dalam Pengurusan (Operasi) di USM secara pjj (pendidikan jarak jauh).

      Diploma hanya sekeping kertas. Apa yang penting, cara kita sesuaikan apa yang kita belajar dengan tempat kerja sebenar. Sebab apa yang kita belajar tu kadang-kadang tak guna pun di tempat kerja kita tu.

      Anyway, keputusan terletak di tangan Fifi.

      Wassalam.

      From,

      Nasz

      Delete
  10. abg belajar full bI ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sejahtera Anonymous,

      Tak semua dalam BI. Ada juga dalam Bahasa Melayu.

      From,

      Nasz

      www.mohdnaser.com

      Delete
  11. ape yg sy dapat tahu dr lecturer2. course ni utk golongan lelaki, demand pekerjaan sgt tinggi. ramai je company yg call direct to U or poli nak kan pa lelaki. diorang kate mudah bekerjasama. and i think so.

    ReplyDelete