KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, May 2, 2012

SEKILAS PANDANG : PERHIMPUNAN BERSIH 3.0

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Pendapat peribadi ni saya baca dari blog saudara Shazwan Azizan berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 yang diadakan pada hari Sabtu lepas. Memang bagi saya pendapat saudara ini menyeluruh dan saya rasa patut dikongsi.




Assalamualaikum,

** Ini merupakan pandangan peribadi saya, seorang rakyat Malaysia, bakal menjadi pengundi muda untuk pilihanraya akan datang, dan saya bukanlah peserta yang menghadiri BERSIH di Dataran Merdeka **

BERSIH 3.0
Bersih 3.0 merupakan satu program/ perhimpunan rakyat yang pada dasarnya  bertunjangkan kepada 8 teras utama sebagai teras kepada masa hadapan Malaysia yang lebih cemerlang dan membangun pada masa depan. 

Secara keseluruhannya, 8 Misi perhimpunan ini adalah untuk pilihan raya yang lebih adil dan tulus pada masa akan datang. Perhimpunan ini dianjurkan oleh beberapa NGO (84NGO) dan parti politik.

Perhimpunan yang dijangka diadakan dilangsungkan di Dataran Merdeka terpaksa mengubah tempat perhimpunan pada saat-saat akhir (seminggu kot), dan diberikan 4 buah stadium di sekitar ibu negara. Pihak DBKL yang bertanggungjawab tehadap Dataran Merdeka mendapatkan Perintah Mahkamah untuk dikosongkan Dataran Merdeka bermula 6petang (JUmaat) hingga 6 pagi (Ahad).

Bermula Jumaat (malam), kawasan sekitar Dataran Merdeka dipenuhi dengan kedatangan para peserta. Dataran Merdeka dikawal rapi oleh pihak polis dengan kawasan sekeliling dataran dipasang kawat dawai besi. Malam yang dipenuhi dengan semangat dan berlangsug dalam keadaan yang aman. Beberapa sesi ceramah dan ucapan daripada wakil-wakil perhimpunan dapat didengari.

Antaranya ialah,


"Kita disini,kita nak duduk, Kita nak Bantah. Kita bukan nak buat apa-apa, kita bukan nak lawan sesiapa,kita nak perubahan. Boleh tuan-tuan sekalian duduk sampai pagi esok? Jangan takut, Allah bersama kita, insyallah.... Banyak bersalawat, banyak beristighfar, banyak berzikir, Insyallah, apa jua yang bakal berlaku, Insyallah Allah menolong kta"

Ucapan yang diselingan dengan pekikan semangat Allahuakbar. Semangat.  

Beberapa ucapan turut dirakam. Keadaan malam yang semangat itu, terus bersemangat tapi dalam keadaan terkawal dan tiada masalah.

Hari yang dinanti. Kawasan sekitar dataran dipenuhi dengan lautan manusia. Seperti semut menghurung manisan. Perjuangan. Keadaan bersemangat. Aku yang melihat dalam alam maya turut berasa semangat dengan perjuangan itu. Lelaki, perempuan, Tua, Muda turut membanjiri kawasan sekitarnya terutamanya Masjid Jamek menuju ke dataran. 

Perhimpunan yang berjalan lancar dan aman kemudiannya disudahi dengan beberapa kejadian tidak diingini. Terdapat insiden kereta polis melanggar peserta, peserta merosakkan kereta polis hingga terbabas, kereta polis diterbalikkan, polis memukul peserta, peserta menendang polis trafik, peserta merosak dan malangkaui sempadan Dawai Kawat Besi, dan kemuncak perhimpunan itu, tembakan Water Canon dan gas pemedih mata daripada FRU. Berlari bertempiaran semua. Sakit? Hanya mereka yang terlibat yang merasa. Aku yang menghidu asap bakar sampah pun, menangis isi mata. Beberapa rakyat malaysia (peserta & Polis) tercedera. Sadis.


Kesudahannya, siapa yang perlu dipersalahkan?
Noktah.

Persepsi dalam persepsi:

1. Peserta perhimpunan
Mereka datang untuk perhimpunan duduk bantah. Menyuarakan hasrat agar pilihanraya yang lebih telus pada masa hadapan. Bila ada peserta yg menendang polis trafik, ada ramai lagi yang membantu polis itu. Kebanyakkan peserta berarak secara aman ke dataran, ada segelintir yg merosakkan kereta polis hingga terbabas dan melanggar orang. Jangan lupa, ada juga mereka yang membantu pihak polis yg tercedera terbabas itu keluar dari kereta. Bila gas pemedih mata dilepaskan, jangan lupa betapa kerjasama dan semangat membantu diantara mereka. Masjid Jamek. Menjadi perlindungan tanpa diskriminasi agama.


2. POLIS
Mereka merupakan pekerja, pengawal keselamatan awam, dibawah pemerintahan kerajaan semasa. Disaat beberapa tangkapan dilakukan terhadap beberapa peserta, disaat itu juga terdapat beberapa rakan mereka di cederakan oleh beberapa individu. Terdapat beberapa anggota yang memukul dan menendang beberapa individu, jangan lupa, mereka itu segelintir. Ada ramai lagi polis yang jujur dan tulus dalam tugasan. DIsaat rakan seanggota memukul, disaat itu juga ada rakan yang menolong peserta itu dari terus dipukul. Disaat gas pemedih mata dilepaskan, mereka juga merasa pedih. Hanya segelintir sahaja yang memakai mask. Majoriti?

3. FRU ( Federal Reserve Unit)  
Mereka dilatih untuk mematuhi perintah pegawai atasan. Seandai pegawai atasan di bawah kerajaan Barisan Nasional/ UMNO, maka mereka mematuhi arahan yg disampaikan. Seandai pegawai atasan dibawah kerajaan Barisan Alternatif (PAS/pkr/dap), maka mereka mematuhi arahan yg disampaikan. Gas pemedih mata, Water Canon. Dua kelengkapan yang bagus dalam meleraikan perhimpunan/ rusuhan. Sememangnya gas pemedih mata itu, pedih. Kalau tidak, mereka tidak akan memaki mask. Tapi, setakat itu sahaja. Itu tugasan mereka. Ada tengok FRU pukul, sepak2 orang? 


4. Mata Masyarakat Luar Negara
Sama macam mata aku yang melihat.Rakaman-rakaman di alam maya. Sudah memberi impak yang banyak dalam melihat dan menilai situasi negara Malaysia. Anda sendiri boleh menilainya. Kalau anda pandai mencari di youtube, rasa amannya perhimpunan BERSIH di luar negara. Itu yang kita perlu teladani.

 Untuk perhimpunan yg lebih cemerlang pada masa depan:
  •  Hindari provokasi, individu talam dua muka, individu yang memulakan aksi-aksi panas.
  • Penganjur : teruskan dengan preparation yg dilakukan sebelum ini. Ikut step-by step. ada juga beberapa panduan/garis panduan untuk peserta perhimpunan. Bagus! Cuma, ...
  • Peserta perlu mengawal diri (majoriti dah kawal, cuma segelintir sahaja) agar matlamat perhimpunan dapat dicapai tanpa sebarang keadaan yg mencelakan.
  • Pihak berkuasa perlu lebih profesional dan tunjuk teladan yang baik. Jangan memukul sesuka hati. Yg dah lepas semua dalam video. Biarkanlah. Benda dah lepas. Lepas nie, mereka perlu banyak belajar mengawal diri, agar emosi tidak mempengaruhi tugasan (majoriti mereka berhemah, ada segelintir, yg muda-muda kot. fresshiee)
  • FRU : Sila beri amaran sebelum water canon atau Gas pemedih mata. Bunyikan siren yg kuat dan panjang. Itu alternatif. Mungkin. Berikan masa secukupnya selepas siren amaran dibunyi untuk peserta bersurai. Dengan itu, pihak anda tidak akan dipersalahkan. Teruskan mendidik anggota agar kekal disiplin dan tugasan melampaui emosi.
  • Masyarakat yg lain : Bijak menilai sesuatu. 
 
Aku harapkan, Malaysia pada masa depan. Seiring negara demokrasi yang lain. Aku seorang rakyat malaysia, walaupun aku tidak berada diluar sana berhimpun, bukan bermakna aku tidka menyokong. Aku menyokong sebarang perubahan yang baik untuk negara ini. Bukti sokongan aku? Semuanya semasa pilihan raya, diatas kertas undian.  Disitu keputusanku. untuk negara yg maju, negara tercinta.

p/s : Perhimpunan yg aman dicemari dengan tingkah laku beberapa peserta/polis/penyamar peserta/ penyamar polis yang bertindak keterlaluan dan diikuti oleh yg lain. Siapakah individu terbabit? Berapa banyak talam dimukanya? Biar Allah menentukan balasannya.

Adakah ini individu yang menyamar jadi peserta, atau individu yang menyamar jadi pihak berkuasa? Ini satu daripada berpuluh2 talam. Siapa mereka? siapa atasannya? Apakah matlamatnya? Mereka yg emosi melebihi matlamat inilah yg banyak menyusahkan orang lain yg duduk bantah!
 Sekian.

Shazwan Azizan/ Wanblur
Pandangan peribadi.
Seandai ada kesalahan, khilaf. Itu berpunca dari ilmu yang tidak seberapa.
Mohon pembetulan.



p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. setuju dgn ulasan yg diberikan...... thanks for sharing nasz.....
    ada tempat dan ade saluran yg betul utk kita suarakan.... bukan bertindak membabi buta....doakankan malaysia terus aman dan bersatu padu....

    ReplyDelete
  2. salam;
    keadilan oh keadilan..dari dulu sekarang hingga sekarang tak pernah adil-adil.

    ReplyDelete