KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Monday, May 28, 2012

"ALA.... SENANG JE BUAT BLOG"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak buat blog ini senang kan? Sekarang nak buat blog senang sebab dah ada macam-macam platform seperti Blogspot, Wordpress dan lain-lain. Kita cuma perlu Google je cara-cara nak buat blog yang cantik dan anggun sekali. Banyak blog-blog tutorial yang ajar teknik selengkap-lengkapnya untuk jadikan blog kita cantik dan anggun di mata blogger lain.

Tapi, memang saya tak nafikan betapa senangnya nak buat blog sekarang. Tak macam masa saya belajar HTML di universiti dulu. Saya diminta untuk buat blog menggunakan template dan code-code dalam HTML. Memang boleh pecah kepala masa itu sebab berlambak-lambak code kena baca dan ingat. Tapi, saya tak ingat pun. Memang saya pass sabjek tersebut. Sipi-sipi je. Hehehe.

Selama saya berblogging, memang ramai blogger yang saya dah jumpa dan berkenalan. Dan ramai juga blogger yang hilang dari dunia blog ini. Sebab apa? Mungkin dorang hilang minat berblogging. Mungkin dorang terlalu sibuk sampai tak ada masa nak berblogging. Mungkin dorang wujudkan blog disebabkan paksaan oleh lecturer dan untuk pass exam.

So, blog dorang sudah semestinya bersawang dan tak ada orang terjah. Trafik memang kadang-kadang tak ada langsung. Macam mana saya tahu? Sebab blog ini pun dulu begitu. Kantoi sudah. Hehehe.

Memang senang nak buat blog, tapi sangat susah untuk maintain blog kita tersebut. Maintain blog ini bermakna update entry sekurang-kurangnya seminggu 2,3 kali. Jelajah blog orang untuk promosi blog kita. Dan macam-macam lagi.

Saya pun ada masa tak ada langsung idea nak update blog. Kadang-kadang masalah line internet tak ada. Banyak penghalang tapi mampukah kita untuk terus berblogging di masa hadapan? Korang fikir sejenak dan jawab sendiri.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

10 comments:

  1. BETUL !!! nak update memerlukan masa sekurang2nya minimum 1 jam x pun 30 min itu pun tak termasuk blogwalking lagi... hhaaiiihhh.....

    ReplyDelete
  2. betul tu,nak bt mmg sng,nak kekal susah sikit

    ReplyDelete
  3. paling ramai..yang putus asa bila blog tak ramai org terjah..

    err..blog saya pun sama..hehehe..saya suka menulis..orang baca tak baca belakang cerita.. of course bila ramai org baca kita rasa seronok :D

    ReplyDelete
  4. kan...sangat sokong, sy pernah terstop blogging nak dekat 2 bulan..hahaha, nie kes lappy wat hal...so, bile da ok...mule berblogging balik...xde la susah mne pon

    ReplyDelete
  5. setakat nie...remy masih berjuang utk blog...
    semangat ada biler ada yg dtg baca dan komen...kalau dah takde org dtg...mungkin tutp jer la.....he3

    ReplyDelete
  6. kne berjuang utk blog.pnulisan harini tuk knangan di mse dpn.(^.^)

    ReplyDelete
  7. yuppp... dah makin senang tapi akak kenal cr membina blog yg mudah2 jer, kod html akak buta langsung

    ReplyDelete
  8. Anda ditag : http://nuramalinastoryforever.blogspot.com/2012/05/segmen-ain-nak-review-blog-korang.html

    ReplyDelete
  9. nak cantik2 chumel2 kn blog mmg mudah tapi nk kekal kn berblogging tu susah sikit.tapi selagi ade semangat membara dalam dunia blog insyaallah akan berblogging.

    ReplyDelete
  10. Kalau 2,3 entry je seminggu rasanya tak cukup untuk jadi seorang blogger yang berjaya.

    ReplyDelete