Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, May 16, 2012

SEGMEN : BLOGLIST BULAN MEI DAN JUN 2012 BY MURNI

Nak join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Terasa nak join segmen bloglist plak. So, saya google cari segmen nak join dan jumpa segmen dari ping busuk. So, saya pun dengan pantasnya menjoinkan diri.

Saya seperti biasa nak buat satu cerita pendek yang agak merapu gak. Korang kena baca sampai habis tau?

Dua orang pendekar sedang berdiri di atas puncak pokok. Memandang antara satu sama lain dengan pandangan mata yang tajam. Tajamnya adalah tak berapa tajam seperti pisau lipat yang dibeli di kedai aksesori berdekatan supermarket yang dah lama tamat operasinya.

Tiba-tiba, salah seorang pendekar itu memecutkan ke depan sambil menghunuskan kerisnya. Pendekar yang satu lagi agak terkejut tapi taklah terkejut sangat sebab itu dia sempat mengelak sambil buat muka selamba. Kemudian, kedua-dua pendekar ini terus melaksanakan hikmat masing-masing sehingga habis pokok paku-pakis berterbangan menyelubungi kawasan tersebut bak kabus malam selepas hujan di Genting Highland.

Pertarungan tersebut berlaku hampir 1,547 saat sebelum kedua-dua pendekar tersebut rebah kepenatan. Mereka meminta Time Out kepada seorang makcik yang sedang duduk di bawah sebatang pokok Cherry. Makcik itu dengan muka bengang sebab letih menanti kedua-dua pendekar ini membuat keputusan terus melaksanakan hikmat kentutan maut. Maka, mautlah kedua-dua pendekar tersebut.

Makcik tersebut terus memergikan dirinya bersama sebungkus pau perisa ayam masak merah yang menjadi rebutan pendekar-pendekar yang telah mati itu. Tamat.

Best tak cerita pendek merapu saya tu? Hehehe. Dah lama tak buat cerita pendek merapu sebegini.

Segmen ni dibuka sehingga 18hb Mei 2012. Jom ramai-ramai support blogger ni dengan join segmen dia. Tak rugi pun sebab boleh kenal kawan-kawan baru. Kan?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. Hahahhaha....merapu, tp lawak. Sungguh x sangka endingnya mcm gitu...

    ReplyDelete
  2. pau perisa ayam masak merah tu nampak sedap... agak2nya makchik tu nak share tak ????

    ReplyDelete
  3. hehe... thanks join.. best ceta awk.. boleh pulak dieorg maut sebab kentut mak cik tu..hehe

    ReplyDelete
  4. singgah sini dari segmen yang sama..

    jom melawat blog saya. done follow u

    http://dindamaisarra.blogspot.com/2012/05/segmen-bloglist-bulan-mei-dan-june-2012.html

    ReplyDelete