KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, May 16, 2012

KITA SEMUA ADALAH PENDIDIK...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Kelihatan ramai blogger post entry berkenaan ucapan sambutan hari guru di blog masing-masing. Termasuklah saya. Hehehe.

Tapi, kita tak perasan kita sebenarnya adalah pendidik. Kita cuma sedar pendidik itu yang mengajar di sekolah a.k.a Guru. Kita boleh dikatakan seorang pendidik juga sebenarnya. Sebagai abang atau kakak, kita mendidik adik-adik kita. Sebagai seorang suami atau isteri, kita mendidik pasangan masing-masing. Sebagai seorang ibu atau bapa, kita mendidik anak-anak kita. Sebagai seorang datuk atau nenek, kita mendidik anak-anak dan cucu-cucu dan cicit-cicit dan piut-piut kita.

Kesimpulannya, secara tak langsung kita memang telah menjadi pendidik. Pendidik ni perlu mendidik dengan cara betul dan tidak takut untuk ditegur bila salah. Jangan sebab kita pendidik, kita je betul. Ada masa kita salah dan bila kita akui kesilapan kita itu, kita akan improvekan diri kita. Tak ada manusia yang perfect.

Ini adalah pendapat peribadi saya, kalau ada yang tidak bersetuju, bolehlah luahkan kat ruang komen di bawah. Sama-sama kita kongsi pendapat masing-masing.

p/s : Lepas ni saya jadi pendidik kepada isteri dan anak saya pula. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

5 comments:

  1. kita mendidik dgn cara kita sendiri nasz....
    tanpa kita sedari....

    ReplyDelete
  2. selamat hari guru untuk semua. :)

    ReplyDelete
  3. salam;
    Ya..aku setuju sangat,..kita juga pendidikdalam melahirkan insan yang sempurna dan guru2 adalah penambah dan pemudah bagi ibubapa.

    ReplyDelete
  4. Ibu bapa adalah pendidik terbaik:)

    ReplyDelete