KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, May 26, 2012

"ADIK, INI BERAPA?"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Baru balik dari pergi satu supermarket di Teluk Intan Perak. Tengah belek-belek pemanas air sambil fikir nak beli atau tidak. Saya tengah kira budget dalam otak saya.


Masa saya tengah belek-belek sambil congak kira-kira dalam otak saya, datang sepasang suami isteri yang agak berumur gak dengan anak-anak lelakinya. Dorang pun join saya belek-belek pemanas air yang tersusun rapi di rak tersebut.


Tiba-tiba...


"Adik, berapa harga yang ini?"


Tanpa toleh kepada saya. Saya termanggu sekejap. Pastu saya balas dalam nada gelak.


"Saya tak kerja sini makcik"


Tanpa minta maaf terus si makcik ini cari orang yang kerja di supermarket itu untuk tanya tentang barang yang dia nak beli itu. Saya pun terus pergi dari situ.


Dah tersilap, minta la maaf. Susah sangat kot nak minta maaf ni?


p/s : Saya pakai baju warna orange. Pekerja supermarket itu pakai baju warna hijau putih. Jauh bezanya tu. Rabun dah kot makcik tu?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

9 comments:

  1. sekurang-kurangnya minta maafler.. makcik tu jenis mulut berat kut..

    ReplyDelete
  2. kalau dah silap macam tu biasanya mestilah kena minta maaf.. Selalu kena macam tu..heeee

    ReplyDelete
  3. sti kat TF kn.huahuahua
    nk share something ni,waktu kenduri uma kawan kakak dkt kpg sendiri kan.ade mkcik 2 minta tambah kan bekas air tuk air basuh tgn.adehhh

    ReplyDelete
  4. hehe,,pernah kena macam tu juga..di sangka ke kita pekerja,,siap tanya sesuai ke tak baju yang dia nk bli..tgelak rasa nye..hee..yang tang mintak maaf tu mang kebiasaan susah org nak minta maaf bila dah tau kesilapan tu..tak tau nape kan:(

    ReplyDelete
  5. mak cik itu tak bawa cermin mata kot x pun mak cik tu kena tambah sepasang lagi cermin mata kat mata dia....

    saya dh bnyk kali kena macam itu... lagi2 kalo sy pakai simple2 mcm bdk selekeh jerk..aaarrrggghhhh...

    ReplyDelete
  6. mesti dia ingat nasz tgh susun2 brg tu.....
    apa apa pun....kena mintak maaf kalau salah org kan....

    ReplyDelete
  7. agaknya makcik tu pn terkejut sm..so lidah terkelu..trus blah..hihi

    ReplyDelete
  8. TAG ANDA

    http://yayahnasake.blogspot.com/2012/05/segmen-dalca-bloglist-june.html

    ReplyDelete
  9. ekekek. dia dah malu tu. segan nak buka mulut dah :)

    ReplyDelete