Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, May 1, 2012

"POLIS DATANG, LARI!"

Assaamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Tengah dalam Operasi Rondaan 1 Malaysia lagi start 10 malam ni sampai 2 pagi esoknya. Saya naik kereta dengan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM). Seronok gak naik kenderaan dari Jabatan lain. Rasa lain skit dari kenderaan Jabatan sendiri. Hehehe.


Tadi kami lalu satu ladang kelapa sawit di lokasi yang agak tersembunyi. Tiba-tiba kereta polis yang lead kami di depan berhenti dan polis pun keluar dari kereta. Kami pun keluar nak tengok apa yang berlaku. Rupa-rupanya polis tu serbu port budak-budak beromen a.k.a. buat seks sambil minum arak. Nampak je kenderaan kami, hilang dorang lari tinggalkan motorsikal dan handphone. Siap dengan pondok kayu dan ada beberapa botol arak kosong. Menurut polis yang lead kami tu, ini port budak-budak melayu selalu lepak dan buat aktiviti tak elok ni.


Daam raga motor ada handphone dengan sms tertulis :


"Polis datang lari"


Ada orang report kehadiran kami. Tak tahu la apa nak jadi dengan budak-budak melayu sekarang ni. Terlalu mengikut ke'barat'an sangat. Nak salahkan siapa sebenarnya?


p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap hari untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. kurangnya didikan agama dan perhatian keluarga..... moga mereka berubah satu hari nanti...amin

    ReplyDelete
  2. haiyaa ..manyak sedihh ,kalau melayu je takpe ,ni kalau islam cano ?sedihh woo ..moga diberi hidayah~

    ReplyDelete