KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Friday, May 4, 2012

TEKNIK SAYA MENABUNG...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya nak kongsi sikit teknik saya menabung. Bila sebut tabung je, teringat tabung buluh. Hehehe. Teringin nak ada tapi tak pernah ada. Cuma ada tabung plastik Harimau Malayan Banking dulu je. Sekarang ni saya masih menabung lagi. Duit syiling saya letak dalam satu bekas. Dah penuh dah. Hehehe.

Teknik ni baru saya praktikkan. Teknik ni melibatkan Sijil Simpanan Premium (SSP) yang Bank Simpanan Nasional (BSN) buat tu. Setiap minggu, saya akan beli SSP sebanyak RM50. Saya tak tentukan hari apa tapi dalam minggu tersebut juga. Dalam sebulan ada 4 minggu, so, korang akan simpan a.k.a. menabung dalam SSP sebanyak RM200 sebulan.

Untuk pengetahuan korang, bila korang dah beli SSP ni, korang tak dibenarkan untuk tebus balik dalam masa 45 hari. Cuma boleh tebus selepas 45 hari dari tarikh SSP ini dibeli. Korang tak rugi pun sebab niat korang untuk menyimpan dan ini salah satu cara nak paksa korang tak tebus balik sijil tu. Pada masa yang sama, korang yang beli SSP ini layak untuk cabutan bertuah setiap bulan yang diadakan oleh BSN. Mungkin rezeki korang bertuah, korang boleh dapat hadiah.

Teknik ni membolehkan korang menabung di samping peluang untuk dapat hadiah cabutan bertuah. Kalau korang tak mampu seminggu RM50, korang boleh buat seminggu RM10. Sebulan RM40. Setahun korang dah ada simpanan RM480 dan peluang dapat hadiah dari cabutan bertuah.

Tapi, semuanya terpulang kepada diri sendiri. Tepuk dada, tanya selera. Korang tak mulakan, sampai bila-bila korang macam tu je.

p/s : Jangan lupa VOTE saya setiap untuk Digi WWWOW Award di side bar sebelah ye?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

12 comments:

  1. wahh idea bagus jugak nih.nanti mule lah tak sabar2 nak tebus.haha

    ReplyDelete
  2. salam;
    lama dah dengar ssp ni..tapi hati liat betul nak menabung, rambang mata adalah.

    ReplyDelete
  3. Hmmm, betul jugak kalau simpan kat SSP risk nak keluarkan duit terus lepas disimpan kurang sikit kan? tau akan polisi SSP ni cuma tak terfikir nak menabung cenggitu :D terima kasih bebanyak sedara Naser!

    ReplyDelete
  4. wah bagus gak tu..
    selalu simpan asb time terdesak terkeluar gak akhirnya...
    huhuhu...
    Boleh dipraktikkan ^_^

    ReplyDelete
  5. Nur-Azam Shahdan : Sama-sama.

    ReplyDelete
  6. Salaam, siyes...Maria br tau cara menabung guna SSP nie..sungguh ketinggalan KTM betol. huhu! Btw Nasz, thanks for the info. Really appreciate it! (^^)y

    ReplyDelete
  7. bagus jugak cara nasz menabung... remy pun ada jugak beli ssp dulu..... sekarang kat mana letak pun remy tak tahu....he3

    ReplyDelete
  8. contoh la kan..kalau kita dapat apa2 cabutan bertuah,duit yang kita beli ssp setiap minggu tu still ade la?huhu..x tahu sangat..

    ReplyDelete
  9. hana radzi : yup. walaupun kita menang cabutan bertuah ssp tu. duit ssp itu still ada selagi kita tak ke bsn utk tebus balik ssp tu.

    ReplyDelete
  10. Wahhh! idea yg sgt berguna.. so, boleh start beli SSP :)

    ReplyDelete
  11. Klau cek hilang, masih boleh tebus ke? Ke burn cenggitu je?? Please2!! Nak tau....

    ReplyDelete