KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Wednesday, September 21, 2011

"SAYA MINTA MAAF TAK DAPAT TERIMA AWAK..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya rasa semua orang nak jadi cantik atau hensem kan? Bila kita cantik atau hensem, semua orang nak kenal dan rapat dengan kita.

Ini dari pandangan saya selama ni je k? Saya tak ada pengalaman sebab saya ni bukan hensem pun. Hehehe.

Bila ada orang cakap suka kita, kita kena cari cara nak reject cara lembut dan tak menyakitkan hati dia. Kalau tak kena gaya, dia boleh buat macam-macam yang tak dijangka. Antaranya santau, ilmu pengasih dan macam-macam lagi.

Kita kena hati-hati bila sembang dengan suami atau isteri orang. Kalau terlebih layan, ada la cerita fitnah yang tersebar untuk burukkan kita. Sebab apa? Sebab dia ingat kita nak rampas suami atau isteri dia. Kadang-kadang boleh sampai guna sihir dan rosakkan harta benda kita.

Bila kita layan seorang kawan itu dengan baik tapi dia tersalah anggap kita sukakan dia, kita kena explain kat dia. Kena terangkan apa sebenarnya perasaan kita pada dia. Kalau kita anggap dia sebagai kawan, bagitau. Jangan bagi harapan. Sebab bila dia dah berharap, dia akan lebih terasa terluka.

Dah macam pakar cinta plak saya ni kan? Ini cuma pada pendapat saya je. Kalau ada yang nak tambah, sila tulis di ruang komen ye? Boleh kongsi dengan geng lain.

p/s : Sedih tapi dah OK. Saya boleh teruskan hidup saya dengan tabah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

7 comments:

  1. sy ader suker org n da bgtau dia jugak...dia tolak...tp cara dia tolak tuh polite la....so, until now kiter masih bkawan....yg uniknyer kiter masih leh lepak2 sekali bl dia sekali sekala dtg KL...

    ReplyDelete
  2. "saya minta maaf tak dapat terima awak" >mcm mn lak klu diluahkan lepas bertahun bercinta.. Sakit jiwa!!!

    ReplyDelete
  3. ada benar pendapat Nasz tu, kakak dulu memang macam tu gak, takut sangat nak berkawan apatahlagi nak menolak, sbb tu akak layan sama aja kawan lelaki atau perempuan, cuma jaga perbatasan dengan lelaki

    ReplyDelete
  4. terase pedas pula kt bibir nie :(

    ReplyDelete
  5. nasz..jgn sedih2 tau..
    senyum selalu no ;)

    ReplyDelete