Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label layan. Show all posts
Showing posts with label layan. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

TERJEBAK DENGAN 'JODOH' PULA...


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya dan isteri saya sekarang dah terjebak dengan satu drama baru yang ditayangkan di Astro Ria iatu 'Jodoh'. Ada juga saya ternampak iklan-iklan tentang drama ini tapi saya tak nak ambil port sangat. Drama ini ala-ala macam seorang lelaki ini mencari pasangan hidupnya dan buat satu pertandingan untuk pilih yang mana satu gadis yang sesuai dengannya. Dulu ada Hollywood buat satu rancangan realiti sebegini. Tapi, yang ini berlakon je.


Tapi, satu hari pada minggu lepas, saya terpasang siaran ulangan drama ini. Dalam siaran ulangan ini, para peserta wanita kena cipta lagu untuk dinyanyikan kepada Azlan (Hero drama inilah). Macam-macam suara saya dengar tapi yang paling saya tak tahan nak gelak masa Olly (Scha Alyahya) nyanyikan lagu "Say No To Tapak Kasut" yang berkisarkan tentang Tapak Kasut Di Mangkuk Tandas. Memang buat saya dan isteri saya gelak. Korang tengok sendirilah.



Agak best juga drama 'Jodoh' ini. Saya rasa drama ini lain dari yang lain. Memang banyak part yang buat saya ketawa bila Olly mula buka mulut dan gelagat 'lurus bendul'nya. Olly nak sangat disingkirkan dalam rancangan tersebut tapi setiap yang dibuat Olly tu disukai penonton pula. So, penerbit dan Azlan tak dapat buang Olly disebabkan takut penonton marah. Olly tak suka Azlan. Azlan tak suka Olly. Dorang memang tak sebulu dan asyik nak gaduh je.


Gambar di atas itu adalah para peserta perempuan yang 'berebut' untuk menjadi pasangan Azlan. Macam-macam jenis perangai ada. Setiap peserta ada kelebihan dan 'kegedikan' masing-masing. Rasa lucu bila terfikirkan perangai setiap orang peserta. Hehehe.

Korang yang pernah layan drama 'Jodoh' ni mesti tahu apa yang saya ceritakan di atas kan? Korang yang belum tengok drama ini, cuba tengok sekali. Lepas itu, korang tak nak tengok dah pun takpe. Kepada korang dah tengok drama ini, apa pendapat korang?

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Tuesday, July 10, 2012

LAYAN MASTERCHEF SELEBRITI...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Semalam saya terlibat dengan Rondaan 1 Malaysia yang bermula jam 8 malam hingga 12 tengah malam di kawasan Hutan Melintang Perak. Disebabkan itu, memang tak dapatlah saya tengok episod Masterchef Selebriti yang mana Episod Penyingkiran. Tapi, seperti biasalah, Astro sudah semestinya akan mengulang-ulang episod itu sebanyak mungkin. Korang pun tahu kan? Hehehe.

Selesai rondaan, saya sampai rumah dalam pukul 12 tengah malam lebih. Terus saya buka TV dan masa itu siaran ulangan Masterchef Selebriti baru nak mula. Memang langkah kanan la saya. Layan Masterchef Selebriti ini sebab dah nak dekat Final. Best juga sebab tak sangka Selebriti yang nampak tak tahu memasak tapi dorang boleh memasak.

Saya tak payah cerita sangat siapa yang ke Final sebab korang boleh baca kat blog-blog yang selalu update tentang berita semasa ini. Tapi, episod malam tadi memang agak best sebab ada sikit 'drama' dan ini yang menjadikan Masterchef Selebriti ini menarik. Minggu depan, saya layan Masterchef Selebriti Final di Kuala Kangsar Perak nampaknya sebab ada mesyuarat kat Ipoh.

Korang rasa la, siapa yang akan menang Masterchef Selebriti Pertama ini?

Saya rasa Soo Wincci. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 21, 2011

"SAYA MINTA MAAF TAK DAPAT TERIMA AWAK..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya rasa semua orang nak jadi cantik atau hensem kan? Bila kita cantik atau hensem, semua orang nak kenal dan rapat dengan kita.

Ini dari pandangan saya selama ni je k? Saya tak ada pengalaman sebab saya ni bukan hensem pun. Hehehe.

Bila ada orang cakap suka kita, kita kena cari cara nak reject cara lembut dan tak menyakitkan hati dia. Kalau tak kena gaya, dia boleh buat macam-macam yang tak dijangka. Antaranya santau, ilmu pengasih dan macam-macam lagi.

Kita kena hati-hati bila sembang dengan suami atau isteri orang. Kalau terlebih layan, ada la cerita fitnah yang tersebar untuk burukkan kita. Sebab apa? Sebab dia ingat kita nak rampas suami atau isteri dia. Kadang-kadang boleh sampai guna sihir dan rosakkan harta benda kita.

Bila kita layan seorang kawan itu dengan baik tapi dia tersalah anggap kita sukakan dia, kita kena explain kat dia. Kena terangkan apa sebenarnya perasaan kita pada dia. Kalau kita anggap dia sebagai kawan, bagitau. Jangan bagi harapan. Sebab bila dia dah berharap, dia akan lebih terasa terluka.

Dah macam pakar cinta plak saya ni kan? Ini cuma pada pendapat saya je. Kalau ada yang nak tambah, sila tulis di ruang komen ye? Boleh kongsi dengan geng lain.

p/s : Sedih tapi dah OK. Saya boleh teruskan hidup saya dengan tabah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Monday, August 29, 2011

"AWAK KERJA APA?"


Have your say, in a united voice.

Win A HTC Cha Cha today!

Chicken, crab, or prawn? You decide!

We Could Think Of A Hundred Reasons To Love It, But Here's TEN!


Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Berjalan-jalan menuju kedai makan di suatu malam yang begitu nyaman sekali. Nak makan nasi goreng pattaya. Sebenarnya teringin nak makan Tomyam Campur tapi kat kedai yang saya nak pergi ni takde. So, nasi goreng pattaya pun bolehlah sebab perut dah sedang menyanyikan lagu Cradle Of Fifth - Nymphetamine. Hehehe. Korang tau lagu tu tak? Korang pergi tengok kat Youtube. Dengar je tau? Jangan terpengaruh plak macam saya dulu. Hehehe.

Duduk di suatu sudut yang boleh nampak TV. Sambil makan mesti tengok TV. Astro plak tu. Wajib. Hehehe.

"Nak makan?"

"Nasi Goreng Pattaya"

"Air?"

"Teh O Ais"

"Ok. Anak ni baru kerja sini ke?"

"Ye makcik"

"Kerja kat sekolah ek?"

"Taklah makcik. Kerja kat pejabat pendaftaran"

"Owh. Kerja Gomen la ni"

"Ye makcik"

Mak cik terus melemparkan senyuman paling manis dan pergi. Saya terdiam. Memang selalu orang kampung tanya tentang diri saya. Tanya pada staf saya tentang status saya. Hehehe. Ceh, pelik betul la. Siapa la nak saya ni kan? Hahaha.

Rasa lawak gak masa tu tapi saya layankan je. Bukan makcik tu je. Ada lagi. Tapi macam biasa, saya layan macam biasa je. Manusia ni pelik kan? Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka