Korang pernah tak menaruh harapan yang tinggi? Pernah tak harapan yang tinggi diranapkan dengan jawapan yang korang tak harapkan? Rasanya ramai yang pernah. Sampai ada yang tak sanggup lagi nak letak harapan yang tinggi melangit sampai ke Pluto. Sebab apa? Sebab tak rasa lagi perasaan harapan yang ranap dihempap batu asteroid. Kan?
Memang effect lepas harapan yang tinggi ranap agak merunsingkan. Ada yang ambil masa nak pulih. Ada yang tak pulih-pulih terus. Ada yang pulih dengan sepantas angin berlalu. Tapi walaupun sepantas mana pun ia pulih, rasa pedih tetap akan terasa dalam jangka masa yang panjang.
Tambahan kalau harapan yang tinggi tu dibina bertahun-tahun, bila ranap je, memang ranap la hati orang yang bina harapan tu. Saya adalah salah seorang daripadanya. Memang saya nampak ok dari luaran tapi dalaman cuma Allah yang tahu.
So, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu atau seseorang. Saya masih meletakkan harapan tapi tak tinggi pun. Sebab bila harapan yang tak tinggi, kesan hentaman meteroidnya bila jawapan yang diterima meranapkan harapan tu, tidaklah terasa teruk sangat. Tetapi tetap terasa gak la. Mustahil kita nak elakkan sepenuhnya. Mesti kena sikit-sikit tempiasnya.
p/s : Saya hanya manusia biasa yang kadang-kadang terbabas gak meletakkan harapan tinggi pada sesuatu atau seseorang. But, I am OK now (I think). Hehehe.
Wassalam.
-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka
