KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Saturday, September 3, 2011

"DIA DAH TERKENA NI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Manusia ni memang ada macam-macam. Nak cari kekayaan dengan senang, ada yang sanggup gunakan sihir atau ilmu hitam. Antaranya yang popular sekarang adalah ilmu pengasih.

Dengan ilmu pengasih ni, dia boleh jadikan seseorang itu hambanya dan ikut je segala cakap dia. Macam dah jadi macam kuli batak dia. Apa saja yang dia nak, dia boleh gunakan dia yang disihir dengan ilmu pengasih ni carikan. Teruk betul manusia macam ni.

Untuk ubatkan orang yang disihir dengan ilmu pengasih ni tak boleh pergi hospital atau klinik. Sebab hospital atau klinik hanya boleh ubat penyakit yang nampak je. Kena jumpa ustaz atau pengamal perubatan yang mengubat menggunakan ayat-ayat Al Quran tanpa tokok tambah dengan sihir.

Saya sangat kecewa dengan manusia macam ni. Ahli keluarga saya seorang dah kena dan kami dalam proses nak rawat dia. Dia ni tengah aim ahli keluarga saya yang satu lagi. Saya dah dapatkan pendinding untuk dia. Budak yang buat ni tunggu time je.

Kalau ahli keluarga macam berubah jadi pelik tiba-tiba, baik korang pergi check. Dunia dan manusia sekarang ni dah hilang sifat kemanusiaan dorang.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

4 comments:

  1. Lol.. sapa yg dengki dgan keluarga Abg NAsz? Jahat betul r..

    ReplyDelete
  2. kdg2 pelik dgn sikap manusia.zaman moden mcm ni masih lg nk amalkan benda2 kurafat mcm tu.na'uzubillah.moga ahli keluarga awk yg t'kena tu cepat pulih ya.amin.

    ReplyDelete
  3. bykkan berusaha.. smoga semuanya selamat.. Amin

    ReplyDelete