KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, September 27, 2011

"TAK NAK MENARUH HARAPAN YANG TINGGI, NANTI..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Korang pernah tak menaruh harapan yang tinggi? Pernah tak harapan yang tinggi diranapkan dengan jawapan yang korang tak harapkan? Rasanya ramai yang pernah. Sampai ada yang tak sanggup lagi nak letak harapan yang tinggi melangit sampai ke Pluto. Sebab apa? Sebab tak rasa lagi perasaan harapan yang ranap dihempap batu asteroid. Kan?

Memang effect lepas harapan yang tinggi ranap agak merunsingkan. Ada yang ambil masa nak pulih. Ada yang tak pulih-pulih terus. Ada yang pulih dengan sepantas angin berlalu. Tapi walaupun sepantas mana pun ia pulih, rasa pedih tetap akan terasa dalam jangka masa yang panjang.

Tambahan kalau harapan yang tinggi tu dibina bertahun-tahun, bila ranap je, memang ranap la hati orang yang bina harapan tu. Saya adalah salah seorang daripadanya. Memang saya nampak ok dari luaran tapi dalaman cuma Allah yang tahu.

So, saya cuba sedaya upaya untuk tidak menaruh harapan yang tinggi terhadap sesuatu atau seseorang. Saya masih meletakkan harapan tapi tak tinggi pun. Sebab bila harapan yang tak tinggi, kesan hentaman meteroidnya bila jawapan yang diterima meranapkan harapan tu, tidaklah terasa teruk sangat. Tetapi tetap terasa gak la. Mustahil kita nak elakkan sepenuhnya. Mesti kena sikit-sikit tempiasnya.

p/s : Saya hanya manusia biasa yang kadang-kadang terbabas gak meletakkan harapan tinggi pada sesuatu atau seseorang. But, I am OK now (I think). Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. huuuu
    harapan tinggi utk apakah
    cinta ehhhh
    heee
    moge baek2 aje ye =]

    ReplyDelete
  2. aah betol tu nasz..
    bila kita mengharap sgt,
    bila x dpt,mmg rasa down gila..
    ape2 pun,ana doakan yg terbaek utk nasz..tabah tau nasz ;)





    jiranmu,
    cik ana.

    ReplyDelete
  3. ye.. jngn terlalu berharap.. nanti bleh jdi kecewa..

    ReplyDelete
  4. aimie amalina : cinta? nope. bajet 2012. hehe.

    anamizu : doakan saya dpt naik gaji dan bonus.hehe.

    sue : itulah. nnt harap dapat, tak dapat. terus anti. haha.

    syafiq : sila2. thanx sudi singgah.

    ReplyDelete
  5. pernh meletakkan harapn pada seseorang.. bila harapn hancur, sakit hati sgt2...

    ReplyDelete
  6. kota bulat : betul tu. memang sakit hati sangat2. lagi sakit kalau lagi tinggi harapan tu.

    ReplyDelete
  7. oleh itu jgnlah kita berharap setinggi gunung, memadai lah hanya paras air di lautan hehe

    ReplyDelete
  8. mohdhazlan : betul2. harapkan duit jatuh ke riba lagi best. hehe.

    iMBobo : perlu ada harapan tapi jgn terlalu mengharap sgt.

    ReplyDelete
  9. ye, pernah terlalu mengharap.. tp sudahnya, zero.. huhu.. kecewa jugak, tp redha la..

    ReplyDelete
  10. saya pernah...

    dan bila punahnya harapan yang menggunung macam tu...

    jangan terkejut kalau saya boleh jatuh sakit...

    ReplyDelete
  11. harapan perlu diletakkan spy kita tak sambil lewa dlm sesuatu yg kita usahakan... bila harapan diranapkan, tak salah berharap lagi dengan strategi atau langkah yg lebih baik in future...

    ReplyDelete
  12. mizzkechique: betul tu.kena redha je la.

    sunah sakura : tak terkejut sebab saya pun bleh jatuh sakit.

    Norhisham : memang boleh berharap lagi. cuma, seblum nak berharap lagi, kita kena bangun lepas jatuh dgn harapan yang ranap yang lepas dulu kan?

    ReplyDelete