KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, September 27, 2011

SEGMEN KANCIL 8349 : PENGALAMAN SEMASA PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Nak join segmen yang dianjurkan oleh Kancil 8349 plak. Macam best je segmen ni yang berkongsi tentang pengalaman perkhemahan unit beruniform dulu.

Saya ada banyak gak pergi perkhemahan sejak dari sekolah rendah sampai sekolah menengah. Cuma masa di universiti saya tak pergi apa-apa camping. Tapi dalam tahun ni, saya terkena gak pergi Program Bina Negara anjuran Jabatan Perdana Menteri. Masa tu memang syok sebab kena berakit tapi dalam syok tu, ada seksanya. Korang boleh baca kat entry SINI , SINI dan SINI.

Kali ni saya nak ceritakan pengalaman saya menyertai Program Perkhemahan Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) masa saya belajar di Penang Free School dalam tahun 1997 rasanya. Kalau korang nak tahu, Pasukan Kadet Bersatu Malaysia (PKBM) ni di bawah seliaan Angkatan Tentera Malaysia. So, trainingnya pun memang macam tentera tapi taklah seganas tentera betul. Tapi memang saya dapat peluang untuk ke padang sasar dan menjalani latihan menembak. Itu bukan pengalaman yang saya nak cerita ek? Hehehe.

Sekolah saya adalah sekolah yang berusia lebih 100 tahun. So, binaannya adalah binaan zaman British. So, kami tak boleh dikira sebagai berkhemah sebab tidur dalam kelas. Tapi, kelas sekolah bukan macam kelas sekolah biasa ye? Kalau korang pernah masuk churh, lebih kurang macam tu la. Cuma kecil sikit sebab kelas kan?

Rutin kami masa tu kawad je memanjang. Biasalah. Kadet Tentera kan. Makan pun ada adabnya. Tapi malam last, kami kena merempuh halangan. Ia macam satu sesi 'seksa' la. Kami diarahkan berlari, merangkak, mengesot, menempuh tembakan air dan macam-macam lagi. Kena sepak terajang dan penumbuk tu, takde dalam sesi tu tapi pernah kena dengan senior di asrama. Takde kaitan sebenarnya.

Sesi merempuh halangan ni berlaku pada awal pagi dalam pukul 2-3 pagi. Actually, sesi ni diharamkan oleh guru penasihat sebab boleh mendatangkan kecederaan tapi biasalah senior, nak tunjuk power yang dorang ada. Tapi, walaupun 'seksa' tapi memang satu pengalaman yang sangat saya hargai. Nak cerita macam mana merempuh halangan tu, ia lebih kurang macam merempuh halangan PLKN tapi ekstrem skit la.

Pengalaman tu memang saya ingat. Saya terpaksa merangkak setengah padang Penang Free School sampai lenguh-lenguh tangan dan kaki. Kena berlari tanpa henti. Kena elak balingan objek dan air. Kena denda berdiri setengah sambil tangan digenggam ke depan. Kena pumping knuckle. Masa tu, saya pandang senior dengan penuh perasaan benci. Memang saya tak respek dorang langsung. Sampai sekarang, saya jumpa pun, saya buat don't know je.

Ia lebih kepada ala-ala tentera. Dan saya survive. Ini je pengalaman saya. Macam tertulis panjang je. Hahaha. Itupun saya ringkaskan, kalau nak detail, memang sangat panjang entry ni nanti. Tak terbaca kang.

Korang ada pengalaman, kongsilah dalam segmen anjuran Kancil8349 ni. Tarikh tutup : 1hb Oktober 2011 (10 malam).

p/s : Dulu selalu pergi camping dan hiking. Bukit Bendera banyak kali hiking. Camping kat Gunung Jerai pun pernah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. latihan menembak tu yang best.huhu..sy dr dulu berangan nak pegang pistol or gun.hehe..

    sy pun join segmen ni jugak

    ReplyDelete
  2. sy pernah servive dlm hutan... truk gile dikenakan..

    ReplyDelete
  3. wah...bestnya kalau dapat pegang senjata nie...ada sesi menembak...nasib je bro tidak tembak senior bro tu...hehehe...apapun terima kasih kerana sudi menyertai segmen Kancil...

    ReplyDelete
  4. eera shera : best tu memang best. tapi ada banyak prosedur keselamatannya. mula2 saya pegang, menggeletar gak la. hehe.

    zareliqa : thanx. hehe.

    Soly : wah..tapi memang teruk gak service dalam hutan. siap ada pantang larang lagi kan?

    Kancil8349 : tembak guna pandangan mata kebencian je. hehe.

    ReplyDelete
  5. kalu aku pun konpem bedendam ngan senior2 tuh.. dorg saja jak kan.. sebab dulu pun dorg kena cmtu jugak.. tp sekarang takde da istilah camtu dalam perkhemahan...

    ReplyDelete
  6. einino moona : harap2 sekarang dah takde dah. sbb bahaya dan bleh sebabkan kecederaan. kalau nak latih ala tentera, masuk je kem tentera.

    ReplyDelete
  7. penan free school
    heeeee
    cam selalu dgr sekolah tu
    heeee

    ReplyDelete
  8. aimie amalina : memang semua yang fokus pada sejarah form 3 pernah dengar. sekolah inggeris pertama di Asia. hehe. rasanya la. bleh check dalam buku teks form 3 sejarah.

    ReplyDelete
  9. mcm kene ragging ek nasz?? hehe
    join unit unifom jns gini mmg parah gak la fizikal & mental..hehe






    cik ana.

    ReplyDelete
  10. anamizu : memang kena ragging pun. tapi tak sedasat sekarang sampai mati dan koma.

    ReplyDelete
  11. Kancil sudah senaraikan pasukan perkhemahan mengikut unit beruniform masing - masing...jomlah singgah ke blog Kancil

    http://kancil8349.blogspot.com/2011/10/senarai-pasukan-perkhemahan-dengan.html

    ReplyDelete
  12. p padang sasar menembak masa p pertandingann menembak masa skola dulu..

    http://qasehsaifudin.blogspot.com/2011/09/segmen-kancil-8349-pengalaman-semasa.html

    ps: camping kat gunung jerai best kn?..=)

    ReplyDelete
  13. hamba dr segmen yg sama singgah sini..
    baca2 pngalaman tuan hamba..menarik!

    ReplyDelete