KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Thursday, September 15, 2011

"WAH...WUJUD LAGI RUPANYA"

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari tu masa nak balik dari Ipoh ke Bagan Datoh, ternampak bas lama saya naik masa saya study dulu. Selalunya saya ternampak bas yang moden dan ber'air cond'. Tak nampak dah bas usang yang selalu saya naik dari UiTM Seri Iskandar ke Bandar Ipoh.

Tapi masa nak balik malam tu, saya ternampak bas usang tu dan terus snap pic. Rindu la plak masa zaman study dulu. Nak kuar town Ipoh, kena tunggu kat stesen bas depan UiTM Seri Iskandar beramai-ramai. Dah la tunggu dalam panas terik. Pastu masa nak naik bas, berebut-rebut. Kadang-kadang kena tunggu berjam-jam.

Dari UiTM Seri Iskandar ke Ipoh amik masa sejam lebih. So, kadang-kadang kena berdiri sampai ke Ipoh. Pastu nak balik dari Ipoh, bas last pukul 7 malam. Kena berebut-rebut lagi.

Terasa nak gelak plak bila teringat. Memang kenangan yang buat saya tersenyum tersendiri.

Korang ada kenangan best nak share?

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

3 comments:

  1. kat tempt den ade bas perang jek.....dah la asik rosk...sedih sangt......huk333

    ReplyDelete
  2. weeeeeee
    the only one in Malaysia
    ooohhh perak roadwaysss
    lagi satu
    red n yellow bus!
    wweeeee

    ReplyDelete