Create your own banner at mybannermaker.com!

KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Showing posts with label tolak. Show all posts
Showing posts with label tolak. Show all posts

Saturday, March 31, 2012

PERGI SANA SINI SINUN...

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.


Saya sekarang berada di Ipoh, Perak untuk kehadiran kursus hari ni dan esok. Cuti pun kena kursus, sabar je la. Hehehe. Dah la saya syok-syok duduk kat belakang sekali, kena panggil oleh Pengarah untuk duduk kat depan sekali. Memang terbaik. Tapi ada hikmahnya dan dapat extra ilmu. Hehehe.


Itu hanya mukadimah je. Panjang tak? Hehehe. Oklah, korang pernah tak menghadapi situasi di mana perkara yang korang nak rujuk ke sesuatu agensi kerajaan ataupun swasta tapi korang disuruh ke sana, sini dsn sinun? Kawan saya ceritakan kat saya betapa bengang dia. Kesian kat dia.


Sekejap dia disuruh ke tempat sini, pastu tempat sini suruh dia ke tempat sana, pastu tempat sana suruh ke tempat sinun. Dan akhirnya perkara tak selesai pun. Pastu, kena ambil cuti lagi untuk buat balik perkara tu.


Korang rasa kenapa situasi macam ni terjadi? Ce cite. Ce cite. Hehehe.


Wassalam.


-NASZ-


Published with Blogger-droid v2.0.4

Sila Tekan Like Jika Suka

Wednesday, September 21, 2011

"SAYA MINTA MAAF TAK DAPAT TERIMA AWAK..."

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Saya rasa semua orang nak jadi cantik atau hensem kan? Bila kita cantik atau hensem, semua orang nak kenal dan rapat dengan kita.

Ini dari pandangan saya selama ni je k? Saya tak ada pengalaman sebab saya ni bukan hensem pun. Hehehe.

Bila ada orang cakap suka kita, kita kena cari cara nak reject cara lembut dan tak menyakitkan hati dia. Kalau tak kena gaya, dia boleh buat macam-macam yang tak dijangka. Antaranya santau, ilmu pengasih dan macam-macam lagi.

Kita kena hati-hati bila sembang dengan suami atau isteri orang. Kalau terlebih layan, ada la cerita fitnah yang tersebar untuk burukkan kita. Sebab apa? Sebab dia ingat kita nak rampas suami atau isteri dia. Kadang-kadang boleh sampai guna sihir dan rosakkan harta benda kita.

Bila kita layan seorang kawan itu dengan baik tapi dia tersalah anggap kita sukakan dia, kita kena explain kat dia. Kena terangkan apa sebenarnya perasaan kita pada dia. Kalau kita anggap dia sebagai kawan, bagitau. Jangan bagi harapan. Sebab bila dia dah berharap, dia akan lebih terasa terluka.

Dah macam pakar cinta plak saya ni kan? Ini cuma pada pendapat saya je. Kalau ada yang nak tambah, sila tulis di ruang komen ye? Boleh kongsi dengan geng lain.

p/s : Sedih tapi dah OK. Saya boleh teruskan hidup saya dengan tabah. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka