KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Tuesday, September 27, 2011

SEGMEN EYRYN : JOWN JOINT BLOGLIST EYRYN BERCERITA !

Nak Join? Klik SINI

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Hari ni memang banyak betul saya join segmen kan? Hahaha. So, tanpa segan silunya lagi saya pun menjoinkan diri segmen bloglist Eyryn Bercerita plak.

Simple je cara nak join. Cuma saya nak bercerita sikit. Korang kena baca k? Hehehe.

Hujan turun mencurah-curah. Suasana yang panas terik tadi menjadi suram. Terpacak 3 orang lelaki yang kelihatan tergesa-gesa. Dorang tak kenal pun antara satu sama lain. Kisah ini berlaku di satu pintu keluar stesen LRT di ibu negara yang lokasinya terpaksa dirahsiakan. Disebabkan 3 orang lelaki itu terpaksa dengan muka resah dan tidak bergerak-gerak, maknanya dorang ni tak bawa payung la. Yang pasti dorang dah terlambat.

Lelaki 1 : Spoil betul la. Hujan plak. Kelas dah nak start ni.

Lelaki 2 : Nak masuk kerja dah ni. Isk... Nanti bos mengamuk kang.

Lelaki 3 : Nak balik rumah cepat ni, nak makan cekodok la. Mengidam ni.

Itulah antara rungutan yang kedengaran. Tiba-tiba seorang nenek tua yang masih comel menghampiri dan berkata:

Nenek Comel : Satu payung. Siapa menang, dia dapat.

Ceh... Nenek comel ni rupanya boring sebab tak dapat tengok wrestling. So, dia cuba mendapatkan hiburan daripada ketiga-tiga lelaki resah itu. Lelaki-lelaki saling berpandangan. Nenek comel tu pun berganjak dan duduk di tempat paling strategik untuk menonton aksi-aksi yang bakal dipersembahkan.

Lelaki 1 membuka kekuda dan menyerang lelaki 2 tetapi berjaya dielak. Lelaki 2 menggunakan penumbuk saktinya untuk melepaskan satu tumbukan yang sangat comel kepada Lelaki 3. Lelaki 3 mengelak dengan menggunakan Hikmat Elakan Comel. Lelaki 3 terus mengaktifkan kuasa dalamannya untuk menghasilkan tumbukan aura. Tumbukan aura terkena Lelaki 1 dan Lelaki 1 terpelanting mencium siling. Kemudian terus jatuh pengsan.

Lelaki 2 pun terus mengaktifkan kuasa dalamannya juga kemudian menyerang menggunakan tiupan mulut tak basuh gigi 3 bulan yang begitu busuk sekali. Tiupan itu ditangkis oleh Lelaki 3 dengan Hikmat Kentutan Sambal Petal. Akibat pertembungan kedua-dua hikmat ulung itu, kedua-dua lelaki itu jatuh pengsan dengan hikmat lawan masing-masing.

Nenek comel yang asyik bertepuk tangan bangun dan terus blah.

Moral of the story - Sediakan Payung Sebelum Hujan. Saya Mesti Pilih (Trademark Bank Rakyat).

Korang tengah senyum ke tu? Hehehe. Bagus-bagus. Memang nak buat korang senyum pun.

Back to the segmen bloglist, segmen bloglist Eyryn ni tutup 14hb Oktober 2011.

Saya tag :

Aimifiqa

Solicious

So, jom join ramai-ramai.

p/s : Dah makin kurang idea la nak tulis cerita merapu ni. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Sila Tekan Like Jika Suka

14 comments:

  1. thanks tag..waaahhh...dasyat la 3 leaki tu...gara2 brbut pyung..

    ReplyDelete
  2. soly : hehehe... gaduh berebut sebiji payung.

    ReplyDelete
  3. umie : thanx. saya memang rajin. hehe.

    ReplyDelete
  4. cik gugu : ye betul tu. kerana seekor payung. hehe.

    ReplyDelete
  5. fierul : ye..kes sebiji payung je. hehe.

    ReplyDelete
  6. Hahahaha.. menarik!!

    | Salam Perkenalan dari KhatGrafik |

    ReplyDelete
  7. khatgrafik: ye? hehe. thanx.

    ReplyDelete
  8. saya join segmen ini juga :)

    salam kenal ^^

    ReplyDelete