KORANG TENSION? JOM RELEASE TENSION.

Sunday, September 25, 2011

MOVIE REVIEW : ABDUCTION

Assalamualaikum dan salam sejahtera rakan-rakan blogger semua.

Dah lama rasanya saya tak tengok movie kat cinema. Berbeza rasanya tengok movie di cinema dengan di rumah. Betul tak?

Nak review sikit movie yang baru saya tengok tadi. Pelakon utamanya, Taylor Lautner yang jadi werewolf dalam movie Twilight. Movie ni start slow dan saya rasa macam nak tido pun ada. Cuma tengah-tengah ada aksi kejar mengejar dan gaduh-gaduh. Pastu endingnya pun tak berapa best sangat. Biasa-biasa je ending dia.

Movie ni berkisar tentang seorang remaja lelaki yang panas baran. Satu hari tu dia tertengok kat satu website yang menunjukkan gambar kanak-kanak yang pernah hilang dan gambaran kasar wajah kanak-kanak tu apabila dah dewasa. Dia ternampak wajah dia dan dia pun cari bukti.

Rupa-rupanya dia telah diletakkan di bawah jagaan ejen CIA untuk tujuan keselamatan. Tapi orang jahat dapat detect lokasi dia dan serang rumah dia. Ejen CIA yang jaga dia aka mak dan bapa angkat dia mati dan rumah dorang meletup.

Pastu, orang jahat pun cari dan cuba bunuh dia tapi tak berjaya. Ada la aksi fight dan kejar mengejar sikit. Dia jumpa satu lagi ejen CIA dan ejen tu cerita asal usul dia dan kenapa dia diburu oleh orang jahat.

Nak tau ending, kena pergi tengok la. Kalau saya cerita sampai habis, tak best la kan? Hehehe.

p/s : Nak tengok satu lagi movie ke atau nak makan KFC? Dalam dilema. Hehehe.

Wassalam.

-NASZ-
Published with Blogger-droid v1.7.4

Sila Tekan Like Jika Suka

2 comments:

  1. dah tgk dah...hee...

    movie ni memang lambat panas, but oklah..

    martin tu sylvester stallone rite?

    ReplyDelete
  2. so kesimpulannya, tak bestla ? hihihi :p

    ReplyDelete